Popcorn Berperisa Tom Yum Special Promosi Masa terhad dari Garrett Popcorn

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kepada pecinta rasa Tom Yum ini adalah peluang korang untuk menikmati Popcorn dalam perisa ini. Di ilhamkan daripada makanan popular itu diserapkan kepada popcorn pasti lain dariapda lain. Itulah yang membuatkan Garrett Popcorn ini lain daripada yang lain.


Menggunakan bahan-bahan semulajadi daripada aksen limau segar dan serai dengan haba cili mata burung dan rempah aromatik untuk mencapai sensasi rasa seperti yang asal. Popcorn Tom Yum kali ini dihasilkan pula dengan dua lagi perisa tambahan iaitu Buttery dan CheeseCorn Popcorn



Maha dan Miss Tunang pun dah mencuba kedua-dua rasa Tom Yum ini. Bagi pendapat peribadi Maha ia sangat rasa unik bukan seperti kita makan Sup Tom Yum biasa. Ia rasa lebih pekat dan pedas kalau makan bersama keluarga ok tapi untuk kanak-kanak tidak sesuai sangat. Warna lebih terang bila kita tengok macam warna keamasan.


Harga untuk Tom Yum dalam masa yang terhad bermula daripada RM13.00 untuk satu beg kecil Tom Yum Buttery dan dari RM18.00 untuk satu beg kecil Tom Yum CheeseCorn. Korang boleh beli sekarang sementara stok masih ada di mana-mana Kedai Garrett Popcorn di Malaysia. 


Kedai Garrett Popcorn berada di lokasi ini:
  • Lot 1.109, Aras 1, Pavilion Tower Elite, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • Lot G001-B, Ground Floor, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur 
  • Lot C151, Concourse Level, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre
  • Lot G140, Ground Floor, Pusat Beli-belah 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
  • L2-112, Aras 2, gateway @ klia2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang, Selangor 

So tunggu apa lagi jom serbu sekarang kedai-kedai yang berhampiran korang dan cuba rasa baru ini. Yang perisa lain pun masih ada tetap masih kekal rasa original Garrett Popcorn. Boleh kata Garrett Popcorn selalu buat perisa baru untuk peminat-peminatnya. Layari http://garrettpopcorn.com.my. Selamat mencuba semua.





4 comments.. read them below or add one

Haidar Haidar 15 May, 2017
Mak ai..1st time tengok pop corn perisa luar biasa nih..Mesti cuba try test nanti...
Maha Mahu Maha Mahu 15 May, 2017
haru cuba bro sebab tuk masa terhad jer perisa ni..
zaza iman zaza iman 17 May, 2017
amboi sedapnya dia makan
Maha Mahu Maha Mahu 17 May, 2017
Sedaplah makan dengan orang tu hehehehe..