Cuti,

Bercuti Ke Melaka Bandar Bersejarah Boleh Menginap Di Hotel Kings Green Bilik Sangat Luas

Khamis, April 26, 2018 Mahamahu 10 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pening sebenarnya kalau nak cari hotel atau tempat bermalam bila bercuti atau jalan-jalan kat Melaka sebab hotel sana boleh tahan harganya. Tapi Maha temui satu hotel bertaraf 4 bintang dengan harga berpatutan dan selesa.



Hotel Kings Green yang terletak di Jalan Tun Perak begitu dekat dan berhampiran tengah bandar Warisan Dunia UNIESCO ini. Kalau jalan naik kereta hanya ambil masa dalam 15 minit sahaja untuk ke Bandar Hilir. Malam kalau nak ker Jongker Walk pun dekat hotel ni hanya 10 minit jer cuma kena datang awal sebab ramai orang. Jalan kat depan hotel ni tak jem walupun korang datang hujung minggu.


Maha sendiri dah duduk hotel ni hujung minggu lepas walaupun hanya satu malam tapi sangat puas hati. Ini kerana bilik yang Maha ambil adalah Delux Room yang ada 1 queen bed dan 1 Super Single Bed mampu muat untuk 3 hingga 4 orang. Memang sangat luas bilik ini dan korang boleh pilih yang ada balkoni atau tidak. Semua konsep bilik kat sini memang macam ni ada banyak katil dan luas. 







Dalam bilik semua kemudahan ada macam seterika dan iron board juga ada mini fridge dan ada kelengkapan untuk buat minuman macam teh atau kopi serta air mineral. Orang kita mesti paling penting kena ada wifi dan hotel ni ada kemudahan tu percuma sahaja. Masuk bilik air pula sangat besar sebab bukan sahaja ada shower tapi ada bath tab yerrr tu paling best boleh berendam. Kelengkapan toiletries pun ada kalau korang lupa bawa boleh guna. 




Kat sini sangat selesa nak tidur untuk mereka yang datang bercuti dengan keluarga. Masa masuk kat kaunter pendaftaran tu ada mereka pamerkan persijilan bangunan hijau. Apa yang Maha baca hotel ini mengamalkan konsep bangunan hijau yang menggunakan sistem seperti penapisan air hujan untuk penggunaan sistem pemanasan dan taman, juga LED lightings yang mampu menjimatkan penggunaan elektrik sebanyak 30%.




Pulak tu masa parking kat luar hotel mereka ada sediakan parking khas untuk kereta elektrik serta juga tong sampang kitar semula yang menggalakkan pengguna mengitar semula bahan boleh kitar. Paling penting hotel ni adalah 100% kawasan larangan merokok didalam bilik mahupun kat kawasan yang berhampiran. 



Jadi memang seronok tinggal hotel ni rasa tak nak keluar. Sebab bukan sahaja bilik yang besar mereka juga ada beberapa kemudahan lain seperti pusat ginasium yang besar serta kolam renang bagi buat aktiviti sihat kalau tak nak jalan keluar. 





Bagi yang nak buat majlis atau aktiviti pejabat di hotel ini boleh sangat sebab masa Maha round-round sekeliling hotel ni masuk juga beberapa bilik yang ada. Kat tingkat satu hotel ni ada 3 bilik mesyuarat yang mampu memuatkan sehingga 50 hingga 100 orang dalam satu masa. Hotel ni juga ada Ballroom yang sangat luas boleh memuatkan sehingga 800 orang bagi majlis seperti perkahwinan atau makan malam koperat. 





Bab makan pula tak perlu risau kerana kat hotel ini ada Hibiscus Cafe kat level G menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Juga kalau yang suka makanan Chinese dan Nyonya mereka ada satu restoran khas untuk semua hidangan itu iaitu JIA Restaurant di level M1. Makan-makan ni nanti Maha akan cerita kat post yang seterusnya sebab banyak makanan sedap kat hotel ni. Nak tahu kena tunggu next posting nanti ok. 



So lepas ni kalau korang rasa nak pergi bercuti atau ada urusan kerja kat Melaka Maha cadangkan untuk bermalam kat hotel ini. Sangat selesa dan sangat seronok kerana buat tidur malam diulik mimpi indah. Parking kat sini sangat banyak jadi datang naik kereta tak perlu bimbang. Ini semua dari pengalaman Maha tinggal kat hotel ni jadi kongsi bersama korang. Moga ia bagi manfaat pada semua. Selamat bercuti semua.  

Post Makan-Makan di Hotel Kings Green Melaka 


Tempahan dan pertanyaan hubungi:-
Alamat : Kings Green Hotel 
               No 28, Jalan Tun Perak,
               75300 Melaka.

Laman web : http://www.kingsgreenhotel.com.my
Tel : 06 – 288 1091
Fax : 06 – 288 1092
Email: sales@kingsgreenhotel.com.my





10 ulasan:

  1. Yg ni dekat dengan traffic light tu ke eh? Ke tempat lain? Lama dah nak try asyik tangguh je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sure traffic light mana sebab situ semua jalan sehala.

      Padam
  2. Jalan jeee..mesti syiokk kan. Dapat lak duduk kat hotel cam gini.
    Sis lama dah tak ke Melaka..next trip nak pergi lah kat sini

    BalasPadam
  3. selalu tengok dari jauh je hotel ni..tak sangka dlm dia best dan ada swimming pool..

    BalasPadam
  4. Best juga hotel ni ye. Kalau ke melaka nanti bolehlah cuba merasa menginap di situ nanti.

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  5. cantiknya hotel dia..swimming pool tu penting..hehehhe..hotel ni ada berdekatan dengan mana-mana tak??..kot boleh jalan kaki sahaja ke

    BalasPadam
  6. Although I have visited Melaka quite a few times, it really has been a while. Wow, this is such a new and modern hotel, I need to keep myself updated!

    BalasPadam
  7. never been to Melaka for so many years.. i think is time to visit there and the hotel here seems so nice.. wanna try my next stay there.

    BalasPadam
  8. Melaka dh banyak hotel baru la...best betul macam tu...hotel pun nampak moden man cantik..ntah bila la dapat habiskan masa kat Melaka plak

    BalasPadam
  9. Cantiknya hotel ni semua kemudahan ada tapi kak tak pernah menginap mana2 hotel di melaka sbb kak org melaka haaaa..

    BalasPadam