Baba's,

Jom Saksikan Mahamahu Dalam Baba's Versus 1001 Rasa Di TV3

Khamis, September 14, 2017 Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tak adalah terror mana sangat dalam bidang masakan ni tapi sekadar nak masak untuk diri sendiri boleh lah. Tapi bila orang bagi kepercayaan untuk kita jadi juri pertandingan masakan satu pengalaman yang sangat berharga.


Alhamdulillah kali ni Maha dapat jemputan daripada Baba's pengeluar produk rempah-ratus popular di Malaysia untuk menjadi juri jemputan dalam program baru mereka tahun ini. Program Baba's Versus 1001 Rasa yang akan mula ditayangkan pada 16 September 2017 Sabtu ini sempena dengan Hari Malaysia.


Tapi untuk episod pengenalan ini Maha tak ada lagi ia adalah pertandingan antara celebriti tanah air. Maha punya episod tak pasti minggu berapa tapi korang kena selalu menontonlah program ini setiap Sabtu jam 5.30 petang di TV3. Maha hanya jadi juri jemputan untuk 3 episod sahaja bersama beberapa blogger yang hebat lain. 


Pengalaman shooting ni satu yang menyeronokkan kerana ada adegan disebalik tabir yang sebenarnya lain daripada realiti. Maha cite sikit pasal program Baba's Versus 1001 Rasa ini yer. Baba's ada buka peraduan mencari mereka yang suka memasak dan pandai memasak. Semua peserta yang terpilih peringkat ini adalah mereka yang telah disaring peringkat pemilihan dan akan bersaing 1 lawan 1.


Dalam episod yang akan ditayangkan kat TV nanti 2 peserta akan bersaing sesama sendiri dan mereka mempunya seorang tenaga pengaja yang terdiri daripada barisan chef profesional. Chef ini tidak boleh membantu mereka tapi menunjuk ajak peserta menu yang mereka nak masak agar ia menjadi satu menu yang sedap dan unik.


Dua peserta ini kena masak dalam dua pusingan mencipta makanan berasaskan produk Baba's. Walaupun nampak macam mudah tapi tekanan dalam pertandingan memasak tu dapat lihat depan mata sangat gerun. Tak sangka mereka ini semua berbakat ada yang datang dari latar belakang seorang guru, pelajar, pengusaha makanan dan macam-macam lagi.


Lepas satu pusingan juri akan bagi markah dan setiap pusingan ada 3 orang juri yang terdiri daripada celebriti, wakil Baba's dan seorang yang terlibat dalam bidang makanan. Mereka ada jemput blogger, editor majalah, dan ramai lagi sebab episod ini banyak. Kemudian juara setiap episod akan bersaing peringkat seterusnya pula untuk mencari seorang sahaja juara keseluruhan.





Bestnya masa shooting tu dapat jumpa ramai barisan chef hebat negara seperti Chef Jo dan Chef Zubir manakala Chef Adhu dan Chef Kamarul pula adalah pengacara program ini untuk setiap episod. Dapat kenal dengan mereka semua sangat rasa bebesar hati dan mereka juga tidak lokek berkongsi ilmu masing-masing. Kat bawah ni antara masakan yang disediakan oleh peserta dan kami juri kena rasa semuanya.



Harap lepas ni akan dapat lagi kerjasama dengan barisan chef hebat negara ini. Korang juga jangan lupa untuk terus support Maha ok. Tonton rancangan Baba's Versus 1001 Rasa di TV3. Terima kasih kepada Baba's yang bagi peluang sangat bermakna kepada seorang blogger yang baru nak berjinak-jinak ini. Next time apa pula nak buat yer hehehe nantikan. Selamat menonton.




 


16 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kita rasa semua sedap2 tak tahu nak bagi markah wakakaka..

      Padam
  2. Balasan
    1. Tak adalah hebat kita baru belajar jer...

      Padam
  3. Wah..tak sabarnyaaa. kalau nak tengok episod maha je aci x..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aci jer tapi kita tak tahu bila tarikh sebenar episod kita keluar..

      Padam
  4. Wahhhh bestnya, siap masuk tv3 and jadi juri. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Tahniah Maha. Tak sabar nak tengok :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah semua orang ada peluang masuk tv dan keluar surat khabar kita ni cuma jemputan jer..

      Padam
  5. Waahhh seronoknya. Tak pernah jadi penonton di rancangan tv lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita nak rasa jadi peserta tapi kena jadi juri lak wakakakak..

      Padam
  6. wahh . ini lebih retis hahahaha
    makanan tu nampak sedap uols

    BalasPadam
    Balasan
    1. Retis lagi u oll masuk surat khabar dan gambar meletop2..

      Padam
  7. fuhh dah mcm masterchef ni

    BalasPadam