Buffet Ramadhan,

Pilihan Untuk Berbuka Puasa Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Selasa, April 24, 2018 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mungkin sekarang ni korang tengah plan mencari tempat untuk berbuka puasa mungki bagi rakan sepejabat atau juga untuk pelanggan-pelanggan korang. Sunway Putra Hotel tahun ini menawarkan buka puasa dengan konsep gerai-gerai makanan tradisi.


Ada lebih kurang 12 jenis gerai yang disediakan dalam Coffee House hotel tu nanti sepanjang Ramadhan. Menyediakan pelbagai jenis masakan panas tradisi Malaysia seperti Gerai Ikan Bakar, Sotong dan Udang, Gerai kuih muih seperti Cucur Ikan Bilis, Cucur Udang, Cucur Pisang dan Cucur Kelapa



Ada juga gerai kuih Talam selalu kita tahu satu  jenis jer tapi kat sini ada 10 kuih Talam pelbagai rasa. Kuih Talam Keladi, Talam Seri Muka, Talam Lapis, Talam Pandan, Talam Gula Melaka, Talam Jagung, Talam Cendol, Talam Berlauk dan Talam Durian. Tengok tu baru bahagian kuih muih jer tak masuk lagi makanan utama.




Kat sini popular dengan Sup Gear Box yang menjadi pilihan ramai bila makan kat hotel ni. Lepas tu ada pula Kari Kepala Ikan Salmon, Laksa Utara, Udang Kalio dengan Belimbing Buluh, Daging Masak Lemak Cili Padi, Ikan Patin Masak Tempoyak dan banyak lagi korang boleh pilih.



Kalau yang diet atau nak kurang makan berat sangat boleh pergi bahagian salad yang menyediakan ulam-ulaman dan sayur-sayuran segar. Macam-macam ada seperti Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Lala Pedas, Rojak Buah, Tauhu Sumbat, Salad Mandarin Daging Panggang, Pecal dan terlalu banyak nak disenarikan kat sini. 




Minuman pulak mereka sediakan minuman segar lagi menyegarkan almaklumlah seharian tak makan dan minum bila dapat Cendol, Ais Kacang, Teh Tarik dan Fresh Tropical Fruits pasti akan buat tekak lebih lega. Tapi ingat petua nak makan kalau waktu buka puasa ni jangan minum telalu banyak nanti cepat kenyang rugi tak dapat makan semua hidangan hehehehe.



Coffee House mereka ini terletak di level 9 hotel dan operasi untuk buka puasa ini akan bermula dari 19 Mei hingga 4 Jun 2018 dari pukul 6.00 petang sampai malam. Dari segi harga bagi Maha ia ok dengan kedudukan di tengah KL iaitu RM128 nett bagi dewasa manakala kanak-kanak dan warga emas pula separuh harga sahaja iaitu RM64.00 nett. Jadi mungkin ni lokasi yang korang boleh pertimbangkan nak raikan pelanggan buka puasa ini. Selamat menjamu selesa semua.

Harga :-
RM128.00 nett untuk dewasa
RM64.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :-
Tel : 03-4040 9888
Email : spkl.ch@sunwayhotels.com







4 ulasan:

  1. terbaek.. :)

    jemput join segmen ejulz :)
    http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    BalasPadam
  2. Sunway Putra Hotel ni akak suka dessert diornag...win...lama tak makan kat sini..lama tak dijemput jugak..hahahaha...apapun pilihan makanan kat sini memang pelbagai

    BalasPadam
  3. Bestnya menu2 dia.. tergoda nafsu makan kite.

    BalasPadam
  4. uiks ikan tu ternganga..ngap nanti hehe...dessert tu yummmy

    BalasPadam