Aktiviti,

The Blogger Dinner Di Concorde Hotel Anjuran Lynk.my Dan Hexa Cooperation

Rabu, Jun 21, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Setelah lebih 7 tahun Maha jadi blogger ni macam-macam perkara yang menarik sebenarnya. Terasalah sangat sebagai dihargai dan juga mendapat perhatian daripada banyak syarikat besar. 


Bukanlah itu yang kita nak tapi sebenarnya kepuasan bila dapat menulis dan memuaskan hati orang lain itu adalah yang paling menggembirakan diri ini sebagai seorang blogger. Blogger ini boleh juga dikategorikan sebagai media kerana mereka menyampaikan apa yang masyarakat nak cari. 


Sebenarnya Maha nak citekan yang lebih kurang 3 minggu lepas pada 19 Mei 2017 yang lalu telah diadakan majlis menghargai blogger oleh pihak Lynk.my dan Hexa Cooperation. The Blogger Dinner yang bertempat di Concorde Hotel majlis ni sangat exclusive untuk blogger bersama dengan penggiat sosial media juga pihak syarikat dan usahawan.

Ok mesti korang tanya Hexa Cooperation dan Lynk.my tu apakan? Hexa Cooperation adalah satu syarikat pengiklanan yang fokus kepada pemasaran digital. Manakala Lynk.my tu adalah salah satu platform pengiklanan digital yang dibangunkan olah Hexa. Lynk.my ni adalah konsep iklan melalui klik link dan juga menawarkan pendapatan kepada mereka yang mendaftarnya. Tu nanti Maha cite ok.


Itu serba sedikit pasal penganjur The Blogger Dinner yang Maha sempat hadir. Majlis makan malam tu diacarakan oleh pengacara popular sapa lagi kalau bukan Sharifah Shahirah memang kelakor sangat kak Sheera ni. Habis semua suasana jadi riuh rendah dibuatnya dengan cara selamba dia jer.

Ucapan aluan daripada saudara Hasrul Hassan adalah blogger otai lama yang juga aktif menghubungkan blogger dengan syarikat-syarikat luar ini. Saya banyak juga dapat belajar ilmu daripada saudara Hasrul Hasan ni. Beliau juga memperkenalkan Lynk.my ni pada Maha. 
 



Malam tu dianggarkan lebih daripada 100 orang tetamu yang hadir bukan sahaja blogger malah barisan penggiat sosial media juga usahawan baru serta usahawan yang minat dengan dunia pengiklanan digital ni. Malam tu juga ada barisan artis yang menjadi usahawan turut sama hadir menjadi penaja hadiah-hadiah cabutan.

Malam dinner tu bukan sahaja best dengan makanan yang disediakan hotel tapi juga best dengan 60 hadiah cabutan bertuah kepada semua tetamu. Alhamdullillah Maha pun ada tuah juga dapat salah satu hadiah pada malam tu. Tapi tak dapat hadiah utama iaitu TV dan kamera DSLR bestnya blogger yang dapat.




Tapi yang paling best adalah perkongsian dan juga pertemuan yang dapat mengeratkan hubungan antara blogger dan juga usahawan yang masih tercari-cari platform untuk marketing mereka melalui dunia blog ni. Sebenarnya masih banyak usahawan tak tahu yang blogger ni boleh membantu mereka cuma sumber dan cara kena betul kan. 


Apa pun terima kasih kepada Hexa Cooporation dan Lynk.my kerana menghargai blogger. In Sha Allah nest time kalau ada lagi jemput saya akan datang hehehe. Dengar cerita akan diadakan ia event tahunan kita tunggu ok. Selamat berpuasa semua.






4 ulasan:

  1. Woww.. tèrbaik.. tahniah kpd yg terpilih utk hadir dan yg mendapat hadiah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe semua blogger boleh hadir. In Sha Allah kalau ada rezeki tahun depan akan buat lagi kata penganjur lah.

      Padam
  2. Tahniah semua rakan blogger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah juga pada kak Mahh blogger berjaya..

      Padam