Copyright,

Copyright Salah Satu Khidmat MyIPO Kepada Penggeluar Hasil Sastera, Muzik Dan Filem

Khamis, Januari 11, 2018 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ini Maha ada tulis pasal MyIPO atau Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang menjaga banyak akta untuk paten, tanda dagangan, hak cipta dan banyak lagi. Salah satu khidmat yang penting disediakan oleh MyIPO iaitu menjaga Hak Cipta atau Copyright.


Mari kita lihat lebih dalam lagi apa yang di maksudkan dengan Hak Cipta ini. Maksud Hak Cipta dalam MyIPO adalah hak eksklusif untuk mengawal kerja-kerja kreatif yang dicipta oleh penulis, pemilik hak cipta dan pelaku untuk tempoh tertentu yang ditadbir di bawah Akta Hak Cipta 1987. Maka semua ini terpakai dibawah Akta Hak Cipta.

Siapa pula yang layak untuk mendaftar dibawa aktar ini? Mereka yang layak untuk menggunakan khidmat melindungi Hak Cipta ini iaitu mereka yang berada dalam karya sastera, kerja-kerja muzik, kerja seni, kerja perfileman, rakaman bunyi, siaran (broadcast) dan kerja derivatif. Jadi kalau anda ada mencipta satu lagu atau muzik boleh daftar dibawah akta ini untuk lindungi karya seni anda.

Tempoh Hak Cipta


Semua karya yang telah di daftar di bawa akta ini akan dilindungi mengikut waktu yang ditetapkan dan terbahagi kepada 3 bahagian utama. Namun kebanyakan ia menjaga untuk tempoh yang sangat lama dan kita pun belum tentu ada waktu tesebut tapi hasil karya masih dilindungi.


1) Karya Sastera, Muzik dan Artistik
Umumnya, kategori karya hak cipta ini mencerminkan kepada manusia yang akan wujud selama kehidupan penulis ditambah 50 tahun setelah kematiannya. Jadi hasil kaya akan dilindungi selagi orang tersebut masih hidup dan ditambah 50 tahun lagi setelah ia pergi.

2) Filem, Rakaman Bunyi dan Pelakon
Kategori karya hak cipta ini akan wujud selama 50 tahun dari kerja diterbitkan, diperbetulkan dalam penetapan untuk filem dan rakaman bunyi. Bagi pelaku, kerja hak cipta akan wujud daripada persembahan yang dilakukan atau penetapan dalam rakaman bunyi.

3) Siaran (Broadcast)
Bagi hak cipta dalam siaran, perlindungan itu berlaku dalam cara penghantaran sama ada melalui wayar atau cara tanpa wayar, tempoh selama 50 tahun akan dihitung dari yang mana siaran pertama kali dibuat.

Hak Pemilik Selepas Hasil Didaftarkan Hak Cipta


1) Hak Hukum
Pengarang, pemilik hak cipta dan pelaku diberi hak eksklusif untuk dikendalikan di bawah undang-undang hak cipta. Hak-hak undang-undang yang diberikan kepada mereka termasuk hak untuk menguatkuasakan karya berhak cipta mereka dalam kes-kes pelanggaran sama ada oleh tindakan sivil atau jenayah. Dari segi pendakwaan jenayah, dilakukan oleh Divisi Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (MTDCC) atau Polri Diraja Malaysia.

2) Hak Ekonomi
Hak ekonomi yang diberikan kepada pemegang hak termasuklah hak-hak pengeluaran semula, hak komunikasi kepada orang awam, hak untuk melaksanakan, memperlihatkan atau bermain kepada orang awam, hak-hak pengedaran dan hak sewa komersial. Hak ini boleh dilaksanakan dalam tempoh perlindungan yang dikawal di bawah Akta Hakcipta 1987. Hak-hak ekonomi membolehkan pemilik hak mendapatkan ganjaran kewangan daripada penggunaan karya-karyanya oleh pengguna atau tujuan komersil. Bentuk hak ekonomi boleh dilakukan melalui penyerahan, pelesenan dan pelepasan wasiat.

3) Hak Moral
i- Hak Persahabatan
Hak ini membenarkan pengarang menuntut hak keaslian penciptaannya.

ii- Hak Integriti
Hak ini memberi kuasa kepada pengarang untuk menghalang mana-mana pengguna daripada penyimpangan, penolakan atau pengubahsuaian lain karya-karyanya di mana hasil pengubahsuaian akan mengubah kerja asal dengan nyata dan menjejaskan kehormatan atau reputasi penulis.


