Bandar Mahkota Cheras,

Jom Cuba Makan Di Blue Cafe Bandar Mahkota Cheras Ada Pizza Rendang

Selasa, April 17, 2018 Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu lagi kafe yang Maha nak perkenalkan kepada korang yang memang kaki makan macam Maha ni. Kafe yang Maha maksudkan adalah Blue Cafe yang terletak di Bandar Mahkota Cheras. Bagi mereka yang tinggal area Balakong, Hulu Langat dan sewaktu denganya boleh try makan sini.


Kafe ni nampak simple jer dalamnya tak ada hiasan yang mewah tapi ada satu sudut tingkat atas korang boleh rasai makan dengan suasan bersila. Kafe ini dua tingkat kat atas tu selalu mereka sediakan ruang kepada private function seperti sambutan harijadi, majlis pelancaran atau juga apa-apa sahaja.




Cuma bagi Maha kawasan ini agak sukar sikit untuk dapatkan parking terutama kalau waktu office hour. Nasib Maha datang waktu hujung minggu jadi masih ada ruang untuk parking tu pun nak kena pusing berkali-kali juga. Sebab area ni ramai orang tahu memang tempat untuk mencari makan terlalu banyak restoran mahupun kafe menarik seperti kafe ini.

Seafood Platter

Menu yang ada kat pun adalah gabungan fusion dan barat dimana korang boleh dapat makan laut, spaghetti, oblong, pizza dan macam-macam lagi. Banyak juga menu yang Maha dan kawan-kawan sempat cuba seperti paling popular adalah Seafood Platter. Dalam satu pinggan ini ada macam-macam makanan laut seperti sotong, udang, lala dan ikan. Pastu bawah tu ada pula pasta dan juga instant mee.

Mixed Grilled Platter

Bagi set ini moleh makan dalam 3 ke 4 orang memang banyak dan kenyang. Satu lagi set ada makanan laut korang boleh cuba iaitu Mixed Grilled Platter. Ini mereka panggan semua makanan laut tu dan ada juga daging serta daging ayam dalam satu set. Cuma bagi Maha kuah black paper tu agak macam kurang sikit ada yang tidak kena.

Fish N Chips

Grilled Chicken Chop

Cheese Chicken Chop

Lagi menu lain menarik kat sini seperti Fish N Chips, Grilled Chicken Chop dan Cheese Chicken Chop. Bagi yang nak rasa makanan popular negara Itali iaitu pizza tapi citarasa tempatan boleh order Rendang Chicken Pizza. Memang atasnya dapat rasa rendang daging tapi yang ni tak crispy ok hehehe. Lepas tu ada satu lagi pizza juga menarik rasa lain dari lain iaitu Smoked Duck Pizza

Rendang Chicken Pizza

Smoked Duck Pizza

Tadi Maha ada sebut pasal spaghetti antara menu pilihan kat sini korang boleh order Spaghetti Vongole dan juga Smoke Duck Aglio Olio. Memang sini popular dengan daging itik dan ia rasa lembut. Oblong pula satu ni menarik besar dan penuh korang boleh cuba juga iaitu Oblong Beef Burger.

Spaghetti Vongole

Smoke Duck Aglio Olio

Oblong Beef Burger

Kafe ini sebenarnya kaya dengan pelbagai jenis minuman dan memang macam-macam campuran sampai Maha sendiri dah lupa mana satu. Tapi Maha senaraikan antara yang sempat cuba iaitu Sirap Bandung, Ice Lemon Tea, Strawberry Soda, Peach Mojito, Strawberry Latte, Rossie Latte dan juga pelbagai jenis minuman berasas kopi.






Last sekali mesti datang kena makan mereka punya pencuci mulut jadi kat sini yang popular dan ramai orang order kata merekalah iaitu Tiramisu dan juga Brownies besama aiskrim. Lega sangat dapat segarkan tekak dengan dessert ini.

