Coklat,

Mengenali Ciri-ciri Coklat Kelas Dunia Dengan Whittaker's Dari New Zealand

Jumaat, Oktober 13, 2017 Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha dan jutaan lagi rakyat Malaysia memang suka akan coklat dan menjadi gila bila dapat makan coklat betul tak. Paling nampak bila dapat makan coklat orang akan jadi lebih tenang dan lebih rasa bahagia.


Sebab tu orang jadikan coklat sebagai hadiah kepada kekasih atau juga orang yang mereka sayang untuk tanda kebahagiaan. Tapi tahukan kita bagaimana nak kenali coklat itu adalah berataraf dunia atau betul-betul memberi keenakan rasa coklat sejati kepada kita. Bagaimana nak kenali coklat itu best atau banyak bahan campuran lain.


Contoh paling ketara adalah apabila kita beli satu coklat kita buka dan pegang dengan tangan kita coklat tu mula mencair. Kemudian kita masuk coklat dalam mulut ia hancur dan cair dengan sekata itu maksudnya coklat ini mengandungi koko yang tinggi dan sedap. Sebab tu coklat kalau kita letak pada suhu bilik ia akan sedikit cair dan bila buka ia akan melekat kerana banyak kandungan kokonya.


Baru-baru ni Maha dapat jemputan oleh jenama coklat terkemuka dunia iaitu Whitttaker's untuk menikmati dan merasai bagaimana yang dikatakan coklat bertarf dunia. Maha ni dah lah memang gila coklat bila dapat makan coklat macam ni memang tak lepas peluang lah. Maha pernah rasa coklat ni dan pernah tulis pasalnya kat artikel Menikmati Coklat Whittaker's Dari New Zealand tahun lepas kot.

Mr Matt Whittaker Ketua Pemasaran Antarabangsa Whittaker

Sikit pasal coklat Whittaker's ini ia adalah coklat dibuat dan kilangkan di Porirua, New Zealand dan merupakan satu-satunya pengeluar coklat utama di New Zealand yang telah beroperasi selama 120 tahun oleh tok nek moyang mereka lagi. Setiap langkah dalam proses membuat coklat, dari menerima biji koko dalam bentuk mentah kepada produk yang dibungkus terakhir, dilakukan di kilang Whittaker.

 

Sebab tu pengeluar coklat ini mendapat pengiktirafan jenama coklat paling dipercayai selama 6 tahun di sana. Jangan risau sebab semua coklat keluaran mereka mendapat pengitirafan halal daripada FIANZ iaitu badan halal luar negara yang diiktiraf olah JAKIM sendiri tak perlu risau. Produk yang paling orang Malaysia suka adalah Almond Gold paling laris.



Masa hari tu Maha baru dapat tahu bagaimana nak kenal coklat itu berkualiti atau tidak iaitu melalui kuiz yang mereka jalankan. Kami semua yang datang masa tu kena jawab beberapa soalan berkaitan produk ini dan dari situ dapat tahu kandungan sebenar koko dalam setiap coklat yang dikeluarkan. Kalau kat bungkusan pun boleh tengok ada contoh Whittaker's Peppermint  mempunyai 50% kandungan koko setiap bungkusan 50gram.

Chef Faizah dan pembantu

Kemudian kami di ajar bagaimana menjadikan coklat ini bukan sahaja bahan makanan tapi jadi bahan hiasan kepada makan terutama kek dan cupcake. Hari tu kami di ajar oleh Chef Faizah buat coklat ganache untuk hiasan atas cupcake nak nampak lagi sedap dan berkilat-kilat. Kita gunakan coklat Whittaker's kerana kandungan koko sangat tinggi dan mudah untuk dicairkan.

 



Ia satu pengalaman kepada Maha sendiri bagimana nak tahu coklat tu bagus atau tidak. Tapi sayang tak pandai nak deko atas cupcake jadi macam tu hehehe. Tak apa lepas ni kita boleh buat lagi mudah jer hanya ambil coklat Whittaker's yang kosong kemudian pecah kecil-kecil dan tuangkan butter yang telah dicairkan dalamnya gaul sampai berkilat siap boleh hias.


 

Kalau korang rasa nak dapatkan coklat Whittaker's ini ia ada jual kat banyak pasaraya sekarang ni seperti AEON, Jaya Grocer dan yang terbaru mereka adakan kerjasama dengan BEN Independent Grocer di Ikano Power Centre untuk memberikan tablet coklat mini Whittaker percuma dengan setiap pembelian minuman kopi. Promosi berlangsung dari 12 hingga 15 Oktober sahaja cepat datang boleh dapat coklat free.







18 ulasan:

  1. Coklat ni sedap, kalau kena gaya boleh mengunyah je. Hehehe. Ruby suka almond choc mereka. Yummy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes sama kita cuka yang ada kacang dalam tu best...

      Padam
  2. suka coklat ni. cuma mahal, xle mkn selalu. Kalau gi Langkawi memang akk borong coklat brand ni. Sana murah sket hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh kat Langkawi ada ker jenama ni alamak kita nak juga lah order...

      Padam
  3. i'm a choc lover...alaaaa...bestya semua choc tu..akak tak pernah rasa lagi hat yang ni...pernah nampak je kat KLIA..hehehe...lepas ni bleh cari la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe nanti nampak boleh beli untuk kita coklat ni ok...

      Padam
  4. Same here hanis juga pencinta coklat. Boleh dikatakan hampir setiap hari Hanis beli coklat kunyah-kunyah sambil buat kerja hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak kita penuh dalam peti ais coklat hehehehe..

      Padam
  5. Tertiba teringat kenangan pahit pula bila nampak gambar kita bersama hahahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala jangan lah bro hehehe dah bukan rezeki kita wakakaka.. tapi dapat bawa coklat juga..

      Padam
  6. Tengok entry ni...tertelan telan air liur sis tau...sampai hati sis tak dapat. Nampak gaya kena gi beli jugak ceklat Whittakers ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe sis tak apa mampu beli wakakaka..

      Padam
  7. Apeniiii...😭😭😭

    Esok nk cari coklat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dapat coklat percuma kat BIG dampai 15 Okt ni tau jom serbu..

      Padam
  8. Balasan
    1. Coklat dari New Zealand pasti sedap hehehe

      Padam
  9. Fav kita whittakers ni..selalu kalau pi langkawi msti beli kt sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tak tahu kat Langkawi ada kalau ada kita suruh kawan kita beli jer di duduk sana hehehe...

      Padam