Dapur,

Membawa Kelainan Dengan Resipi Sriracha Cheesy Smoked Chicken

Rabu, Ogos 09, 2017 Mahamahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yer hari ni satu lagi resipi ringkas dan pastinya sedap untuk dikongsi kepada semua. Resipi nama pelik tapi sebenarnya macam buat burger jer hehehe. Sriracha Cheesy Smoked Chicken buat menu harian anda lain daripada lain.


Kenapa ada nama Sriracha ia adalah daripada nama sos dari produk Lingham's yang digunakan dalam resipi ini. Sos ini rasa lain sikit sebab ia menggunakan pasta lada, cuka distilasi, bawang putih, gula dan garam. Maha suka pasa sos ini sebab ia dapat beri rasa pedas dalam masa sama rasa masam. 


Sebab tu Maha gunakan dalam resipi ini agar dapat memberi pelbagai rasa walaupun kita tak letak perahan limau. Yang pasti produk ini Halal dan boleh dapat kat pasaraya berhampiran kita tak perlu susah nak cari. Jom tengok bahan-bahan yang Maha guna dalam resipi ini tak banyak pun.


Bahan-bahan Resipi Sriracha Cheesy Smoked Chicken

300gram Daging Ayam
1 biji Bawang Besar
2 batang Daun Ketumbar
2 biji Bread Rool 
3 keping Mozzarella Cheese
Lingham's Sos Cili Sriracha



Cara nak membuat resipi ini Maha suka sediakan dalam bentuk video korang boleh tonton sampai habis mudah jer.


Tak susahkan nak buat kalau korang rasa nak banyak cheese tu boleh tabur lagi kat atas bread roll sebelum bakar dalam oven. Nanti lagi banyak dan meleleh cheese sebab ramai orang suka. Cuma Lingham's Sos Cili Sriracha tu jangan isi banyak sangat nanti terlalu pedas pulak. Cuma sebelum guna sos ini kena goncang dahulu baru dapat rasa yang sekata.


Jadi lepas ni boleh lah cuba resipi ni. Korang boleh gantikan dengan daging yang dipanggang kalau tak suka ayam. Tapi kena pasti guna sos Lingham's untuk dapat rasa yang betul-betul kaw ok. Selamat mencuba semua.






5 ulasan:

  1. Terliur ena dibuatnya. Nanti boleh cuba sos ni. Nampak tempting dan mudah digunakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sos ni sedap sebab unik rasanya lain sangat....

      Padam
  2. wah2...sedap je.terliur plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba... gantikan dengan daging pun boleh...

      Padam
  3. fuhhh sedapnyaa.. nak cuba lah resepi ni :)

    BalasPadam