Dapur,

Resipi Mudah Pizza Rendang Daging Bercheese Dengan Pizza Crust Dari Mission

Sabtu, Oktober 28, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama tak buat resepi kat blog ni rasa rindu pulak nak buat. Rasa nak makan makanan barat macam pizza ker hehehe. Lama kot tak makan pizza buatan sendiri tapi kali ni Maha nak buat cara lebih mudah dan cepat.


Maha nak gunakan produk daripada Mission. Sebab Maha pernah guna sebelum ni produk Mission kerana produk mereka semua ada Halal JAKIM jadi tak perlu risau. Lepas tu produk mereka ada banyak pilihan dan juga untuk kegunaan pelbagai jenis masakan harian kita. Ada wrap, ada tortilla chips, ada roti pita, ada roti naan dan paling Maha suka guna Mission Pizza Crust.


So kali ni kita buat satu resepi pizza yang sangat mudah dan sangat cepat hanya menggunakan crust pizza daripada Mission. Tak perlu lagi nak penat-penat uli tepung sampai lembut sebab nak buat doh piza ni susah juga. Kalau salah campuran dan adunan tak naik doh kita.


Kali ni maha nak buat piza menggunakan makanan tradisional orang Melayu yang popular iaitu Rendang Daging. Rendang ni Maha jadikan sebagai sos dan juga topping atas piza ni. Pastu nanti mix dengan bahan-bahan lain agar lebih meriah dan menarik ada cheese ok sebab nama pun pizza hehehe.


Bahan-bahan untuk membuat resipi Pizza Rendang Daging Bercheese
1 keping Mission Pizza Crust Wholemeal
180 gram Rendang Daging
1 biji Bawang Kuning (potong dadu)
1 biji Lada Benggala Merah (potong panjang)
100 gram Mozzarella Cheese
1 helai Daun Kunyit (hiris halus)

Jom kita ikut cara nak buat pizza ni yang Maha sediakan dengan gambar sekali supaya korang lebih mudah dan senang nak ikut. 

1) Sediakan sekeping Mission Pizza Crust Wholemeal. Maha gunakan wholemeal kerana ia campuran gandum jadi lebih sihat.

2) Hancurkan daging rending kepada bahagian kecil-kecil dan sapukan diatas crust tadi. Maha gunakan rending segera sebab nak cepat. Kalau korang pandai boleh buat rendang sendiri lagi sedap.


3) Kemudian aturkan Lada Benggala yang telah dipotong ke atas crust tadi.


4) Taburkan Bawang Kuning yang telah dipotong dadu ke atas crust tadi.


5) Last sekali taburkan Mozzarella Cheese yang banyak atas crust ni supaya lebih sedap.


6) Bakar dalam oven dengan suhu 210° selama lebih kurang 10 minit sahaja.


7) Setelah masak keluarkan piza dan terus teburkan hirisan daun kunyit untuk aroma yang lebih menarik.

Akhirnya siaplah pizza kita yang mudah dan senang ni. Pastu lak dapat rasa Rendang Daging atasnya yang sedap bersama dengan cheese cair membuka selera sangat. Crust pula rangup dan nipis menjadi piza ini lebih enak dinikmati panas-panas.


Satu keeping crust ni boleh makan satu keluarga memang puas. Kalau macam nilah hari-hari boleh buat piza macam-macam rasa tak susah pun. Kalau ada kawan-kawan atau tetamu datang lagi mudah nak hidang dengan piza produk dari Mission ni. Korang pun boleh cuba juga jom masak piza. Selamat mencuba semua.







4 ulasan:

  1. Tak pernah cuba buat pizza guna missions lagi..tp mak akak mmg makan roti missions ni buat sarapan..bagus sebab tak berminyak kan..

    BalasPadam
  2. Macam best je..mcm sedap je..hehehe.
    Nanti boleh lah sis cuba buat, kalau x maha buatkan boleh??

    BalasPadam
  3. Wow..da ada pizza crust...selalu guna wraps dia tu ja as pizza crust...itu pun sedap gila dah...huuu

    BalasPadam
  4. Amboi sedap giler pizza itu. Kalau tambah banyak cheese mesti sedap kan. Air liur pun meleleh. 😝

    BalasPadam