Mencari Pelbagai Jenis Cendol Sampai Ke Ezietech Cafe Nilai

7:00 PG Maha Mahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita dengar cafe dan juga kedai jual tudung atau baju dalam tu kan tapi kali ni kafe bersama kedai aksesori telefon. Itulah dia Ezietech Cafe yang terletak di Desa Cempaka Nilai. Kalau orang area Sepang, Putrajaya, Bangi dan sewaktu dengannya tahulah kawasan baru ini.


Kafe ini kalau tengok dari luar nampak macam kafe biasa tapi bila masuk dalam baru kita nampak semua aksesori telefon ada dipamerkan dan dijual. Kalau korang nak beli casing telefon, power bank, charger telefon, top up dan macam-macam lagi ada. 




Bestnya lagi kalau duduk makan kat sini dan nak guna telefon tiba-tiba habis bateri, tak perlu risau sebab mereka ada sediakan sudut untuk mengecas telefon bagi semua jenis model. Jadi tak perlu nak risau kalau nak upload gambar makanan kat sosial media. Kat sini pun ada wifi percuma juga jadi bolehlah duduk makan lama-lama sikit.


Ok Maha nak cerita pula pasal makanan yang disediakan kat sini. Dari segi makanan disediakan konsep barat dimana mengutamakan makanan seperti burger, spaghetti, meetball dan macam-macam lagi. Paling best kena cuba adalah variasi burger yang ada kat sini iaitu Riz Ultimate Burger, Chicken and Cheese Crispy Burger dan American Classic Cheese Burger.

Riz Ultimate Burger

Chicken and Cheese Crispy Burger

American Classic Cheese Burger


Beza semua burger ini adalah yang ultimate burger tu gabungan dua jenis patty iaitu daging dan juga ayam. Kesemua patty burger di sini dihasilkan sendiri dan sangat tebal tidak kedekut. Burger juga  dilimpahi dengan cheese yang banyak diatasnya dan juga diapit dengan waffer berwarna-warni. Warna waffer itu mengikut tema mingguan tau jadi masa Maha datang semua warna merah jambu mungkin masa korang datang warna lain pulak.

Spaghetti Udang Galah

Riz Chicken Chop

Riz Chicken Grill

Kemudian siapa suka spaghetti juga kat sini popular dengan Spaghetti Udang Galah yang besar. Tengok ada seekor udang galah kat dalam hidangan ini sangat sedap dan tidak terlalu pedas. Bagi yang nak makan nasi korang boleh cuba dua menu ini iaitu Riz Chicken Chop dan Riz Chicken Grill. Dua menu ini mengandungi nasi goreng bawah telur mata kerbau tu cuma tak nampak jer. 

Meatball

Roti John

Cheezy Wedges

Menu sampingan lain yang juga korang kena cuba bila datang kat kafe ini iaitu Meatball, Roti John dan Cheezy Wedges. Semua ini dituang diatasnya dengan mayonis berwarna-warni juga mengikut tema. Jadi kalau korang datang tu warna lain jangan pelik kerena itu memang tema mereka. 

Cendol Durian Pencuci Mulut Istimewa


Tapi unik dan paling best dan menarik kat kafe ini adalah cendol yang korang memang wajib kena try. Ada banyak variasi cendol yang membuatkan untuk orang yang suka cendol dengan Durian dan juga yang tiada Durian. Bagi Cendol dengan Durian ini dipanggil Duren Bar Special Menu ada 4 jenis kesemuanya.

Duren Bar Aiskrim

Duren Bar Original

Paling ramai orang suka adalah Duren Bar Aiskrim, kemudian ada juga Duren Bar Original, Duren Bar Oreo dan Duren Bar Bubble. Kalau datang ramai-ramai korang kena order keempat-empat pencuci mulut ini supaya dapat kongsi kesedapannya kerana semuanya memang sedap.

Duren Bar Bubble

Duren Bar Oreo

Bagi mereka yang pecinta raja buah tu boleh juga beli isi buah Durian yang mereka ada. Juga boleh menikmati buah Durian di kafe mereka setiap kali stock baru sampai jadi korang memang kena follow facebook mereka untuk dapat info yang terkini sebab selalu cepat habis. 

Cendol Mangga

Cendol Bubble

Cendol Nata D'coco

Cendol Aiskrim

Manakala bagi yang sesetengah tak suka bau Durian tu boleh lah cuba variasi empat cendol ini iaitu Cendol Mangga, Cendol Bubble, Cendol Aiskrim dan juga Cendol Nata D'coco. Bagi Maha semua cendol sini menarik tidak terlalu manis dan cukup rasanya jadi boleh dinikmati semua peringkat usia. 


Kalau korang tengok menu-menu yang ada kat sini tidak rasa kecewa nak travel jauh sikit untuk mencuba semuanya. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam. Kawasan ini pun nak parking memang sangat luas dan tidak perlu risau jadi boleh datang bila-bila masa sahaja. Selamat mencuba semua ok.

