Cheezy Fish Fillets,

Belajar Memasak Menggunakan Produk Pacific West Dalam Cook Show with Celebrity Chefs

Selasa, Disember 05, 2017 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni nak belajar memasak ni macam-macam cara selain daripada online kena juga datang program memasak macam ni. Sebab ada ilmu baru yang akan korang boleh dapat macam yang Maha pergi baru-baru ini di Cook Show with Celebrity Chefs di Shah Alam.



Bersempena dengan Karnival Tefal, Pacific West telah bekerjasama dengan Tefal untuk memberi ilmu memasak menggunakan produk Pacific West yang banyak. Kalau selalu kita bila masak Fish Fillets macam mana mesti goreng sahaja lepas tu makan dengan sos atau mayonis. Tapi bila datang ke sini ada cara baru lebih sedap dan pelbagai yang di ajar oleh barisan chef terkemuka Malaysia.




Hanya menggunakan Cheezy Fish Fillets produk terbaru daripada Pacific West pelbagai hidangan tempatan dan modern korang boleh buat. Fish fillets ini adalah inovasi baru dimana mereka menambahkan cheese sebab orang kita suka makan cheese bukan. Campuran Mozarella cheese dan keju Nacho premium kemudian disalut dengan serbuk roti Jepun memberikan rasa yang rangup.


Pada hati tu ada 3 orang chef terkemuka menyediakan 7 hidangan sihat untuk dipelajari. Chef pertama iaitu Chef Leong mengajar cara memasak resipi Trio Canapé Cheezy Fish Fillets, Cheezy Fish Wholemeal Sandwich dan Cheezy Fish, Caesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower. Pertama kali Maha belajar cara membuat Crisp Onion Flower mudah rupanya sedap lak tu lepas ni leh buat kat rumah.

Chef Leong

Trio Canapé Cheezy Fish Fillets

Cheezy Fish Wholemeal Sandwich

Cheezy Fish, Caesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower

Lepas tu pula Chef Dr Ezani juara Masterchef Malaysia musim pertama Maha tonton rancangan tu sampai habis ok. Beliau menyediakan dua resipi yang menggarapkan produk ini kepada masakan Malaysia. Korang mesti tak percayakan boleh buat masak tiga rasa dengan guna produk Pacific West. Hari tu Chef Dr ni masakkan Salt & Pepper Squids with Tiga Rasa Sauce dan Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillets bau habis satu dewan buat semua orang terliur.

Chef Dr Ezani

Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillets

Salt & Pepper Squids with Tiga Rasa Sauce

Manakala 2 lagi menu sihat ini daripada Chef Bryan iaitu chef untuk Yum Yum Publications. Resipi mudah beliau Crispy Calamari with Pickles dan Tempura Fish Fillets and Mixed Vege Spring Rolls. Yang ni menggunakan banyak sayur tapi tetap sedap dan menarik.

Chef Bryan

Crispy Calamari with Pickles dan Tempura Fish Fillets

Sikit pasal produk Pacific West yang Maha tahu lah ia adalah produk yang pastinya Halal oleh JAKIM. Kualiti tiada tandingan mereka menggunakan makanan laut dan bahan makanan yang memenuhi piawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa dengan pengesahan BRC, IFS, HACCP dan YUM!.



Mana pula nak dapatkan semua produk Pacific West sekarang dah ada di semua kedai runcit utama di Malaysia seperti Cold Storage, Sam Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Grocer Village dan banyak lagi. Selamat mencuba semua ok nanti Maha share resipi setelah mencuba semua ini ok. Selamat menjamu selera.

Maklumat lanjut, sila hubungi :
Pacific Careline : 1800 888 389 






8 ulasan:

  1. Menariknya event pacific west ni...produk dia pun nampak semua best

    BalasPadam
  2. Kualiti makanan sejuk beku Pacific West sangat terbaik..semalam akak pi Jaya Grocer memang banyak diorang jual product ni...pas ni senang la nak cari...nak masakkan utk maha nanti...hehehehe

    BalasPadam
  3. Suka sotong kalamari tu. Mudah nak disediakan. Anak-anak pun suka.

    BalasPadam
  4. Best ni kalau pandai masak macam chef tu, mesti boleh masak macam-macam masakan

    BalasPadam
  5. From far can smell the nice aroma of the dishes cook by chef especially Dr Ezani dish. Pacific West is my favourite brand.

    BalasPadam
  6. Sebelum ni pun pergi ad Dr Ezani. Sedap juga makanan dari Pacific West ni. Tengok dorang masak sangat lah mudah. Dapat tak sekotak dua bawa balik? Huhu

    BalasPadam
  7. Terbaik! nak try produk ni nanti lah..

    BalasPadam
  8. pergh semua menu nmpk sedap..
    nanti nak try la yg cheezy fish fillet tu..

    BalasPadam