Ayam Goreng,

Suka Makanan Korean Cuba Resipi Ayam Goreng Extra Hot Ala Korea Ini

Selasa, Oktober 31, 2017 Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korea memang popular dengan makanan ayam goreng yang ada pelbagai rasa. Manis ada, masam ada dan paling pedas pun mereka suka. Sebab tu kalau pergi sana mereka suka makan ayam goreng extra hot kerana cuaca mereka yang sejuk.


So kali ni Maha nak cuba buat satu resipi mudah dan ala-ala makanan Korea kesukaan ramai. Resipi Ayam Goreng Extra Hot Ala Korea tapi menggunakan sos paling pedas daripada Lingham's. Maha percaya kepada produk sos cili keluaran Lingham's ini kerana ia tanpa 6 perkara yang tidak sihat ini iatu tanpa pengawet, tanpa perisa tambahan, tanpa bahan pengawet, tanpa puri tomato, tanpa kanji dan tanpa MSG.


Mereka menggunakan 100% cili merah yang diproses sebab tu rasanya sangat pedas. Bagi Maha ia pedas tahap level pedas 5 Maha bagi yang ni 5 markah penuh. Jadi nasihat Maha kalau nak cuba resipi ini kena pastikan kurangkan pedas dengan tambah gula atau banyakkan madu. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan dalam resipi ini sangat mudah.


Bahan-bahan :-
1 botol Lingham's Sos Cili Extra Hot
3 ketul Kepak Ayam
3 ulas Bawang Putih
1 biji Telur
3 sudu Madu
3 sudu Tepung Goreng Ayam
6 helai Daun Kari
Biji Bijan
Minyak Masak

Cara nak buat resipi ni macam biasa Maha sediakan dalam bentuk video yang mudah dan cepat untuk korang tonton sekali. 


So macam mana rasa teringin tak nak buat Ayam Goreng Extra Hot Ala Korea Maha ni hehehe. Ni semua sebab nak pergi restoran Korea tu mahal sikit masak sendiri jer kat rumah lebih kurang sama jer. Kalau nak kurang hot korang boleh guna sos cili lain daripada Lingham's seperti Sos Cili Halia dan Sos Cili Bawang Putih.



So kalau korang ada idea nak Maha masak korang boleh sharekan apa sahaja resipi menarik kerana Maha tengah cari idea ni ada projek baru. Apa pun selamat mencuba semua dan selamat memasak. 





13 ulasan:

  1. Fuhh food present yg mengiurkan . Semua bahan dah ada di dapur cuma sos cili extra hot tue mana nak cari .huhu .bersalut elok kepak ayam dengan bahan-bahan tue . Kena cari sos cili extra baru resepi ni menjadi .

    BalasPadam
  2. nampak sedap, tapi tulah iols tak boleh makan pedas sangat. menangis nanti haha

    BalasPadam
  3. akk memang penggear Lingams sos ni. Makan dengan kopok selalunya. Dapat rasa sosnya yang pure. kadang-kadang bubuh sos lg banyak. Dah macam meratah sos pulak hehehe

    BalasPadam
  4. kena juga dapatkan..ina tak pernah lagi cuba brand ni.Nampak sedap masakan maha ni.

    BalasPadam
  5. Oh cili extra HOT memang kegemaran suami, memang sedap dinikmati

    BalasPadam
  6. laaa...senang jer buatnyaaa....ni fav anak dara akak ni..nanti boleh la main masak2 dengan dia...

    BalasPadam
  7. alamak mahadi.. awat ler ada ayam korea plak.. dah kena cari ayam ni..hahaha.. boleh buat nanti. senang mudah simple.. tq madi

    BalasPadam
  8. Nampak sedap..tp chili th xde pulak kat rumah...kalau tak boleh buat hari ni

    BalasPadam
  9. O best ni. Bookmark dulu, nnt boleh buat.

    BalasPadam
  10. Adoi sedapnya...
    Nnt boleh buat ni
    Kena cari sos lingam la jwabnya

    BalasPadam
  11. Resepi ni memang menyelerakan. Ni yang rasa nak beli bahan dan masak sama macam mahamahu ni

    BalasPadam
  12. Sis memang suka makan ayam korean ni, terutama yg spicy tu, perghhh sedap. Ni maha dah bagi resepi ni bolehlah sis cuba buat sendiri nanti

    BalasPadam
  13. Antara sos kegemaran sejak pertama kali mencubanya pada tahun 2011....

    BalasPadam