Arabian Food,

Hadramawt Kitchen Wangsa Maju Roti Lebih Besar Dari Dulang

Khamis, Disember 14, 2017 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepad semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Nak ucapkan terima kasih kepada Kak Ana kerana baru-baru ini sudi belanja Maha makan kat Restoran Arab. Dah lama sebenarnya tak makan makanan Timur Tengah ini bila ada peluang keemasan macam ni memang tak lepaskan lah.


Walaupun lokasi kali ini agak jauh sikit dari rumah tapi tetap gigih untuk drive sampai ker Wangsa Maju untuk makan kat restoran Hadramawt Kitchen. Restoran ini terletak sebelah jer dengan Wangsa Walk kalau korang berada dalam mall tu kena keluar daripada mall dan menghala ker Wangsa 118 nama bulding tu.



Restoran ni dah boleh nampak dari tepi jalan senang nak cari parking pun senang kat bawah bangunan tu ada banyak masuk jer. Maha bersama beberapa orang kawan blogger lain kami macam buat pertemuan kecillan nak meraikan hujung tahun ni. Nak bincang apa yang kurang dan apa yang lebih serta peluang baru untuk jadi blogger lebih maju tahun 2018 nanti gituww.

Chicken Mandy atau Lamb Mandy

Tapi bukan itu yang nak cerita sebenarnya nak cite pasal makanan kat sini memang korang akan dapat semua makanan Arab dan Timur Tengah. Paling popular mestilah Nasi Mandy. Tak kiralah nak Chicken Mandy atau Lamb Mandy memang kuantiti besar. Tengok lah ni kalau datang 4 orang belum tentu boleh habis.


Salad Segar

Selain tu juga ada nasi lain yang popular seperti Kabsa dan Madghout semua datang dengan sos mereka sendiri serta salad segar. Kalau yang tak nak makan berat sangat macam nasi ni korang boleh ambil roti tapi jangan sangka ia macam roti canai kat Malaysia ni yer. Roti ini atau namanya Maulawah adalah lebih besar daripada dulang yang disediakan.

Maulawah

Walaupun roti ni sangat besar tapi ia rangup dan garing bila makan panas-panas. Memang cara orang sana kot makan kena koyak roti ni sikit-sikit dan cicih dengan kuahnya iaitu Fasha. Kuah ini agak masin sedikit tapi ia mengandungi carikkan daging dalamnya kena dengan roti tu jadi gabungan yang mantaplah.

Teh Pudina dan Teh Susu Cangkih

Tak kenyang lagi ker hehehe tapi kar restoran macam ni popular mereka akan suka makan daging tapi kita orang Malaysia dan makan nasi tu keyang dah lah kan. Bagi nak buat semua kekenyangan dalam perut tu kami dihidangkan dengan dua jenis herba teh iaitu Teh Pudina dan Teh Susu Cangkih. Bila sekali hirup memang rasa lega kosong perut nak makan lagi wakakaka.

Khounafah

Last sekali kami makan pula pencuci mulut mereka iaitu Khounafah. Tak silap Maha ini adalah cheese yang diparut dan digoreng kemudian dicampur dengan caramel atasnya sebab rasa pelik tapi sedap. So lepas ni tahu lah mana nak pergi kalau lalu area Wangsa Maju ni untuk makanan Arab. Juga mereka sediakan khidmat penghantaran makanan ke rumah atau pejabat anda tapi ada limit order untuk penghantaran percuma.


Boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut tentang khidmat penghantan tersebut ok. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 pagi. Sekali lagi terima kasih pada kak Ana kerana sudi belanja kami makan dan kepada pemilik restoran serta semua staff restoran yang manis dan mesra. Selamat menjamu selera kepada anda semua ok.

Pertanyaan dan promosi hubungi :  
Tel : 03- 4141 9841

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5





8 ulasan:

  1. Suka nyinggah kat sini,
    ada2 aja tempat makan baru yang Maha kongsikan
    Lamb Mandy ngan teh pudina my choice, thank you

    Jom tingkatkan trafik ke blog

    BalasPadam
  2. Roti dari arab ni.. tengok pun sedap besar lagi... roti maulawah tu rasa seorang tak habis besar sangat hahahhaha... kena share ramai2 ni

    BalasPadam
  3. nampak sedap giler roti lagi besar daripada dulang tu.. kagum la siapa yang boleh setelkan sekeping tu hehe

    BalasPadam
  4. Alaaaaa....maha kejam la....bestnya dapat makan kat sini...boleh habis ke roti tu?

    BalasPadam
  5. tutup mata ternampak makanan yang bukan main sedap! mandi lamb tu amboiii bkn main menyelerakan persembahannya... lama tak pekena nasi arab ni uuuuu

    BalasPadam
  6. bukan boleh baca je kalau masuk blog maha ni, terus lapar sekali nengok gambar hahahha. sedapnyaaaa...pernah juga makan sini tapi kenapa xnampak sedap macam dalam gambar ni ye? hahaha


    yanmieonline.com

    BalasPadam
  7. Kalau ke restoran arab, pasti sedap. Saiz hidangan juga besar. Hehehe. Puas hati makan.

    BalasPadam