Gigi,

Philips Sonicare Diamon Clean Berus Gigi Elektronik Yang Ada 5 Fungsi Dalam 1

Isnin, Mei 08, 2017 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Seronok bukan nak bangga diri tapi ini yang Maha terima sendiri kerana ada kawan selebriti memuji keputihan gigi Maha dan gusi yang merah katanya. Maha pun tak sangka beliau akan puji depan-depan tapi kembang kejap wakakaka. Tiada petua tapi apa yang Maha amalkan adalah dengan mengosok gigi menggunakan berus gigi yang betul.


Sebenarnya Maha ni tak rajin sanga nak gosok gigi 2 kali sehali tapi sebab Maha menggunakan Sonicare Diamond Clean Black Edition yang baru keluaran dari Philips ia memudahkan kerja menggosok gigi. Maha memang pengguna produk Philips bukan sahaja daripada barang dapur tapi juga barang penjagaan kesihatan mulut. Maha gunakan produk ni pun sejak dapat penjelasan tentang kebaikan produk ni semasa majlis pelancaran baru-baru ini.


En. Muhammad Ali Jaleel Pengurus Negara bagi Philips Malaysia

Bertempat di Bangsar Philips Malaysia telah mengadakan majlis pelancaran produk Sonicare Diamond Clean Black Edition bersama dengan selebriti jemputan dan media. Turut hadir sama pada acara tersebut adalah En. Muhammad Ali Jaleel Pengurus Negara bagi Philips Malaysia, juga selebriti seperti Amber Chia dan Sarimah Ibrahim bersama-sama suami. 

Amber Chia diacara perasmian

Dr. Rumpa Wig semasa memberikan penerangan

Pada acara pelancaran tu lah Maha dapat ilmu tentang penjagaan mulut dan gigi menggunakan produk Sonicare ini. Sebab pada hari tu juga ada seorang doktor gigi yang diundang khas iaitu Dr. Rumpa Wig untuk memberi tahu kepada pengguna di Malaysia perkara benar tentang tabiat menggosok gigi rakyat Malaysia.


Rupanya kita rakyat Malaysia menghabiskan masa untuk menggosok gigi kurang daripada masa yang disyorkan. Sebenarnya 2 minit masa yang kita perlu untuk menggosok gigi bagi benar-benar memastikan gigi kita bersih. Tu pun belum 100% lagi kerana kebanyakan kita gosok dengan cara yang tidak betul.



Tapi dengan menggunakan Philips Sonicare Diamond Clean ini kita tidak perlu bekerja keras untuk menggosok gigi dengan kuat atau dengan laju. Ini kerana berus gigi elektrik ini mampu menggosok 62,000 kali dalam tempoh 2 minit yang diperlukan. Jadi kita tak perlu nak penat tangan untuk menggosok dan kadang-kadang kita terkuat gosok akan buat gusi berdarah betul tak.



Produk ini juga mempunyai 5 fungsi lain bagi pembersihan terunggul iaitu membersih, memutih, penjagaan gusi, sensitif dan mengilatkan gigi. 5 mod tersebut yang ada pada berus gigi ini berfungsi seperti berikut :-
  1. Membersih (2 min) – Penyingkiran plak terunggul (Mod standard)
  2. Memutih (2.5 min) – Mod memutih selama 2 minit menyingkir kekotoran di permukaan, ditambah dengan 30 saat untuk memutih dan mengilat gigi depan
  3. Penjagaan gusi (3 min) – Mod menyeluruh menggabungkan mod Membersih dengan tambahan seminit untuk merangsang dan mengurut lembut gusi anda untuk meningkatkan kesihatan gusi
  4. Sensitif (2 min) – Mod ekstra lembut untuk gigi dan gusi sensitif
  5. Mengilat (1 min) – Mod cepat selama 1 minit untuk mencerah dan mengilat gigi depan.
Best tak berus gigi baru ini siapa berani jamin berus gigi manual mereka mampu memberikan semua kebaikan ini. Jadi korang akan kurang pergi jumpa doktor gigi kerana gigi dah cantik dan putih malah berkilat lagi. Jom korang tonton video unboxing produk ini nanti korang tahu apa yang korang akan dapat kalau beli nanti.


Maha suka kepada produk baru yang diperkenalkan ini kerana ia datang dengan bentuk baru dan warna baru. Ada 2 warna iaitu hitam yang boleh dibeli dipusat jualan Philips dan juga yang berwarna Ungu hanya boleh beli kat klinik gigi terpilih sahaja. Juga ada 2 saiz iaitu standard dan kompak. Jadi ia sesuai untuk kegunaan lelaki mahupun perempuan tak ada masalah. 



Kalau korang tanya harga Maha bagi tahu harga sangat sesuai dengan fungsi dan kelebihan berus ini. Ia hanya RM999.00 sahaja dipasaran Malaysia. Kalau korang nak dapat info lanjut kelebihan dan juga kat mana nak beli produk ini boleh layari http://www.philips.com.my. Maha dah dapatkan satu korang tak nak ker untuk gigi yang lebih sihat dan cantik jom cuba sekarang.








1 ulasan:

  1. Teknologi sekarang sangat hebat dengan berus gigi ini yang canggih dan senang diguna. Terima kasih dengan recommendation ini. Saya harap dapat mencari teknologi yang canggih jugak untuk membersihkan kereta atau perkhidmatan car interior cleaning untuk kereta saya bagi menyenangkan kerja saya.

    BalasPadam