Dapur,

Resipi Mini U.S Potato Cups Dicipta Dari Kentang Import Yang Bagus Untuk Diet

Isnin, November 13, 2017 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa kata makan kentang goreng atau sejuk beku tu cepat menggemukkan. Sebenarnya itu adalah tanggapan yang salah kerana kentang merupakan diet paling bagus untuk mereka yang nak kurang berat badan. Ini kerana kentang ini tiada mengandungi lemak, tiada natrium dan tiada kolestrol.


Tapi yang Maha cite ni bukan kentang biasa kita beli kat pasar ia hanya pada kentang dari U.S. Produk kentang mereka diiktiraf antara yang paling bagus nak bandingkan dengan pisang kerana ia mengandungi 15% lebih banyak kalium. Wow dah macam pakar nutrisi lak Maha cite ni tapi ini adalah daripada pembacaan yang Maha buat sebelum artikel ni ditulis.


Sebab kali ni Maha nak share dengan korang satu lagi resepi yang mudah dan lazat menggunakan produk kentang dari U.S ni. Resipi yang diberinama Mini U.S. Potato Cups menggunakan U.S. Purple Potatoes. Ingat tau warna yang berbeza setiap kentang memberi khasiat yang berbeza. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha guna tak banyak pun.


Bahan-bahan: 


2 biji U.S Purple Potatoes
1 biji Bawang Besar (potong dadu)
2 ulas Bawang Putih (potong kecil)
1 biji Telur
1 sudu Serbuk Lada Hitam
50 gram Cheese
½ cawan Susu Segar
Garam

Maha gunakan 2 biji sebab ia dapat menghasilkan satu hidangan yang boleh makan untuk 4 orang sebab rumah tak ramai orang jadi buat sikit-sikitlah. Kalau korang ada anak ramai atau ahli keluarga yang besar boleh gandakan jumlah bahan yang Maha sediakan ni ok. Jom kita tonton video cara penyediaan resipi ini pulak.

Cara penyediaan :

 


So macam mana mudah tak nak buat resipi menggunakan kentang kali ini. Paling penting adalah ia sihat kerana menggunakan kentang dari U.S dan juga susu segar. Kemudian tu pulak ia di bakar dalam oven dan tidak di goreng jadi kurang penggunaan minyak. So lepas ni kalau korang nak diet tanpa berlapar boleh makan kentang tak kisah nak buat cara macam mana pun. Selamat mencuba semua.


Maha juga perlukan bantuan korang semua untuk mengundi resipi ini di dalam satu pertandingan yang di anjurkan sempena dengan U.S. Potatoes Goodness Fiesta. Korang boleh mengundi dengan like kat sini My Potatos USA bermula hari ni 13 Nov hingga 22 Nov 2017. Harap-harap resipi ini dapat menjadi pilihan juri. Terima kasih pada yang dah mengundi jasa korang sangat bermakna moga Tuhan membalasnya.

Hashtag : #MyPotatoesUS #PotatoesUS #DailyFood #FitforHealth





8 ulasan:

  1. Nampak sedap sangat tu. Baru tahu kandungan setiap kentang berlainan dengan jenis kentang yang lain.

    BalasPadam
  2. Bestnya...wah..setau akak ada beberapa jenis kentang je..tak sangka ada banyak jenis dan berlainan khasiat...Maha..nak skit...pandai maha baked

    BalasPadam
  3. Baru tahu lain jenis kentang,lain khasiatnya. Sangka semuanya sama. Nampak sedap pula,lapar dah ni

    BalasPadam
  4. ooo baru tahu pasal kentang tu. Uols , nak rasa sikit please U.S Potato Cups. hahaa

    BalasPadam
  5. Wiw..sedapnya..resipi pun simple...
    Buat utk bfast mesti best ni..
    Thanks for d idea

    BalasPadam
  6. Yummy what a simple and easy recipe, will try it out over the weekend!

    BalasPadam