Armada Hotel,

Selera Nostalgia Ramadhan Tema Bufet Ramadan di Utara Coffee House Armada Hotel Petaling Jaya

Khamis, Mei 04, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejathera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bufet Ramadan kali ini adalah antara yang menarik dengan makanan yang lain daripada yang bufet biasa. Armada Hotel Petaling Jaya adalah satu lagi hotel menyediakan bufet Ramadan setiap tahun tidak mengecewakan.


Tahun ni dengan tema Selera Nostalgia Ramadhan hotel ini menyediakan lebih daripada 100 jenis hidangan.
Restoran Utara Coffee House mereka mendapat pengiktirafan Halal daripada Jakim sebab tu Maha suka makan kat sini. Coffee house ni teletak kat depan lobby hotel jer dan bagi yang tak nak kesesakan boleh datang naik LRT turun stesen Asia Jaya atau naik Uber dan Grab Car lagi senang.
 

Sini mudah juga kalau datang naik kereta kerana hotel ni teletak betul tepi Lebuhraya Persekutuan drive masuk dari higway dan park kat dalam ada banyak parking tapi ada caslah. Kat sini juga ada kemudahan lain seperti surau untuk solat.


Bufet Ramadan kat sini tahun ini mengimbau kembali korang balik kampung dan makan untuk berbuka puasa bersama keluarga. Macam mana tu mestilah makanannya banyak yang masakan Melayu. Tengok starter lah kat sini ada Kerabus, Cincalok, Lemang, Pasembor dan macam-macak Aneka Jeruk. Lagi best kalau makan kat kampung ada sambal right kat sini pun ada macam-macam jenis sambal ok.



Tu orang putih kata appetizer lah tapi kalau kita kat kampung mana ada bedal jer semua tu kan hehehe. Yang penting adalah makanan utama kat sini yang susah nak dapat bulan puasa nanti. Korang boleh cuba antara yang sedap adalah Nasi Rempah Berlauk, Sambal Udang Petai, Ketam Masak Nangka Muda dengan Kunyit, Ekor Lembu Masak Asam Pedas style kawah, Daging Masak Serai Ikan Sembilang Panggang Berlada, Itik Berladok, Sup Tulang Rusuk, Sotong Masak Kunyit dan Serai, juga paling favorite ramai orang adalah Siput Sedut Masak Cili Padi.





Yang itu paling win dalam banyak-banyak menu yang Maha senaraikan. Tapi korang juga boleh cuba makanan lain juga menjanjikan kesedapan dan kepuasan bila korang makan. Antaranya seperti Laksa Thai, Bubur Lambuk, Ayam Golek, Kari Kepala Ikan Salmon dan banyak lagi. Semua ni hanya ada masa bulan Ramadan jer kalau bulan biasa korang tengok menu yang hari-hari kita makan betul tak.





Juga ada kat sini seperti Satay Ayam dan Daging, Roasted Lamb, Murtabak, Lidah Sapi dengan Air Asam, Ayam Perchik Panggang juga special kena try adalah Roti Durian. Dimana ia adalah roti canai yang di masak bersama dengan pest Durian memang classs.


Bagi pencuci mulut pula untuk buka puasa ni nanti korang boleh lah cuba seperti Apam Balik, Pengat Nangka, Bubut Pulut Hitam, Ais Kacang, Bubur Cha-cha dan juga macam-macam kuih tradisional Melayu. Minuman pula kat sini ada special sikit mereka pelbagaikan minuman seperti Cincau, Kelapa Muda, Air Jagung, Kembang Semangkuk, Selasih dan banyak lagi macam-macam ada.






Harga untuk buffet kat sini hanya RM80.00+ untuk dewasa manakala RM40.00+ kanak-kanak umur 7 hingga 12 tahun. Bagi yang beli awal atau early bird ada baucer special iaitu beli 5 baucer dapat 1 baucer percuma bermula dari tarikh 2 Mei hingga 31 Mei 2017. Manakala sapa beli pada 1 Jun 2017 untuk 10 baucer akan dapat 1 baucer percuma.


Bufet ini bermula dari 27 May hingga 24 June 2017 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Jadi tunggu apa lagi cepat beli sekarang. Hari Raya nanti mereka juga menyediakan sambutan kepada tetamu yang beraya kat KL. Hari Raya Hi-Tea Buffet RM65.00+ untuk dewasa dan RM45.00+ untuk warga emas dan RM32.00+ untuk kanak-kanak. Jadi boleh lah datang sini kalau beraya kat KL mana tahu. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan pertanyaan sila hubungi : 
Tel : 03-7954 6888 ext. 4557 or 4630
Laman web : https://www.facebook.com/HotelArmadaPJ

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sedapkan sini antara lokasi masakan Melayu yang terbaik pernah Maha rasa.

      Padam
  2. Balasan
    1. Sedapkan best kena datagn cuba tau sekali setahun bawa makan sedap2 hehehe...

      Padam