Mega Wedding Pakej Lengkap Perkahwinan Murah Untuk Bakal Pengantin Baru

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramai orang tengah rancang perkahwinan hujung tahun ini almaklumlah musim cuti sekolah. Tapi persiapan untuk perkahwinan orang kata perlu persediaan 8 bulan. Nak cari catering, pelamin, juruphoto, goodie, kad kahwin dan macam-macam lagi.


Mana nak dapat semua ni pada harga zaman sekarang ni dengan kos barang meningkat dan juga nak cari yang tidak menipu pun susah. Baru-baru tular kes perancang perkahwinan menipu keluarga pengantin booking dah buat tapi tak ada pada hari sepatutnya. Sapa yang rugi time tu mesti lah keluarga pengantin malu pun dapatkan.


Maha ni bukan pandai sangat tentang perancang perkahwinan ni tapi ada pengalaman sikit lah masa nak sediakan perkahwinan abang Maha dulu. Tapi tu dulu harga masih murah dan mampu untuk ayar semua. Sekarang ni nak cari semua pada satu harga kat mana.

Kebetulan hari tu Maha dapat jemputan untuk satu majlis perkahwinan yang sangat mewah tapi pada harga mampu milik. Mega Wedding 4.0 yang telah di adakan pada 28 Oktober lalu penuh meriah di Putrajaya.


Pada hari tu ada 10 pasangan pengantin diraikan dalam satu majlis penuh gemilang dan jayanya. Paling best mereka cover semua pakej lengkap perkahwinan yang sangat murah. RM7,000 sahaja mereka akan uruskan daripada urusan pernikahan hingga ke bulan madu.



Mula-mula Maha tak percaya tapi bila tanya penganjur iaitu Mahligai Impian Catering & Event serta Malaysia Wedding Festival (MEFA) memang betul. Pasangan hanya bayar pada harga tersebut dah ini yang mereka akan dapat pada hari bahagian mereka.

-Tajaan dan Pengurusan majlis Pernikahan
-200 pax jemputan untuk setiap pasangan
-Menu Katering istimewa
-Live show daripada band terpilih
-Deejay Jemputan dan PA System
-“Door Gift” untuk setiap tetamu
-Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
-Liputan khas daripada media
-Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
-Pelayaran Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
-Pelamin Gergasi Eksklusif istimewa
-Pelamin Nikah di dalam Cruise
-Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
-Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
-Kek Kahwin untuk semua pasangan
-Parkir Khas untuk pengantin
-Hand Bouquet Setiap Pasangan
-Penginapan hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya untuk honeymoon

Sapa rasa tak rugi untuk semua ini. Pada hari yang Maha datang tu memang pasangan pengantin di nikahkan di Masjid Putrajaya oleh pegawai dari JAWI. Kemudian pasangan dibawa berarak daripada masjid menaiki Cruise Putrajaya sehingga ker Marina Putrajaya.


 


Pelamin indah tersedia kat Marina Putrajaya tu dan juga khemah untuk para tetamu jemputan makan. Makanan pula semua sedap-sedap hari tu ada Nasi Minyak bersama dengan lauk ayam dan juga daging. Lepas tu pasangan diberikan kek perkahwinan dan sesi bergambar bersama keluarga.





Jadi semua dah sedia dan sangat bebaloi. Maha rasa dengan keadaan ekonomi yang sangat mahal sekarang ni pakej yang disediakan di Mega Wedding ini amat berbaloi. Rugi kalau pasangan tak rebit peluang ini kerana setahun beberapa tarikh sahaja.




 


Bagi tahun 2018 ini pula ada 3 tarikh yang telah ditetapkan iaitu Marc, Ogos dan Nov. Kalau booking sekarang ni mereka bagi lagi diskaun RM500 untuk satu pakej. Tempat adalah sangat terhad dalam satu majlis untuk 20 pasangan sahaja. Jadi booking sekarang dan dapatkan semua keistimewaan ini.

Pertanyaan dan tempahan sila hubungi :
Tel : 018-9634563 (Ashaari)
        012-3871775





{ 8 comments.. read them below or add one }

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman 02 November, 2017
Untung belanja kahwin ramai-ramai macam ni, siap ada pelamin semua memang JIMAT!
Azlinda Azman Azlinda Azman 03 November, 2017
meriahnya...majlis perkahwinan macam ni
✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ 03 November, 2017
Pendek kata tugas sebagai perunding perkahwinan ini memerlukan banyak kesabaran, kudrat yang tinggi, idea yang kreatif, bijak berhujah bagi menyakinkan pelanggan
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 03 November, 2017
Bagus jugak buat wedding beramai ramai cam ni, menjimatkan serta boleh dapat package murah. Yang penting dapat khawin dan sah menjadi suami isteri...hehehe
Jia Shin Lee Jia Shin Lee 03 November, 2017
This seems fun, a wedding gathering, everyone will be sharing their blessing. Gonna share this with my friends.
Andy Sahlam Andy Sahlam 04 November, 2017
meriah betul wedding ni, makanan sedapppp
seri wangi seri wangi 05 November, 2017
Seronokkan buat mcm tu, tp nti hadiah utk pengantin camner?
Anyo Benidick Anyo Benidick 07 November, 2017
Kalau kahwin reramai ni mesti meriah kan. Bajet pun save sikit. List yg pelayaran cruise tu cam romantik pula hihi