Pengalaman Berharga Menyertai Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 Kali Pertama

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Malaysia ni memang banyak dengan aktiviti maraton boleh kata tiap minggu mesti ada dan pelbagai cara untuk bagi ia menarik dan unik. Begitu juga dengan Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 (CPM2017) yang baru sahaja berlangsung pada 9 September yang lalu.


Bertempat di perkarangan Berjaya Time Square hampir seramai 1000 orang peserta telah mendaftar secara dalam talian dan juga walk-in. Maha adalah salah seorang yang juga tidak lepas peluang untuk menyertainya buat pertama kali. Tak pernah dengar pun pasal CPM2017 ini tapi hari tu terbaca status kat FB Ruby terus daftar.


Pendaftaran kategori terbuka ni kena bayaran RM30 manakala bagi kategori Student pula bayaran RM20 masa tu. Daftar online sahaja dan tidak kisah korang mengunakan kamera jenis apa semua boleh masuk. Maha ni pengguna Nikon tau tapi masuk juga sebab ia terbuka dan ada juga yang guna kamera telefon bimbit tak tipu.


Masa pendaftaran tu setiap penserta dibekalkan dengan baju tshirt khas warna merah yang cantik dan juga beberapa barang dalam goodie bag. Jadi sangat teruja sebab ini pertama kali nak sertai dan tak tahu tugas-tugas yang akan diberikan. Hari tu juga Maha jumpa dengan blogger Ruby.my yang dah 6 tahun sertai CPM ini dan juga Mohdzarin.com yang suka buat Vlog. Nanti Maha sharekan video beliau sepanjang aktiviti kami bersama ok.


Sebenarnya CPM2017 ini bukan acara larian macam maraton yang biasa kita tengok ia berkonsepkan mengambil gambar. Dimana pada hari tu semua peserta diberikan 3 tema yang berbeza untuk diselesaikan dalam waktu yang ditetapkan. Semua orang tak tahu tema tu sehingga diumumkan oleh pengacara pada waktu yang ditetapkan.


Semua peserta perlu menghantar gambar sebelum masa tamat siapa tak hantar gambar ikut tema atau lambat tak ada peluang nak menang. Tema pertama kami pada hari tu adalah Sengih atau Grin. Jadi Maha, Ruby dan Zarin yang dah macam satu kumpulan gigih ni pergi sampai ker Pasar Chowkit untuk ambil gambar peniaga-peniaga kat sana naik monorail. Ini adalah hasil gambar untuk tema pertama Maha korang rasa ok tak kena tema tak.

Gambar tema pertama - Sengih

Kemudian dah rasa puasa hati dapat hasil gambar yang menarik dan mengikut tema kami kena pulang semula ke BTS untuk hantar 1 sahaja gambar terbaik untuk dinilai juri. Lepas tu diberi masa berehat beberapa minit sebelum diumumkan pula tema kedua. Dalam keadaan yang excited tu semua orang tunggu untuk tema kedua iaitu Hujan atau Rain.


Dah lah hari tu panas terik tak ada hujan jadi kami perlu lah berfikir diluar kotak bagaimana nak gambarkan tema hujan dalam gambar tu nanti. Dalam masa singkat tu kami terus fikir dan dapat idea nak pergi air terjun area Bukit Nanas menaiki monorail lagi senang. Sampai sana macam-macam idea keluar ambil gambar air mengalir kat longkang lah, nak pecahkan paip pili bomba lah dan macam-macam lagi.

Gambar tema kedua - Hujan

Paling best kami boleh jalan dari stesen Monorail Bukit Nanas sampai ker Masjid Jamek dan patah balik ker stesen Monorail Medan Tuanku. Gigih sangat kami mengambil gambar tema hujan dan ni hasil yang Maha hantara untuk penilaian juri. Korang rasa ok ker atau tidak tapi tu jer yang termampu tak ada idea sangat masa tu buntu.


Lepas tu balik semula ker BTS untuk hantar gambar kar booth yang mereka sediakan. Lepas tu masa untuk rehat makan tengahari sementara untuk tema yang ketiga. Kali ni lagi best tema ketiga kami dapat adalah Siluet atau Silhouette langsung tak tahu apa-apa. Kalau korang nak tahu Google perkataan ni korang akan nampak contoh gambar siluet ni Maha nak cite tak pandai. Plan waktu tu tak nak keluar dari BTS sebab tadi dah penat berjalan tapi bila cari dalam tu semua tak sesuai kami keluar juga pergi lah ker kawasan agak dekat sikit iaitu Bukit Bintang.

Gambar tema ketiga - Siluet

Harap sana ada banyak lampu-lampu yang boleh membantu tapi sayang waktu tu keadaan agak mendung dan tiada matahari seperti nak hujan. Memang nasib kami lah terpaksa fikir apa sahaja yang boleh dan ini lah hasil yang Maha hantarakan untuk tema ketiga ni ok tak. Cer teka sapa model dalam gambar atas tu hehehehe.