Promosi dan juga menu special lain boleh layari :-
Alamat : Ezietech Cafe
               No 12, Cempaka Street Mall 2,
               Jalan BBN Nilai 6/3A,
               Desa Cempaka 71800 Nilai

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5







Anda juga suka post ini...

20 ulasan:

  1. Warna warni. Memang menarik perhatian.
    Aida paling tertarik dgn telor mata kerbau nyer. Yummy...
    Aida kena Nilai3 aje selalu nyer.
    Other area of nilai x biasa gi. Sesekali boleh singgah sini kot.

    BalasPadam
  2. Warna warni gitu. Zaman sekarang dah banyak makanan warna warni macam gini. Tapi Saya tak pernah berani nak cuba. Sebab colour lain macam je. Hahahaha. One day nak try cuba jugak la. :)

    BalasPadam
  3. Menarik.. bukan sahaja boleh makan dan minum , tapi ada juga dijual aksesori telefon.. mesti ramai pengunjung yang suka datang sini..

    BalasPadam
  4. Warna biru tu apa Maha? Mayonaise ke cheese ke? Actually memang tak tahu pun tempat baru ni tapi tak jauh mana la dari Bandar Baru Bangi ni. Boleh la terjah nanti. Nak try cendol mangga lah...nampak yummy...

    BalasPadam
  5. Eh, menarik betul konsep kedai ini ya. Sambil berbelanja barangan dan eksesori gajet, sambil lepak dengan makanan yang nampaknya sedap-sedap belaka! Unik pula tu. Boleh terjah juga nanti ni!

    BalasPadam
  6. Wow burger tu nampak menarik.warna semua makanan nampak timbul sebab ada colorful tu.

    BalasPadam
  7. Bagus konsep 2 dlm 1. Meniaga makanan dan gadet telepon. Dua2 mmg semua umat carik. Hehe. Haruslah dah kedai phone bagus juga bg customer caj henpon. Bijak..bijak

    BalasPadam
  8. wow.. sangat menarik all d foods.. lagi2 pencuci mulut.. aduhaiii... cendol cendol.. sedapnya.. duren tu yg menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sambung...
      roti john tu unik dgn sos biru.. soa apa tu?

      Padam
  9. Menarik ya konsep cafe nie. Kedai elektronik tapi dalam masa yg sama sebuah cafe. First time jumpa kombinasi ini. Menu2 yg ditawarkan nampak sedap sangat ! Teringin pula cuba

    BalasPadam
  10. Menarik sangat makanan yang dijual di sini. Colourful tau. Nih yang buat hati tertarik nak pergi makan kat sini. Tengok semua menu rasa nak makan semua jer

    BalasPadam
  11. Wow menariknya the serving, so colorful gitu, unik sungguh lain dari yang lain.
    Burger di apit dengan waffle, mesti sedap kan Maha, akak tak berapa suka roti burger, dengan waffle tu, mesti best
    Pemilihan Produk Dan Niche Yang Menguntungkan Untuk Affiliate Marketing

    BalasPadam
  12. Terbau-bau durian tu. Jilat skrin henfon. Hahaha. Nanti boleh cuba makan dekat sini. Teringin nak makan cendol sedap. Sebab selalu dapat cendol kat lelangit tu macam sakit. Faham ke apa ruby cakap. Hahaha

    BalasPadam
  13. Menarik konsep kedai dia. Memang mesra pelanggan macam tu. Bab cendol tu memang kita jelous okay. Benci tau

    BalasPadam
  14. Ya ampun, dengan cuaca sekarang, makan cendol, sedap oo..haishh..burger selaku dengan roti, tapi ni guna waffer. Unik tu. Cheese tu warna biru.hehe

    BalasPadam
  15. Wowwww... apa nie Maha... tak baik tau buat macam nie... Tak pepasai rasa macam nak g Nilai je sekrang nie... Maha jahat

    BalasPadam
  16. Geram lah maha ni.kata cendol durian tapi macam2 gambar makanan dia bagi. Terus lapaaaa....mommy nak cendolllll jugaaaa

    BalasPadam
  17. perghhh.. mahaaaaa.. awat gambar-gambar semua sedap-sedap ni.. adoi.. seriusss. terliur kott tengok gambar makanan dalam ni.. terutamanya.. burger yang ada sos biru tu.. eh sos biru? sos apa tu maha?? cendol pun nampak sedap.. semua2 lah sedapp..nyum2

    BalasPadam
  18. ni berjam-jam dok makan kat sini pun takde hal kan. habis bateri, boleh cas lagi. habis cendol boleh tambah lagi..tapi kalau burger tu habis, mmg tak tambah lagi la kot. sebab patty burger tu nampak tebal giler..kalau ada ke nilai, memang aku singgah di sini!

    BalasPadam
  19. woo.. the color.. will it stick in my tummy and i turn into blue... hahahaha... if green i dun mine at least i can be the hulk!! hohoho...
    i like the concept cos for me i usually always forget my cable.. here... so much convenient is just we need to spend on that of course..

    BalasPadam