Asam Pedas,

10,000 Carian Asam Pedas Termasuk Kedai Makan Orde Heritage Recipes Kampong Baru

Jumaat, Jun 02, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Wow mesti ramai terkejut akan statistik yang Maha berikan tu. Itu adalah jumlah carian berkaitan Asam Pedas di blog Maha sahaja. Carian merangkumi pencarian restoran atau pun resipi yang berkaitan. Jadi bergitu popular juga Asam Pedas ni dengan orang Malaysia. Sebab tu Maha nak pergi lagi satu kedai makan yang popular dengan Asam Pedas ni kat area Kampong Baru.


Orde Heritage Recipes yang terletak di Jalan Haji Hashim Kampung Baru sebelum ini dikenali sebagai Asam Pedas Kampong-Kampong. Tempat ni kalau korang datang ia seperti Food Court kerana satu deret panjang kedai makan pelbagai pilihan. Tapi yang ni kata orang sangat menarik perhatian kerana rasa makanan mereka.


Jadi Maha sampai sana pun tak tunggu panjang terus order Asam Pedas Ikan Jenahak. Tengok tu satu mangkuk penuh besar sangat kepala ikan ni memang terbaik. Kalau dah lapar seorang sahaja makan pun cukup satu mangkuk ni. Tengok kuahnya pekat pastu rasa pedas dan juga asamnya cukup. Yang best sebenar asam pedas ini adalah rasa ikan yang segar sebab kat sini mereka direct ambil dari pasar katanya.

Asam Pedas Ikan Jenahak

Asam Pedas Ayam

Selain daripada Asam Pedas Ikan Jenahak, asam pedas lain pun ada kat sini korang boleh pilih lah daripada Asam Pedas Pari, Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Daging Tetel, Asam Pedas Ekor, Asam Pedas Rusuk dan Asam Pedas Ayam. Semua set Asam Pedas ini akan datang dengan Nasi Putih, Telur Dadar dan juga Sambal Belacan.

Daging Goreng Kunyit

Lepas tu tokei kedai ni rekmenkan pula Maha dengan masakan panas seperti goreng kunyit. Katanya yang popular kat kedai ini adalah Daging Goreng Kunyit. Makan bersama dengan nasi putih sudah memadai. Memang ramai orang suka dan menjadi pilihan orang ramai. Maha juga hari tu sempat cuba Udang Goreng Kunyit yang terbaik dengan udang besar-besar dan tak kedekut.

Udang Goreng Kunyit

Turut juga poplar menjadi pilihan ramai kat kedai makan ini adalah Masak Lemak Daging Salai. Tengok lah warna dan juga rasa lemaknya cukup dalam set ini best lah. Pulak tu minum sekali dengan Air Sirap Bandung tu terbaik lah lengkap satu hari korang mencari makan betul tak.

Masak Lemak Daging Salai

Selain daripada korang boleh makan kat sini kedai makan mereka juga ada menyediakan khidmat penghantaran makanan terus kedepan pintu anda. Mereka ada menyediakan beberapa set makan seperti Set Asam Pedas, Set Nasi Daging Goreng Kunyit dan Set Masak Lemak Daging Salai. Area KL ni jer lah kalau order yang jauh-jauh luar KL tu tak ada lagi akan datang kata owner kedai.


Sekarang ni pula bersesuaian degan bulan Ramadhan pemilik kedai makan ni juga mengadakan program Infaq Ramadhan. Maksudnya sapa-sapa nak buat kebajikan menghantar makanan untuk berbuka puasa ker masjid, surau, rumah anak yatim dan Tahfiz mereka akan bantu. Hanya sumbangan dari korang mereka akan masakkan dan hantar terus kemana lokasi yang korang mahukan. Baguskan kalau ada rezeki lebih sikit apa salah kita buat amal macam ni.


Jadi tak salah lah tempat yang Maha pergi ni memang betul ramai kata sedap dan rasa lauk pauk tu tepatlah. Orde Heritage Recipes ni operasi setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja. Tak susah nak carai kedai ni kalau sampai kat Jalan Haji Hashim Kampong Baru pastu cari lah kedai No 8 dan 9 itulah kedainya. Masa Maha datang mereka masih tak tukar lagi signboard masih yang lama. Selamat berbuka dan selamat menjamu selera semua.

Tempahan atau penghantara sila hubungi :-
Whatsapp / Tel : 016 207 3499 
Alamat : No 8 & 9, Pusat Penjaja Selera Muda
               Jalan Haji Hashim Kampong Baru
               53100 Kuala Lumpur 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5






0 Pandangan: