Applikasi Telephone,

Anda Lapar UberEATS Ada Untuk Menghantar Makanan Terus Ke Depan Pintu

Rabu, September 27, 2017 Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang selalu tak akan dapat beri jawapan kepada satu soalan ni bila ditanya oleh kawan bila nak pergi makan. Mana tempat nak makan hari ni? Semua orang akan berpandangan antara satu sama lain untuk jawab soalan ini. Tambah-tambah lagi kalau makan tengahari ketika nak keluar dari office betul tak.


Tak tahu apa masalahnya semua orang tak boleh nak bagi satu jawapan yang konkrit untuk satu persoalan yang semua orang tak sama selera mereka. Ada orang waktu tu nak makan nasi campur, ada pula kawan tu nak makan makanan barat dan ada juga yang nak diet makan sayur sahaja. Jadi semua itu akan jadi halangan untuk pilih tempat makan yang terbaik bagi memuaskan hati semua orang betul kan.

Maha selalu hadapi macam tu tambah-tambah office duduk kat tengah bandar Damansara tu memang semua tempat makan jauh dan mahal. Jadi solusi yang terbaika adalah bawa bekal sendiri dari rumah tu kalau yang ada isteri boleh masak kalau bujang ni sah-sah tak ada masa nak masak.


Tapi sekarang Maha tak ada masalah lagi setelah tahu tentang UberEATS. Apa tu macam perkhidmatan e-hailling ker? Maha pun sebenarnya baru tahu yang kat Malaysia ni dah ada khidmat penghatar makanan ini oleh Uber. Sebenarnya perkhidmatan ini telah ada lebih daripada 27 buah negara seluruh dunia. Tapi kat Malaysia mereka baru sahaja lancarkan applikasi ini.

UberEATS adalah perkhidmatan menempah makanan secara dalam phone dan akan terus dihantar kepada anda dengan satu butang sahaja. Wow hebat tak ayat Maha tu wakakaka. Tapi tu yang mereka cuba bagi membantu rakyat Malaysia yang memang suka makan dan tak ada masa nak pergi makan.


Mungkin juga kerana kesesakan dan juga nak cari parking yang susah maka khidmat penghantaran makanan ini sangat membantu terutama kat KL ni. Buat masa ni khidmat UberEATS ni hanya ada sekitar pusat bandar Kuala Lumpur, Bangsar dan Damansara. Sekarnag sahaja dah ada lebih 200 buah restoran yang telah mendaftar dengan UberEATS ni tau. Mereka akan kembangkan dari masa ke semasa untuk seluruh bandar di Malaysia dan banyak lagi restoran.

Khidmat penghantaran makanan ini boleh dibuat melalui applikasi yang korang boleh muat turun di Play Store dan Apps Store. Kemudian buat pencarian restoran makanan terdekat dan akan mengambil masa 35 minit untuk penghantaran. Manakala bayaran penghantaran hanya serendah RM5.00 dan tiada pesanan minimum.


So ia sangat menjimatkan dan sangat membantu untuk kita nikmati makanan dalam waktu yang sesak terutama lunch hour. UberEATS ini juga berkerjasama dengan JAKIM untuk memastikan cara penghantaran adalah berdasarkan tetapan Halal. So apa lagi alasan korang untuk tidak makan tenghari melainkan diet atau memang tengah kering tengah bulan wakakakaka.

Kalau sapa nak jana pendapatan untuk penghantaran UberEATS ni korang boleh daftar. So ia secara tak langsung akan membantu mereka yang mencari pendapatan tambahan betul tak bagus juga ni. Jadi tunggu apa lagi support sekarang dan muat turun serta order makanan korang sekarang. Selamat menjamu selera semua.

Muaturun di sini sekarang :
Instagram : @UberEATS_MY #UberEATSKL





20 ulasan:

  1. Bagus ni Maha, lagi2 lah ni musim hujan, malas nak kuar rumah. Ubereats aja lah kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh sian kat penghantar UberEATS ni berhujan demi bagi kenyang kepada rakyat Malysia wakakaka...

      Padam
  2. Yes betul. Opis i kt Damansara Kin mmg susah cr tmpt makan. Jauh pula nak ke TTDi. Eloklah ada Ubereats. Boleh try.

    BalasPadam
  3. Kalau ada kat area rumah I, senang takyah pikir pasal menu apa nak makan bila dinner kan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. U oll lah jadi uber driver tu kat area sana....

      Padam
  4. ohh..semacam runner ni. Musim musim hujan malas sangat ni.Jangan keluar rumah ya.. ubereat kan ada

    BalasPadam
  5. kelessss. ada perkhidmatan macamni. bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. class diva macam u oll suka lah tapi ingat mereka datang kena buka pintu tau wakakkaka..

      Padam
  6. Wah makin mudah lah, bukan setakat naik Uber, nak makan pun boleh tempah ubereats

    BalasPadam
    Balasan
    1. Applikasi Uber denggan UberEATS berbeza tak sama kena download lain..

      Padam
  7. mudah betul sekarang kat hujung jari belaka ye

    BalasPadam
  8. waaah, saya belom pernah nyoba tuh uberEat. hehe. Tar di coba dah kyanya mantap kali buat satnite..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harus dicuba negara kamu juga sudah adakan..

      Padam
  9. Belum pernah cuba dan pasti akan mencuba..tq berkongsi info ni..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harus cuba dekat area office saya hehehe..

      Padam
  10. Kalau waktu cuaca buruk pun diorang mai hantar jugak ke :)

    BalasPadam