Mengimbau Kenangan Menyeronokkan Sepetang Bersama Blogger 2017 di Matic Kuala Lumpur

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maaflah mengambil masa lama nak update tentang program yang popular setiap tahun Sepetang Bersama Blogger. Almaklumlah kebelakangan ini urusan kerja yang bergitu kurang mengizinkan dan juga kebetulan dengan Ramadan dan Hari Raya. Baru hari ni dapat kongsi pengalaman Maha di program Sepetang Bersama Blogger yang telah berlangsung bulan Mei baru-baru ni.


Dengar cerita lebih daripada 300 orang blogger telah mendaftarkan diri untuk bersama memeriahkan SBB2017. Program kali ni telah berlangsung dengan jayanya di Matic Kuala Lumpur. Tapi konsep tahun ini berlainan daripada 5 tahun penganjuran sebelum ini. Kalau boleh tengok gambar-gambar menarik kenangan Sepetang Bersama Blogger 2016 di sini.


Speaker Dan Berkongsi Pengalaman


Di mana tahun ini ada dua sesi aktiviti dimana pada belah siang diadakan program berkonsep ilmiah dengan perkongsian pelbagai ilmu dunia blog. Pada sesi siang ni Maha terlibat sebagai salah seorang speaker yang diberi peluang untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa ni. 


Malu pertama kali jadi orang yang duduk atas pentas dan jawab soalan daripada blogger semua soalan perangkap hehehe tapi nasib semua nampak enjoy hari tu. Harap perkongsian sediki hari tu dapat juga membantu kawan-kawan semua. Terima kasih kepada Tuan Haji Amir pengasas Denaihati Network dan team kerana bagi peluang yang sangat berharga ini.


Sesi siang tu juga bukan Maha seorang jer jadi speaker ramai lagi yang jauh lagi hebat seperti Cik Lily Putih blogger lifestyle paling berjaya. Kemudian ada juga perkongsian ilmu daripada saudara Norman Danish pengasas Misi Viral yang dah cukup viral sekarang ni. Juga ada ilmu daripada Ibu Hanim seorang pakar motivasi kepada pengusaha yang baru nak mula perniagaan.


Last sekali ada sesi bersama dengan Tuan Wan Yusof pakar SEO yang sangat membantu blogger untuk dapat artikel yang terbaik. Lepas sahaja program tu tengok ramai blogger yang mula amalkan ilmu yang telah dikongsikan. Ini kerana ilmu kalau tak diamalkan bagaikan pokok tanpa buah betul tak.

Malam Gala Dinner Dan Blogger Award



Ok lah tu untuk sesi siang dan tahun ini ada juga sesi malam atau juga Gala Dinner. Belah malam ni agak lebih santai kerana ramai blogger datang boleh makan-makan dan juga menggayakan busana yang meriah-meriah. 


Ni antara orang yang kalau ada dinner dengan tema pakaian tertentu mesti meraka adalah orang yang paling bersungguh-sungguh. Tahniah sebab usaha korang dapta bawa pulang best dress lelaki dan wanita tahniah ByRawlins dan juga Red Mummy. Maha belah malam lebih relah dan casual sahaja baju tajaan sendiri hehehe.


Aktiviti malam tu lebih kepada makan malam dan juga menikmati bersembahan sebab dah buat kat Saloma Bistro jadi adalah persembahan tarian tradisional dan juga nyanyian daripada kumpulan Sajer Busker. Cite sikit pasal kumpulan ni sebenarnya gitaris kumpulan ni adalah sepupu Maha belah emak.


Mereka ni memang dah lama dalam bidang muzik ni dan telah banyak buat persembahan kat majlis-majlis koporate dan juga dinner macma ni. Kalau sapa-sapa nak jemput mereka untuk buat persembahan boleh contact mereka kat Facebook dan juga Instagram Sajer Busker. 


Selain dari tu juga belah malam tu ada acara yang paling dinantikan ramai blogger iaitu cabutan bertuah. Tak ada rezeki Maha tahun ni untuk dapat hadiah kat SBB tapi Alhamdulillah tetap juga dapat yang lagi bermakna hehehe. Malam tu juga ada majlis penyampaian anugerah kepada blogger-blogger yang tepilih. 


Alhamdulillah tahun ni masih terima anugerah Best Foodie Blogger 2017. Terima kasih pada semua yang terus support Maha kerana korang Maha masih menjadi blogger sehingga sekarang. Harap dapat bagi yang terbaik dimasa akan datang. Tahniah juga kepada pemenang lain :-

Blogger of The Year 2017- Redmummy.com
Best Foodie Blogger 2017- Mahamahu.com
Best Travel Blogger 2017- Projektravel.com
Best Lifestyle Blogger 2017- Ciklilyputih.com
Most Engaging Blog 2017- kisahemasputih.com 
Most Engaging Social Media 2017- Neyrashazeyra
Promising Blogger Group of The Year 2017- Projek Blogger Utara 
Fast Growing Social Media Company- Misi Viral
Digital Economy Champion- MDEC

Tahniah kepada semua pemenang dan juga tahniah kepada semua blogger yang turut hadir SBB2017 kerana korang memang awesome. Dapat mengeratkan silatulrahim dan juga dapat berkongsi banyak perkara positif untuk ke arah blogger yang lebih berjaya di masa akan datang. Harap tahun depan ada lagi SBB2018 kerana ia satu-satunya platform yang menyatukan semua blogger di Malaysia. Jumpa lagi tahun depan ok.

Sepetang Bersama Blogger 2017 dibawakan oleh








6 comments.. read them below or add one

Bro Framestone Bro Framestone 05 July, 2017
Wowww...!!! Dasyat gak dia nie.... Idolaaaaa
mrhanafi mrhanafi 11 July, 2017
tahniah Maha menjadi blogger makan terbaik 2017..

puas makan sepanjang tahun
Maha Mahu Maha Mahu 20 July, 2017
Wakakakak ketar lutut bro tapi pengalaman...
Maha Mahu Maha Mahu 20 July, 2017
Tahniah projek travel setelah lama bertungkus lumus..
Maha Mahu Maha Mahu 20 July, 2017
Alhamdulillah terima kasih bro.