Habis jer task ketiga dan submit jer gambar tu kami terus diberikan madel Canon yang sangat comel ni. Kata mereka ini adalah kali pertama CPM2017 memberikan madel comel ini kepada mereka yang berjaya menamatkan ketiga-tiga tema tersebut. Tu jer tujuan Maha masuk sebab tahu tak akan menang hdiah utama ramai lagi hebat-hebat.


Kemudian kami tunggu untuk keputusan juri bagi pemenang mengikut kategori terbuka dan juga student diumumkan. Kebetulan tahun ini Canon meraikan 30 tahun mereka berada di Malaysia dan membuka satu kategori iaitu "Detik-Detik Yang Bermakna" khas kepada pengguna kamera Canon sahaja. 30 orang pemenang bertuah boleh menang hadiah istimewa ok. Maha tak leh masuk sebab pengguna Nikon wakakakaka. 


Masa tunggu keputusan juri tu agak lama jadi mereka buat pelbagai jenis permainan dan banyak hadiah boleh menang. Juga kat lokasi BTS tu juga ada macam-macam pameran diadakan dan penat berjalan menggendong kamera kami diberikan khidmat mengurut secara percuma best tu. Akhinya jam 8.00 malam mereka mengumumkan pemenang untuk semua kategori.


Tahniah Maha ucapkan kepada semua pemenang ni maaf tak ingat nama nak tulis satu-satu. Tapi yang best hadiah utama kategori terbuka tu boleh pergi sertai Canon PhotoMarathon di Japan yang ditanggung sepenuhnya. Jelous tengok mereka yang menang dan gambar yang mereka submit pun sangat menarik tak terfikir diakal kami. 


Korang nak tengok gambar-gambar yang diambil oleh pemenang boleh pergi ker laman web https://photomarathon.canon-asia.com. Terima kasih Canon Malaysia yang bagi peluang kami untuk sertai aktiviti maraton kali ini sangat seronok. Kalau korang nak tahu lebih lanjut perjalanan Maha, Ruby dan Zarin sepenjang sehari CPM2017 tu boleh tonton video yang disediakan oleh Zarin kat atas ni sangat sweet moment tu. Selamat menonton semua.






{ 21 comments.. read them below or add one }

Kak Su Kak Su 13 September, 2017
Wahh best nya, orang Jawa kata ngotottt akak nonton video Tapi kalau akak memang tak da stamina lah nak join, bagi can awak2 new gen aja lah
Puan Deeba Puan Deeba 13 September, 2017
Camera jenama canon memang tip top.. cantik gambar2nya..
Maha Mahu Maha Mahu 13 September, 2017
Wakakakakak akak ni saya bukan Jawa saya Acheh.
Maha Mahu Maha Mahu 13 September, 2017
Tak setuju kamera Nikon pun cantik apa hehehehe..
Nur Misnan Nur Misnan 13 September, 2017
meriahnya.. ramai yg turut serta menyertai evsnt ni. wish kak nowa pun dapat join sama. apa pun tahniah pd anda semua.. aktiviti begini memang best sgt. dapat kenal ramai penempak canon yg awesome
Sofinah Lamudin Sofinah Lamudin 13 September, 2017
Wow! selalu tengok rancangan TV canon marathon ni. Bertuah Bro Maha boleh join timba pengalaman.
noorhaidaz eyda noorhaidaz eyda 13 September, 2017
Menarik la event mcm ni. Tp cuma ade camera fon je...
luqman zakaria luqman zakaria 13 September, 2017
semalam dah tengok vlog tuh..memang best kot tapi at the same time mencabar..memang marathon abesan la..
Maha Mahu Maha Mahu 13 September, 2017
Akak boleh join tak ada masalah tahun depan ada lagi kita join ok..
Maha Mahu Maha Mahu 13 September, 2017
Wakakaka kita join cari pengalaman jer...
Maha Mahu Maha Mahu 13 September, 2017
Kamera phone boleh masuk tak ada masalah ramai jer join..
Maha Mahu Maha Mahu 13 September, 2017
Marathon tu kami jer yang beria-ria jalan jauh-jauh hehehe...
Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi 14 September, 2017
patutlah ramai orang hari sabtu tu. pastu diorang tetangkap gambar, rupanya ada event hehe
Mrs Puex Mrs Puex 14 September, 2017
medal tu yang paling menarik. welldone maha.. selain memasak, anda juga boleh berlari..hehehe.. masak sambil berlari boleh tak agak2?
Maha Mahu Maha Mahu 14 September, 2017
tertangkap gambar u oll dengan baju minion hehehehe...
Maha Mahu Maha Mahu 14 September, 2017
Tak adalah lagi acara lagi sambil memasak good juga tu heheheh..
alia farhan Said alia farhan Said 15 September, 2017
Hahahhaha...saya geng nikon...ehhh tetiba nyampuk
Aliza Sara Aliza Sara 18 September, 2017
Cantiknya medal dia! Kalau camera nikon tk boleh join ke? hehe
Sejarah Pahang Sejarah Pahang 21 September, 2017
camera canon mmg cantik gambarnya... ^^
Maha Mahu Maha Mahu 21 September, 2017
Boleh lah saya guna kamera Nikon juga hehehe..
Maha Mahu Maha Mahu 21 September, 2017
Gambar kamera Canon lebih sharp..