Crabby Crab Seafood & Grill,

Crabby Crab Seafood & Grill Seksyen 7 Shah Alam Lokasi Nak Makan Soft Shell Crab

Rabu, Ogos 30, 2017 Mahamahu 32 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Soft Shell Crab paling ramai orang suka makan kerana pertama tak comot sebab tak perlu nak kupas kulit ketamnya. Kedua kalau masak goreng rangup boleh terus telah dengan kulit-kulit sekali habis terus. Tapi kat mana yang korang tahu restoran paling banyak sedaiakan hidangan soft shell crab ni?


Maha nak kongsi satu restoran yang Maha sendiri dah pergi dan cuba makan soft shell crab. Kat sini paling banyak pilihan ketam lembut ini dengan pelbagai jenis menu masakan. Masakan tempatan ada malah masakan barat pun ada tapi yang penting korang suka ketam lembut ni.


Restoran yang Maha maksudkan adalah Crabby Crab Seafood & Grill yang terletak di Jalan Kristal Seksyen 7 Shah Alam. Restoran ni adalah sebuah restoran baru dibuka dan dekorasi pun sangat simple tapi menaikkan nafsu untuk makan.



Datang sini korang wajib order ketam lembut kerana ada pelbagai menu yang mereka sediakan seperti Thai Baby Crab dan Mega Burger juga Crabby Fried Meehun. Yang burger tu patty tengah tu daripada ketam lembut diapit bun dan sos. Semua ni berasaskan ketam lembut boleh kunyah begitu sahaja tak berat dan rasa terlalu kenyang.

Thai Baby Crab

Mega Burger

Crabby Fried Meehun

Tapi kalau nak special korang boleh oder soft shell crab dengan sauces pilihan. Yang ni istimewa dimana korang boleh order ketam lembut yang dimasak bersama dengan sos buatan mereka sendiri seperti Superior Soya, 3 Rasa, Telur Masin dan Tangy BBQ. Itu antasa yang menjadi pilihan orang ramai kalau datang makan kat sini.

Telur Masin

Tangy BBQ

Superior Soya

3 Rasa

Korang boleh order untuk makan satu keluarga contoh nak berapa gram dan masak sauce apa mereka akan sediakan. Makan dengan nasi panas lagi mengancam ok. Paling Maha suka adala sos Soft Shell Crab 3 Rasa tu memenuhi selera tekak kita orang Malaysia.

Ketam Bunga 3 Rasa

Tapi kalau korang nak ketam lain pun ada juga kat sini mereka ada sediakan Ketam Bunga yang selalu kita makan. Lecehnya kena kupas kulit baru boleh dapat isi betul tak. Makanan seafood lain yang ada juga kat sini yang korang boleh pilih selain ketam adalah sotong, kepah, udang dan macam-macma lagi.

Tiger Prawn

Pacific Clam

Sotong Goreng Tepung

Macam yang Maha pilih ini adalah Tiger Prawn, Pacific Clam, Sotong Goreng Tepung, Tom Yum Seafood dan macam-macma lagi. Masakan semua disediakan bila kita order jadi ia memang panas dan terbaik. Nak pedas atau tidak kena nyatakan kepada pelayan nanti takut terlalu pedas sangat tak sesuai dengan anak-anak.

Pizza Sizzling Seafood

Amatraciana

Masakan barat pun ada yang boleh diisi dengan seafood kegemaran kita contoh piza ini yang Maha pilih Pizza Sizzling Seafood ada udang atasnya kalau nak letak soft shell crab pun boleh pilih. Kemudian ada Amatraciana iaitu spaghetti yg ada udang dalamnya ni ciptaan pemilik restoran ni sendiri ok sangat pedas tapi mengancam. 

Lamb Burger

Chicken Burger

Thai BBQ Chicken Wing

Lagi yang menarik menu sini macam biasa Lamb Burger, Chicken Burger mereka juga ada Thai BBQ Chicken Wing. Kat sini dessert mereka korang kena cuba tau iaitu Durian Ice Cream memang terbaik daripada itipati isi durian yang asli tau. 