Tiramisu

Brownies

Bagi Maha kafe ini ok boleh korang datang dan cuba terutama pada pizza rendang tu satu yang wow dan menarik tiada lagi kat tempat lain. Kafe ini buka setiap hari kecuali hari Isnin dan beroperasi dari pukul 11.00 pagi hingga 12.00 malam. Datanglah nak tahu semua menu yang Maha ceritakan tadi mana tahu selera korang lain pulakkan. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan promosi boleh datang:-
Alamat : Blue Cafe
               No 7, Jalan Temenggung 25/9, 
               Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras
               Cheras, Selangor

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5







20 ulasan:

  1. Ya Allah telan air liur je mampu sekarang ni...sedap nyaa

    BalasPadam
  2. Frankly speaking.. their food looks more than a 5 star place..
    I am totally drooling to the max on the phone and for sure i will go there to eat..

    BalasPadam
  3. Bestnyer. Teringin nak makan rendang piza tu.

    Tapi aku nak makan seorang! Taknak kerat 16 macam haritu
    .hahaha

    BalasPadam
  4. Hidangan yang membuka selera ni. Sedap ke tu pizza itik?. Kalau pizza itik tu masak kerutuk sedap juga. Hehe. Wow tahap kebersihan yg maha bagi tinggi tu. Ada peluang boleh terjah.

    BalasPadam
  5. Teinginnya nak rasa endnag pizza tuh. Dah lama dah simpan keteringinan tuh. Nampak menu lain pun sedap sedap belaka. Aish..nak dekat ramadhan nih macam macam menu keluar.kena buat chexkliat khas unuk makan jer

    BalasPadam
  6. Owhhh ini ke kafe yg ramai cakap sedap tu. Ya allah seafood platter dia sangat menggugat keimanan betul. Makanan semua nampak menyelerakan dan interior design kafe nampak cozy dan bersih. Syiok lah Maha makan sini

    BalasPadam
  7. Hidangan yang nampak menyelerakan. Semua makanan favourite saya. Terliur jap tengok gambar makanan. Hehehe. Nak pergi la kalau free :)

    BalasPadam
  8. Maha...!! Kejamnya gambar.... huhuu
    Serius laaa rendang pizza topping nya bikin nina terliur.
    Lawa laaa cafe. Paling suka yang dok bersila tu...

    BalasPadam
  9. Suka lihat interior kafenya, tertata rapi dgn konsep minimalis ya,ada lesehan juga. Tergiur deh Abby sma foto foto makanan itu

    BalasPadam
  10. Restoran ni nampak sangat menarik dan sangat selesa... Teringin nak terjah makanan semua nampak sedap ya ampun! Ada banyak menu piza daging itik, walau tak pernah makan itik,rasa nak cuba pula.. Bila tengok gambar kat atas tu... Terliurrrr he he he

    BalasPadam
  11. Telan air liur kejap tengok persembahan makanan atas ni. Macam-macam menu ada haa. Paling mengancam seafood platter tu. Macam kena terjah ke kafe ni nanti.

    BalasPadam
  12. Nampak tempting semua makanan jat sini. Kedai hioster mng lawa presentation makanan yg dihidangkan. Plg tersuka dkt 🍕 tu

    BalasPadam
  13. Pizza tu amat menarik perhatian Aida, Maha. No dekat aje dgn umah kakak. Hmmm boleh ajak family makan2 di sini lah. Sometimes pecah otak bila nak makan2 family tau. Tq for the info.

    BalasPadam
  14. Menu semua sedap-sedap, tapi Kak Sue teringin nak cuba Seafood Plater tu n Brownies.. menarik sangat. Ada rezeki nak pi jalan-jalan cari makan kat sana nanti..

    BalasPadam
  15. menariknya. lapar perut kita tgok menu memalam ni. nanti balik cheras nak singgah sini makanm

    BalasPadam
  16. Tengok variasi air dia tu tetiba dahaga pulak kita tau. Nak p la nanti. Nak makan semua. Boley??

    BalasPadam
  17. Rendang viral terus dijadikan menu terbaru. Hebat dan very up to date. Yang penting kalau mommy sampai sini mommy nak order tiramisu. Lamanyaaaa tak makan

    BalasPadam
  18. Wahhh sedapnya. ruby waktu raya aidilfitri ada rendang lebih lebih tu makan macam tu la. jadikan pizza, cicah dengan capati la, gulung dengan wraps la. Dah nama orang Malaysia, memang hebat bab mengolah kreatif makanan. Asalkan sodap! Hehe

    BalasPadam
  19. I have tried their food before. So far I think they offer variety of choices. Last time I taste the food and the taste is acceptable. And cafe price is as usual a bit high.

    BalasPadam