Macam-macam National Costume Miss Universe Malaysia Bakal Sepedas Sambal Nasi Lemak

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kita pernah dengar pasal Kek Nasi Lemak dan juga Burger Nasi Lemak yang tular baru-baru ini. Tak mustahil makanan paling popular di Malaysia ini akan menjadi lebih daripada itu.


Mana tidaknya Miss Universe Malaysia 2017 Samantha Katie James 22 tahun bakal memperagakan National Costume bertemakan Nasi Lemak. National costume ini telah direka oleh designer Brian Khoo. Bakal diperagakan dalam rancangan Miss Universe 2017 yang akan berlangsung di Las Vegas Amerika Syarikat

Kalau korang tengok pada rekaan baju tu lengkap semua ada termasuk belakang terletaknya daun pisang, kemudian ada telur mata kerbau, sambal ikan bilis, ikan bilis goreng dan timun. Namun tertanya juga mana nasi nya yang menjadi keutamaan kepada menu Nasi Lemak ini hurrmmm jangan fikir negatif ok.


Tapi inilah yang cuba ditampilkan memberi keunikan kepada national costume negara agar menjadi pilihan juri. Tahun lepas Miss Universe Malaysia memperagakan pakaian Menara Bekembar Petronas dan mendapat perhatian serta tersenarai antara 5 national costume pilihan orang ramai.

Adakah bila bawa tema nasi lemak ni ada negara akan claim ia adalah makanan daripada negara mereka. Almaklumlah Malaysia ni selalu dituduh sebagai negara yang suka 'mencuri' budaya dan makanan negara jiran. Apa pun pasti ia menjadi sesuatu yang menarik dan tak mustahil negara lain akan bawa makanan tradisional mereka untuk diperagakan kita nantikan pertandingan Miss Universe 2017 yang bakal diadakan tak lama lagi.


*Gambar dari Instagram Miss Universe Malaysia






4 comments.. read them below or add one

luqman zakaria luqman zakaria 02 November, 2017
Menariklah konsep dia. kalau maha perasan ada someone buat rendition untuk baju ini. Cantik jgk. ada kawan fb share!
Bella Jamal Bella Jamal 02 November, 2017
Every year rekaan malaysia semua cantik. Tahun ni kelainan juga. Haraplah menang.huhu
Wendy Pua Wendy Pua 09 November, 2017
buat saya lapar dengan baju tu!
creative pun designer dia !
Betty Liew Betty Liew 10 November, 2017
So creative the designer. Will they come with new custome.