Durian Ice Cream

Minuman ada banyak pilihan cuma Maha senaraikan kat sini yang popular menjadi pilihan orang ramai bila datang minum kat sini ok. Dari hujung tu Orange Juice, Watermelon Juice, Apple Asam Boi, Sirap Bandung Blended, Carrot Milk, Teh O Laici, Limau Ais dan Vanilla Milkshake. 


Restoran Crabby Crab Seafood & Grill ni di buka setiap hari dari pukul 1.00 tengahari hingga 12.00 malam. Pastinya puas makan kat sini menu-menu yang ada ni sebab tak seperti kedai-kedai makanan laut lain ia memberi kita banyak pilihan. Lepas ni orang Shah Alam dan sewaktu dengannya boleh lah datang sini senang nak cari soft shell crab pelbagai pilihan dan rasa. Selamat mencuba semua.

Promosi dan pertanyaan layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




32 ulasan:

  1. Soft Crab fav ena! Boleh la datang terjah sini nanti. Lapau teruk tengok burger2 tu. Oh my!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Burger tu antara yang menjadi pilihan kami hehehe sedap..

      Padam
  2. ya ampunnn tak kuadnya tengok ketam tu. sedap sangat. one day mesti datang sini cuba :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. U oll kena kuat sebab datang kena makan banyak2 ok..

      Padam
  3. Soft shell crab sedapnya.. a few months ago, susah2 je cari sampai kat sabah.. hurmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah sekarang kat Shah Alam dah ada tak perlu pergi jauh2 banyak pilihan dari yang kecil sampai besar kedabak...

      Padam
  4. alamak sedapnya, kena belanja makan lah lepas nih,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dila nak belanja kita ker terima kasih tunggu sahaja hehehehehe..

      Padam
  5. Balasan
    1. Yes masuk blog ni makan makan makan hehehe kadang naik jemu tengok gambar makanan tu lah tugas wakakaka..

      Padam
  6. Tengok menu2 n gmbar2 tu terus drooling.. huwaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh jangan salahkan kita sebab tu tugas kita janji puan suka nak kena datang..

      Padam
  7. Ya Allaaah, dah memalam ni dik oiii, mana akak nak carik tu charcoal bun mega burget tuhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehehe kena pergi kat sini jer ada jual akak..

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. ya Allah... temptingnya tengok gambar-gambar abang maha! awal pagi macam ni pulak tu. Hahaha... Ini buat nak buka peti ais ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib bukan bulan puasa heheheheh...

      Padam
  10. Cam mana nak diet ni..nampak makanan je terasa nk makan. Parah betoi kalau masuk kat sini tau...hahahaha

    BalasPadam
  11. ya Allah nampak sedap je tapi bila rating 3.5 je ni pikir 3,5 kali gak

    BalasPadam
  12. lama tak makan soft crab. nanti nak cuba

    BalasPadam
  13. Sedapnya bila nak belanja ruby. Ruby suka ketammmmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak kita tunggu Ruby belanja hehehe...

      Padam
  14. Sedapnya hidangan yang ada dekat sini.

    Tertiba teringat dekat Char Kuey Teow Ketam kita yang power sedap tue....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat mana yer Char Kuey Teow power tu yer tertanya-tanya kita hehehehe...

      Padam
  15. soft crab! yummeh,dekat dengan office onie, nantilah kalau ada masa nak try..sedap ke idok haaaa,hehe...

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ni tiada komen tentang ini... Terima kasih kerana sudi kongsi pengalaman tuan...

      Padam
  17. Seafood yang dihantar oleh lori makanan sejuk beku akan menjamin kesegaran seafood tersebut. Restaurant ini mempunyai seafood yang segar dan saya sangat suka menu makanannya. Thanks for sharing :)

    BalasPadam