Nikmati Keseronokan Raikan 25 Tahun Sunway Lagoon Musim Cuti Sekolah Ini

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa perancangan korang cuti sekolah ini adakah untuk balik kampung bawa anak-anak atau nak berjimba-jimba sambil berseronok mandi-manda. Jom kita ke Sunway Lagoon bersempena dengan sambutan 25 tahun taman teman tersebut.


Kita tahu kalau datang Sunway Lagoon mesti ingat nak mandi jer. Sebenarnya taman tema ini terdapat 6 tarikan menarik di dalamnya. Diantaranya seperti Water Park, Scream Park, Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park dan Nicklodeon Lost Lagoon.


Bestnya Nicklodeon Lost Lagoon ini merupakan taman teman Nicklodeon pertama di Asia. Ketika meenyusuri di sepanjang taman tema ini kita akan dapat lihat pembinaannya menampilkan konsep dari siri animasi Nicklodeon kegemaran kanak-kanak seperti Sponge Bob SquarePants, Dora The Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtle.



Kalau korang bertuah pada waktu-waktu tertentu, kemunculan penampilan istimewa watak-watak ini di kawasan Nicklodeon Lost Lagoon pastinya sangat dinantikan kanak-kanak yang datang bersama keluarga berlibur di sini. Teenage Mutant Ninja Turtle ini bukan sahaja diminati golongan kanak-kanak bahkan golongan dewasa juga. Seronok tengok geng TMNT yang begitu sporting beraksi di depan kamera.


Dalam kawasan Nicklodeon Lost Lagoon memang sesuai untuk kita bawa anak-anak kecil mandi di sini. Terdapat banyak juga kolam mandi memang dibina khas yang mesra kanak-kanak. Janji ianya harus juga dipantau oleh golongan dewasa.


Selain daripada kemunculan watak siri animasi Nicklodeon, terdapat juga acara seperti 'SLIME time di Spongebob Splash Adventure'. Namun  bagi anak-anak saya sendiri jika dah dapat peluang main air dengan pelbagai 'slide' disini, ianya sudah diibaratkan taman syurga buat mereka.


Orang KL nak pergi pantai yang sebenar agak jauh jadi datang jer ker Sunway Lagoon Malaysia kita boleh merasainya sendiri di Pantai Terbuka Buatan Manusia Terbesar di Malaysia. Dengan keluasan 13,000 meter persegi, pantai ini juga mempunyai ombak (sangat real) jadi kita akan dapat menikmati suasana sebenar bermain air di pantai.



Selain mandi pantai ada juga ruag Surf Beach terdapatnya Flowrider, Surf Beach, Mushroom/Umbrella, Water Disco, Surf Deck, Harbour Deck, Islands, Promenade dan Volcano. Bagi korang yang sukakan aktiviti lasak, bolehlah mencuba pelbagai aktiviti ekstrem di Extreme Park Sunway Lagoon. Ada permainan kayak, paintball, bungee trampolin, go-kart, ATV, flying fox, terjunan bungee, G-Force dan banyak lagi.


Kalau penat mandi manda atau bermain boleh jalan-jalan di Wildlife Park Sunway Lagoon yang mempunyai lebih daripada 150 spesis haiwan. Paling mencuri perhatian adalah dua ekor Harimau Putih iaitu Samson dan Asha. Selain itu dengan adanya Zola dan Zuri pasangan singa putih dan juga harimau kumbang hitam menjadikan ianya antara kenapa anak-anak dan orang dewasa sendiri begitu teruja untuk melihat spesis unik ini dari dekat di sini.


Semestinya berada di Wildlife Park Sunway Lagoon kita akan menantikan pertunjukan istimewa dari haiwan-haiwan yang jinak di sini. Macam-macam gaya dan keletah yang cukup menghiburkan. Maha sebenarnya sudah lupa nama-nama burung yang membuat persembahan. Tapi kami sempat dihiburkan melihat gelagat bagaimana burung yang pandai bermain bola keranjang, menyelesaikan masalah matematik, mengeja dan juga burung yang prihatin dan bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar.


Jika berani bolehlah anda mencuba sendiri memikul ular sawa yang cukup besar dan berat. Tapi sebenarnya peluang bergambar bersama ular sawa ini dibawah selian jurulatih mereka tentunya ianya meninggalkan momen yang begitu manis sekali. Banyak lagi haiwan di sini seperti kuda padi, ayam, itik, kambing, arnah, ikan, burung dan macam-macam. Mereka boleh melihat, menyentuh dengan lembut dan ada untuk kawasan tertentu anak-anak ini berpeluang memberi makanan kepada haiwan-haiwan jinak ini.


Banyak sebenar yang hendak dikongsikan tentang taman tema Sunway Lagoon Malaysia dan terlalu banyak sebenarnya aktiviti yang kita boleh lakukan bersama keluarga dan rakan apabila berada di sini. Bahagian mainan pun ada juga roller coaster, rumah hantu dan banyak lagi. Kiranya untuk menjelajah satu hari di sini memang tidak cukup. Tapi ianya memang memberi kepuasan yang tidak boleh digambarkan.


Selamat Ulangtahun yang ke 25 tahun Sunway Lagoon Malaysia! Moga terus sukses dan terus menerus menjadi taman tema no. 1 terbaik di Asia. 


Rebut peluang semperna dengan promosi FamFun yang merangkumi 2 tiket dewasa + 2 tiket kanak-kanak dengan hanya RM390 ataupun 4-To-Go untuk 4 orang dewasa dengan hanya RM456 atau beli 3 Percuma 3 (Beli 3 dewasa PERCUMA 3 dewasa) pada harga RM510.

Keterangan lanjut boleh layari:
Laman web : www.sunwaylagoon.com
Tel :  03-5639 0000





1 comment... add one now

NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR 23 December, 2017
dah lama tak masuk sunway lagoon ni