Air Fryer,

6 Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat Bersama IJN Dan Philips Malaysia

Khamis, Oktober 05, 2017 Mahamahu 24 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sudah masuk tahun ketiga berturut-turut, Institut Jantung Negara (IJN) dan Philips Malaysia bekerjasama dalam program pendidikan masyarakat FATCHECK for a Healthy Heart – dengan pelancaran kempen ‘6 Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat’. Kempen yang diadakan sebagai menyokong sambutan Hari Jantung Sedunia oleh Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) pada 29 September bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap penyakit kardiovaskular.


Gaya hidup yang tidak sihat adalah punca utama serangan jantung dan strok, justeru berhenti merokok, makan secara sihat dan menjadi aktif secara fizikal adalah penting bagi membantu hidup lebih lama, dan dalam cara lebih mesra jantung. Menurut Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung kekal punca kematian nombor satu di seluruh dunia.


Kira-kira 17.7 juta kematian pada tahun 2015, mewakili 31% kematian di seluruh dunia. Begitu juga di Malaysia penyakit sistem peredaran darah ini menjadi punca kematian nombor satu di Malaysia, merangkumi 27.7% daripada kesemua kematian di hospital swasta dan 22.77% daripada kesemua kematian di hospital kerajaan pada tahun 2015.

Sejajar itu, kempen ‘6 Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat’ telah menerbitkan video advokasi dan akan menyiarkan satu siri paparan berunsur pendidikan di media sosial untuk terus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kardiovaskular dan impaknya terhadap warga Malaysia. Video pendidikan itu menunjukkan enam cara pengubah hidup untuk mengamalkan gaya hidup mesra-jantung yang mencerminkan amalan berisiko yang telah dikenalpasti oleh WHO. Ini termasuk:

1.    Mempunyai gaya hidup yang aktif dari segi fizikal
2.    Tidak merokok
3.    Menangani tahap tekanan dalam hidup
4.    Mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan kadar tetap
5.    Makan diet yang sihat
6.   Mengamalkan cara memasak rendah-lemak yang mesra-jantung, dengan menggunakan kaedah airfry semasa menggoreng

Menurut Mary Easaw, Ketua Pakar Pemakanan di IJN, kunci bagi pemakanan mesra-jantung adalah diet yang seimbang secara sederhana, dan mempunyai kepelbagaian. Diet tinggi-lemak paling memudaratkan kerana ia akan mengakibatkan berat badan berlebihan, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi – kesemuanya penyumbang kepada serangan jantung.


Sebagai sebahagian kempen, IJN dan Philips Malaysia juga akan melancarkan satu siri video memasak memaparkan resipi direka oleh pasukan pakar pemakanan IJN bagi mendidik rakyat Malaysia mengenai cara menyediakan hidangan mesra-jantung tanpa menjejaskan rasanya.


Bermula pada tahun 2015, inisiatif pertama FATCHECK memaparkan kakitangan IJN yang menggalakkan masakan rendah-lemak dan mesra-jantung dengan resipi yang dikumpulkan dalam buku resipi bertajuk, “Heart-y Meals: Smart Guide To Guilt-Free Cooking”.


Pada tahun 2016, program ini menunjukkan betapa mudahnya menyepadukan masakan yang rendah-lemak dan mesra-jantung ke dalam gaya hidup keluarga yang sihat menerusi satu pertandingan memasak mesra-jantung yang terbuka kepada orang ramai. Tahun ini, program FATCHECK for a Healthy Heart mendorong rakyat Malaysia supaya bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri dengan enam cara holistik ke arah gaya hidup yang mesra-jantung.

Untuk maklumat lanjut mengenai program layari
Laman web : www.fatcheck.my
Facebook : www.facebook.com/MyFatCheck






24 ulasan:

  1. Alaa..ada program ni kat IJN...lama x pi IJN...hahahaa...bagus program ni ..memberi kesedaran kepada org ramai betapa pentingnya menjaga jantung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul akak kadang-kadang program mcm ni orang kurang dapat sambutan..

      Padam
  2. IJN memang byk program yg bgs. my sister works there too :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh ada keluarga kerja sana ker lagi senang hehehe

      Padam
  3. nice program...yelah da makan macam2 kenalah cek kesihatan pulak kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul macam kena pada saya her hehehehe...

      Padam
  4. Bagus IJN anjurkan program sebegini, dapatlah bagi kesedaran kepada orang ramai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul patut tiap2 bulan mereka buat sebab ramai tak sedar..

      Padam
  5. Dah lama dah tak pergi bersenam. Tersentap kejap..Kena mula amalkan cara hidup sihat. Love ur heart.Love life ❤

    BalasPadam
  6. wow "fatcheck" hahaha i prefer "fat cheque" hahaha but kesihatan memang penting!

    #YourFinanceDoctor

    BalasPadam
  7. suka dengan word mesra-jantung, very good reminder untuk jaga kesihatan :D

    BalasPadam
  8. nice sharing...btul rmai yg susah nak jaga bab jantung ni

    BalasPadam
  9. Bagus program macam ni. Dapat beri kesedaran especially golongan" remaja dan pemuda ni supaya jaga makan

    BalasPadam
  10. bagus program camni, tq sbb post ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kongsi jer dan share dengan kawan kita ok..

      Padam
  11. Salah satu sakit yang paling bro risau, pertanda dah ada banyak nie.... Risau je, macam menunggu waktu ia tiba T-T

    BalasPadam
  12. great article and such a amazing program :)

    BalasPadam