Resipi Ketam Bercili Ala Singapore Dengan Lingham's Sos Cili Halia Terangkat Sedapnya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Rasa dah puas ni makan ketupat rendang dan lemang ker ada yang masih cari lagi makanan tu. Apa kata open house tu kita cuba resipi baru pula kali ini. Special resipi Ketam Bercili Ala Singapore dengan menggunakan Lingham's Sos Cili.


Selalunya kita gunakan cili kisar sahaja untuk masak ketam bercili ni tapi kali ni kita guna sos cili yang dapat memberikan rasa yang lain pada resipi korang. Maha suka pada sos ini kerana ia tidak terlalu pedas kepada pengguna terutama kanak-kanak dan juga rasa asli cili dan ramuan yang terbaik.


Sebenarnya produk sos cili ini telah berada di pasaran lebih dari 100 tahun dulu lagi. Sos ini ada banyak variasi rasa untuk memenuhi kehendak pengguna seluruh dunia. Cuma kali ini Maha gunakan Lingham's Sos Cili Halia untuk masak ketam bercili. Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan dalam resipi ini ok.


Bahan-bahan memasak Ketam Bercili Ala Singapore


2 ekor Ketam Bunga
1 biji Bawang Merah*
4 ulas Bawang Putih*
1 inch Halia*
1 botol Lingham's Sos Cili Halia
100 gram Cili Kering
3 sudu masak Air Asam Jawa
1 sudu masak Gula
Garam secukup rasa 
1 biji Telur Ayam
1 mangkuk Tepung Jagung
Minyak masak

Cara-cara memasak resipi Ketam Bercili Ala Singapore

Korang boleh tonton video ini untuk cara nak memasak resipi ini. Labih cepat dan mudah. Tapi kalau nak lebih detail boleh ikut step by step yang Maha sediakan lepas video ini.


1) Bersihkan ketam dan gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Kemudian goreng ketam tadi dalam minyak masak sehingga warna keemas-emasan.


2) Dalam kuali lain gunakan minyak masak menggoreng ketam tadi dan tumis bahan-bahan bertanda * yang telah dikisar masak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.


3) Bahagian penting adalah masukkan Lingham's Sos Cili Halia untuk menyedapkan dan memekatkan lagi kuah ini. 


4) Kemudiah masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masukkan juga telur ayam dan gaul sehingga sekata.


5) Akhir sekali gaulkan ketam yang telah digoreng tadi dan masak sekejap untuk pastikan ketam sekata dengan kuah tadi.


6) Angkat dan hidangankan dengan daun bawang. 


So sekarang korang rasa mudah ker atau susah nak buat resepi ketam ini. Terpulang korang nak gunakan ketam jenis apa selalu orang guna Ketam Nipah nampak lebih besar. Cuma hari tu ada jual Ketam Bunga jer jadi itu pun boleh lah. Susah nak dapat Ketam Nipah kat pasaran biasa sekarang ni harga pun boleh tahan mahal.


Tapi nak sedap lagi kena pastikan guna Lingham's Sos Cili ini akan buatkan masakan korang rasa lebih unik dan menarik. Paling penting sos ini Halal untuk dinikmati semua golongan masyarakat. Satu jer kalau nak guna sos ini korang kena goncang dulu sebelum guna agar dapat rasa yang lebih Urhmmmm. Lepas ni ada lagi beberapa resipi Maha nak share ngan korang menggunakan Lingham's Sos Cili ini ok so terus setia bersama blog Maha. Selamat mencuba semua.






{ 10 comments.. read them below or add one }

Maha Mahu Maha Mahu 11 July, 2017
Hehehehe duduk bujang belajat masak kat Youtube jer.. Terima kasih....
Maha Mahu Maha Mahu 11 July, 2017
Special request sahaja boleh dapat nak tahu sapa heheheh tunggu open house wakakakaka...
Maha Mahu Maha Mahu 11 July, 2017
Harus lah nyum nyum sedap terbaik sos ini rasa lain sangat...
✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ 11 July, 2017
Terliur dah .. CCL salin resepi ujung minggu ni boleh try
Maha Mahu Maha Mahu 11 July, 2017
Kalau nak lagi sedap kena guna Lingham's Sos Cili pasti lebih sedap. tak caya cuba lah..
Bahrain Bahrain 12 July, 2017
Gambar dah cantik lagi bertambah meleleh nak makan.. rasa lapar plak...simple je nak buat..
Maha Mahu Maha Mahu 12 July, 2017
Simple jer dan mudah... Lagi sedap kalau guna Lingham's Sos Cili.