Pelanggaran Hak Cipta


Siapa pun yang menggunakan apa-apa karya hak cipta tanpa persetujuan atau kebenaran daripada pengarang, pemilik dan pelaku, ia mungkin merupakan pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987. Antara perbuatan pelanggaran yang diambil kira termasuk:

  1. Mengeluarkan semula dalam apa-apa bentuk, melakukan, menunjukkan atau memainkan atau mengedarkan kepada umum.
  2. Mengimport apa-apa artikel ke Malaysia untuk tujuan perdagangan atau keuntungan kewangan.
  3. Membuat jualan atau menyewa apa-apa salinan yang melanggar.
  4. Menjual, menyewa atau melalui perdagangan, mendedahkan atau menawarkan untuk dijual atau menyewa apa-apa salinan yang melanggar.
  5. Mengedarkan salinan yang melanggar.
  6. Memiliki, selain dari penggunaan pribadinya dan domestiknya, apa-apa salinan yang melanggar.
  7. Mempamerkan orang awam apa-apa salinan yang melanggar dengan cara perdagangan.
  8. Membuat atau mempunyai dalam milikannya apa-apa maksud yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan yang melanggar.
Jadi anda rasa Hak Cipta ini penting kepada hasil karya yang sekarang ni banyak digital dah boleh ditiru, diterbitkan atau disalahgunakan. Contoh kita boleh lihat sekarang ini kes buat facebook live dari panggung kepada laman facebook mereka. Siapa yang menanggung  kerugian yang besar dan siapa yang dapat untung atas angin. Jadi ini semua dapat melindungi harta walaupun dalam alam maya.


Kalau korang nak dapatkan maklumat lebih lanjut selain daripada penerangan yang Maha sediakan ini atau kurang faham boleh terus ke laman web mereka atau laman sosial media yang disediakan. Moga ia dapat sedikit sebanyak membantu korang dalam memahami hak cipta. 






19 ulasan:

  1. myipo memang terbaik untuk menjaga segala hak milik kita reka dengan selamat.. kena pergi daftar gak la nanti.. terima kasih pengkongsian ni..

    BalasPadam
  2. Haa maha.. Apa lagi daftar la nama mahamahu.. Kang org lain pakai.. Ayokkk.. Heehe

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian. Banyak fungsinya yer. Bagus Myipo ni sebab melindungi hak cipta dari di tiru dari orag lain.

    BalasPadam
  4. Ramai blogger yg share pasal myipo ni. memang bermanfaat untuk kitorg yg selama ni tak tahu pun.

    BalasPadam
  5. Bagus inisiatif mewujudkan myipo nie. Sedikit sebanyak dpt melindungi hak kita daripada di sailang org lain. Thanks for sharing ya !

    BalasPadam
  6. Perkongsian yang bagus, nanti Kak Sue nak suruh suami daftar hak cipta produk kami.. boleh kan?

    BalasPadam
  7. Bagus info ni maha.penggiat seni memang wajib lindungi hak mereka kerana mereka lebih terdedah kepada risiko hak mereka digunakan tanpa kebenaran atau disalahguna. Adanya MyIPO ni banyak membantu melindungi karya mereka utk tempoh yg panjang.

    BalasPadam
  8. good to see malaysia or particularly Malaysian start to care about IP or copyright. i guess that's the advancement of technology to help improve the awareness.


    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
  9. Bagus ada MyIPO ni memelihara hak cipta sesuatu karya.

    BalasPadam
  10. Bagus jugak ada MYIPO ni, sekurang2nya hasil milik seseorg terlindung dari di ROMPAK..:D. Tapi sis x ada produk sendiri nak daftar. Blog boleh ke..:D

    BalasPadam
  11. baguskan bila kita dapat menjaga dan memilhara rekaan kita daripada diciplak...

    BalasPadam
  12. mmg nak jaga hak cipta supaya xdi ciplak mmg susah kan, sbb zaman skg org buat jln mudah je.

    BalasPadam
  13. info bagus ni. takde lah sedap org yg meniru dapat nama kann

    BalasPadam
  14. Yg paling penting bila da patent ka kt MyIPO hak cipta kita terpelihara. N org xleh nk ciplak sewenang2 nya

    BalasPadam
  15. kalau blogger boleh tak kalau nk dftrkan hak cipta

    BalasPadam
  16. The preservation of copyright is an important aspect for any author or performer. This means the protection of the works from their distribution.

    BalasPadam
  17. There are alot copyright issues nowadays it seems like we have so much lazy that we can't even produce fresh content or idea

    BalasPadam
  18. This article is so informative content, I am thoroughly enjoyed to read this. You are doing a great job with this information. I'm glad to find your blog more helpful. Visit this site now to know more about emergency protective order virginia

    BalasPadam
  19. Looking for the best PTE coaching in Brisbane? Our guide provides comprehensive tips and resources to choose the right one. Click here!

    BalasPadam