Cipta Kek Impian Anda di Little Collins Cakery & Cafe Terletak Di Solaris Mont Kiara

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Menjadi impian semua orang untuk mendapat kek mengikut kemahuan sendiri di hari paling berharga dalam hidup. Kek hari jadi penuh dengan perhiasan bentuk permata atau juga kek ulang tahun perkahwinan penuh dengan bunga-bunga yang cantik berseri.


Kalau Maha nak kek yang berbentuk rumah kampung kat Pahang sebab disitu lah Maha dilahirkan dan dibesarkan ia sesuatu yang bermakna sangat. Kalau nak buat sendiri tak mampulah  semua ni terjadi. Tapi sekarang semua boleh direalisasikan oleh sebuah kedai kek yang bila korang masuk memang terpegun dengan hasil kreativiti mereka.


Maha baru ni sempat pergi kedai Little Collins Cakery & Cafe yang terletak di Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara untuk lunch dan makan kek kat sana. Saat masuk tu mata terpaku dengan beberapa biji kek yang mereka pamerkan di ruang pameran sangat mengkagumkan dan rasa nak bawa balik sangat cantik.




Kafe ini unik kerana ia ada menyediakan khidmat menempah kek dan juga menyediakan makanan kafe seperti makan sarapan pagi, makan tengahari juga minum petang. Masa kali pertama makan kat sana Maha dihidangkan dengan sandwich Triple D namanya. Bagi Maha ia lebih kurang starter dalam tu ada roaster chicken, turkey bacon dan telur diapit dengan roti wholemeal dan salad segar. Kemudian ada pula Banana French Toast yang ni sesuai untuk sarapan pagi rasa pisang.

Triple D (RM 20.00)

Banana French Toast (RM 11.00)

Lepas tu baru Maha mula dengan makanan berat seperti Cheezy Turkey Pizza dimana atasnya penuh dengan lapisan cendawan, turkey bacon, cheese dan sos istimewa tak dapat nak bayangkan. Puaslah makan pizza ni saiz 8 inchi boleh makan untuk 4 orang kenyang ok. Kemudian makan pula Cheddar Chicken dan BBQ Chicken Chop yang menjadi pilihan utama pelanggan kat sini.

Cheezy Turkey Pizza (RM 18)

Cheddar Chicken (RM 19.00)

BBQ Chicken Chop (RM 19.00)

Kalau yang nak makan spaghetti boleh cuba Spicy Seafood Olio Spaghetti ini sangat mencabar. Kenapa Maha cakap macam tu kerana rasa sangat-sangat pedas bukan pedas cili padi tapi pedas serbuk cili istimewa. Walaupun pedas tapi tetap nak makan sampai habis satu pinggan ni penuh degan sotong dan udang dalam tu.

Spicy Seafood Olio Spaghetti (RM 23)

Dah puas makan berat masa untuk makan dessert pulak yerrrr saat-saat dinantikan. Masa ni kami makan Unicorn Cake Pop yang menjadi pilihan paling popular dessert kat sini. Comelkan rasa macam tak sampai hati lak nak makan juga ada pelbagai pilihan tart yang hebat seperti Cheese tart, Chocolate tart, Crumble tart, Lemon Meringue dan Banoffee. Paling ramai orang suka adalah Cheese tartlah kan.

Unicorn Cake Pop (6 pc RM76.20)

Cheese tart, Chocolate tart, Crumble tart, Lemon Meringue, Apple Cumble dan Banoffee

Kemudian yang terbaru mereka mempromosikan cheecake yang ramai orang suka kat luar sana. Ada 3 jenis Maha cuba hari tu iaitu Lemon Cheesecake, Nutella Cheesecake dan Rainbow Cheesecake. Semua sedap rasa tak terlalu manis dan tidak terlalu muak untuk makan. Boleh order untuk 7 inchi atau nak makan kat kedai seperti saiz yang maha makan ni pun ada.

Lemon Cheesecake 7" (RM 95.00)

Rainbow Cheesecake 7" (RM 112.00)

Nutella Cheesecake 7" (RM 115.00)

Kehebatan kedai kek ini berbanding dengan kedai lain adalah mereka membuat kek pada pelbagai saiz iaitu sekecil 5" dan bertingkat-tingkat mengikut kemahuan kita. Juga mereka mernghasilkan rupa kek seperti mana yang kita mahukan agar ia menjadi realiti pada hari penuh sejarah kita. Boleh tengok contoh kek yang cantik-cantik kat sini http://bit.ly/LittleCollinsKL.




Maha rasa puas hati tengok hasil kerja mereka sangat teliti dan kemas tapi kalau nak order tu kena awal seminggu agar mereka ada masa untuk menghasilkan yang terbaik. Korang juga boleh order online kat laman web mereka dan perkhidmatan penghantaran juga di sediakan sampai ke rumah korang.

Cake-Testing Box


Selalunya korang nak order kek online tak tahu macam mana rasa kek mereka betul sedap ker atau terlebih manis. Kat sini jangan bimbang kerana mereka ada menyediakan Cake-Testing Box dimana korang boleh beli testing box tu dulu yang mengandungi 5 jenis kek yang terbaik di kedai mereka. Bila korang betul dah suka mana satu rasa baru confirm buat tempahan secara dalam talian.





Bertuahnya kepada semua pembaca blog Maha kali ini kerana korang boleh dapat 10% off dengan pembelian secara online di laman web www.littlecollinskl.com. Caranya mudah jer korang hanya perlu masukan promo kod "MAHAMAHU10" semasa buat tempahan nanti ok. Ia hanya valid sehingga 31 Disember 2017 ini sahaja. Tunggu apa lagi jom order sekarang Maha nak bagi korang harga istimewa ini.

Promosi dan pertanyaan lanjut sila hubungi
Tel : 03 6204 9986
Email : hello@littlecollinskl.com
Facebook : https://www.facebook.com/littlecollinskl
Instagram : https://www.instagram.com/littlecollinskl

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





{ 8 comments.. read them below or add one }

Mawardi Yunus Mawardi Yunus 26 October, 2017
YaAllah menyelerakan betul. apa yang saya tengok kedai ni kek dia nampak kemas. dan professional . nanti pepe leh la tempah kat sini kan.
Amanda Suria Amanda Suria 26 October, 2017
bleh customize kek kita sendiri..wow..menarik ni..tgok hidangan lain pun best la...Maha sila belanja akak kat sini
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 26 October, 2017
Ya Allah...tergugat sungguh iman bila masuk sini. Semua gambar makanan yang boleh membuatkan jiwa menjadi lara...huwaaaaaa
Azlinda Azman Azlinda Azman 26 October, 2017
Ya ampun ! Awat goda akk ni !
Ika Sani Ika Sani 26 October, 2017
Rainbow cheese cake mmg menggoda. Sedapnya. Nampak pun terliur.
alia farhan Said alia farhan Said 26 October, 2017
Masha Allah...dugaan apakah ini...
Semuanya nmpk sedap sgt2
Jelita dan Awet Muda Jelita dan Awet Muda 27 October, 2017
Cantiknya kek, mmm nyummylicious