Meraikan 20 Tahun Sambutan Hotel Bangi Putrajaya Dan Pelancaran Restoran Funtasia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hotel Bangi Putrajaya yang sebelum ni dikenali sebagai Hotel Equatorial Bangi Putrajaya telah mengubahsuai restoran dalamnya kepada image yang baru. Sebelum ni restoran ini dikenal sebagai Cafe Lavista dan pada 1 May 2017 ia mula dikenali sebagai Funtasia A Magical Culinary Experience.


Maha juga berkesempatan pada majlis pelancaran yang diadakan secara besar-besaran dengan hadirin vendor, vip, media dan juga pengunjung hotel hari tersebut.
Ini kerana restoran baru ini boleh memuatkan sehingga 800 orang dalam satu-satu masa. Nampak kali ni memang lebih luas ada indoor dan outdoor kepada pelanggan yang datang.



Reka bentuk dalaman restoran ini pun nampak lebih segara dan modern dengan bertemakan taman tema yang riang dan penuh dengan makanan. Paling menariknya restoran ini ada halaman yang menghadap pool dan ada halaman menghadap padang golf. Jadi memang sangat selesa dan sesuai mereka yang menginap dan sarapan pagi sambil melihat pemandangan tenang seperti itu.




Yang Maha paling suka adalah mula-mula masuk pintuk restoran ni korang akan disambut dengan Ferry Wheel yang bukan boleh naik tapi dipenuhi dengan makanan-makanan atasnya ok. Ia adalah ferry wheel makanan pertama seumpamanya di Malaysia. Kalau kanak-kanak tengok ni seronok sebab tu namanya Funtasia.






Restoran ini menyediakan buffet untuk sarapan pagi, makan tenghari dan makan malam pengunjung hotel. Makanan barat dan juga makanan tempatan digabungkan dalam satu restoran ni memberikan banyak variasi kepada pecinta makanan. Lebih daripada 200 jenis hidangan makanan yang boleh korang cuba.






Korang datang sini kena cuba special dish mereka atau signature dish chef iaitu Gyoza iaitu makanan Jepun. Juga ada Mee Kari, Pizza dan juga Pasta semua ini memang sedap. Maha cuba semua memang sedap menarik dan tetarik. Pasti mereka juga menyediakan demonstarasi membuat Nasi Goreng Special menggunakan teknologi menggoreng tanpa tenaga manusia. Mudah cepat dan sedap hanya memerlukan masa 1 minit bagi menyiapkan nasi goreng ini.




Juga korang kena tengok bagaimana alat membuat gelato yang diimport dari Itali. Ini juga special kerana mereka menghasilkan gelato sendiri dengan pelbagai perasa dan kesedapan terserlah. Jadi kalau dah datang hotel ni tak kisahlah menginap ker atau hanya datang makan korang kena tengok semua ini.




Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga paling lewat 10.00 malam. Kalau rasa nak alami sendiri pengalaman Funtasia A Magical Culinary Experience memang kena datang sini. Maha dah datang korang bila lagi. Jom makan kat sini nanti mereka juga akan buat promosi Ramadan nantikan. Selamat mencuba.

Tempahan dan promosi layari :
Tel : 03-8210 2222
Email : fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5





4 comments.. read them below or add one

Maha Mahu Maha Mahu 11 May, 2017
Memang sedap makan kat sini tapi meriah macam alam fantasi lak tau hehehe...
Sally Samsaiman Sally Samsaiman 12 May, 2017
Funtasia ni unik sebab ianya berkonsepkan moden dan riang...mmg bila masuk je nampak roda ferris ni buat kita rasa macam kita ada kat funfair kan!
Maha Mahu Maha Mahu 12 May, 2017
hehehe betul tu fun fair yang ada banyak makanan sedap2 hehehe..