Banana Cheese Roll,

Minum Petang Bersama Resipi Banana Cheese Roll Yang Lazat

Khamis, Februari 22, 2018 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama sebenarnya Maha tak keluar dengan resipi masakan dapur sendiri pun dah lama tak berasap hehehehe. Almaklumlah sibuk dengan kerjaya tahun baru ini. Tapi tak apa kali ni Maha nak kongsi dengan korang satu resipi mudah dan pasti ramai suka.


Actually resipi ni sebelum ini ramai orang buat kerana ia agak popular tapi Maha ada olah sedikit ikut citarasa sendiri nak bagi kelainan. Resipi ini menggunakan pisang dan cheese tapi bukan nak buat pisang cheese ok. Resipi ini Maha namakan sebagai Banana Cheese Roll.


Kita tahu buah pisang ini banyak khasiatnya bagi mereka yang nak diet pisang adalah pemakanan yang sangat bagus. Pisang juga mampu merawat masalah sembelit kalau sapa-sapa rasa susah nak buang air besar banyak-banyak lah makan pisang hehehehe.


Sedikit info kesihatan pasal buah pisang jom sekarang kita tengok pula bahan-bahan yang Maha gunakan untuk membuat resipi ini.


Bahan-bahan
1 sikat Buah Pisang Emas/Berangan
1 sudu serbuk Kulit Kayu Manis
10 helai Kilut Popiah
10 keping Ceddar Cheese 
1 sudu Tepung Gandum
Sedikit air 

Itu jer bahan-bahan yang digunakan cuma pisang tu ikut korang nak guna pisang jenis apa tapi paling sedap pisang yang manis dan tidak berbiji. Kalau korang ada pisang lain yang sedap juga boleh tapi jangan guna Pisang Tanduk besar sangat. Jom kita tonton lak cara memasak yang Maha sediakan dalam bentuk video mudah ini.


Taraaa so korang rasa macam mana mudah tak cara nak buatnya. Menu ni boleh dijadikan makan petang atau juga juadah penyambut tetamu yang datang. Mudah sangat nak buat kalau sapa rasa nak cuba dialu-alukan dan nanti bagi lah komen sikit kat sini ok. Selamat mencuba semua.







17 ulasan:

  1. Selalu makan cheese roll je tak pernah pulak try yang ada banana ni. Mesti sedap kalau cuba masak nanti

    BalasPadam
  2. My last sister memang selalu buat benda ni. Kata dia selalu beli pisang tapi pisang cepat masak. buat ar benda camni menghabiskan pisang yang ada.

    BalasPadam
  3. ni first time dengar tentang banana cheese roll. nampak sedap

    BalasPadam
  4. Banana Cheese roll....wah...nampak sedap tu ha...okey nanti nak try la..boleh buat minum petang kan

    BalasPadam
  5. Wahhhhh... Sedap ni maha. Bahan-bahan dah ada kat rumah tu. Cuma kena beli kulit popia dengan cheese jer ni. Boleh lah try nanti. Thanks for the resipi maha ☺

    BalasPadam
  6. wahhh...kreatif betul ya maha.. tak terfikir nak masukkan pisang kedalam popia tu.mesti sedap ni kan?

    BalasPadam
  7. Oh mudah je rupanya. Bolehlah cuba nanti untuk minum petang. Tak sangka kreatif juga ye maha.

    BalasPadam
  8. Adoihaiiii lama tak buat ni. Pernah but sekali then makan cecah dengan susu pekat mmg sedap

    BalasPadam
  9. Rasa pernah makan... Ada sorang chef tue hidangkan untuk bro... yang buatnya sedap sebab guna pisang yang dah lembek + ditaburkan dengan serbuk kayu manis....

    BalasPadam
  10. Sedapnyaaaa! Sally ada jugak buat tapi xde la letak cinnamon powder haritu...balut dengan cheese je sebab tgk dalam iklan..hahahha

    BalasPadam
  11. Tak pernah dengar dan rasa..ni 1st time..nak buat jugak..mesti sedap kan

    BalasPadam
  12. lama tak makan ini food dah... last time selalu makan kat kampung kawanku yg kat penang. after school mesti dapat makan from her mama... tak sangka you have the resipi.. tak susah gak.. nak try la tomorrow... so beli pisang dulu!

    Racheal

    BalasPadam
  13. uiii.. nampak sedap ni... belum pernah rasa lagi..

    BalasPadam
  14. Wah...bestnya dapat makan..tak pernah rasa lagi nti nk traylah

    BalasPadam
  15. perghhh
    nampak sedap
    pos nih sebekas

    BalasPadam
  16. kalau tengok..rasa macam senang je nak buat.

    boleh la cuba-cuba nanti...kalau ada masa la

    BalasPadam