Bangi,

Istimewa Iftar Ramadan Tema Bufet Ramadan Di Bangi Golf Resort

Isnin, Mei 01, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bangi Golf Resort adalah satu lagi bufet Ramadan yang Maha tak pernah miss every year untuk datang berbuka kat sini. Ini kerana kat sini sangat best suasana berbuka puasa walaupun ramai tapi hidangan sangat banyak dan sedap memenuhi citarasa Maha.


Jadi tak rugi kalau Maha rekmenkan kepada korang untuk datang Ramadan nanti berbuka puasa di BGR ni.
Tahun ni Iftar Ramadan di sini menyediakan lebih daripada 200 hidangan semuanya. Jangan risau restoran mereka telah mendapat pengiktirafan Halal oleh Jakim sejak dari tahun 2009 tau.



Bangi Golf Resort ni kawasan sangat luas jadi tak perlu risau parking datang memang ada parking. Kemudian pula kemudahan semua ada tanda dan juga surau lengkap untuk semua tetamu. Dari pengalaman nasihat Maha kalau nak datang buka puasa kat sini kena booking awal tempah tempat korang kalau datang walk-in boleh tapi tempat kadang-kadang penuh kalau ada pun agak jauh dari makanan tu penting tau.



Tempat ni bagi Maha sebab apa sentiasa ramai orang datang buka puasa kerana satu makanan yang banyak pilihan, kedua kerana harga sangat-sangat berpatutan. Maha nak cite dulu pasal makanan kat sini. Tahun ni mereka sediakan demonstrasi masakan yang terkenal seperti Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak. Juga ada demonstrasi Kueh Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang dihidangkan panas daripada kuali untuk semua tetamu yang datang.




Kata chefnya tahun ni ada special sikit iaitu Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama dalam bufet mereka. Dimana menu ni dihidang bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Masak Sambal Tomato. Semua ni korang boleh dapat kalau buka puasa kat sini tahun ni.





Selain meni trasidisional mereka juga ada masakan Ala Barat seperti Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma, Lasagna Ayam, Golden Sand Spaghetti Carbonara dan Peri-Peri Chicken Drumlets. Maha tak tahu nak gambarkan macam mana tapi korang leh tengok sendiri dari gambar-gambar yang Maha ambil semasa sesi food review kat sana baru-baru ni.




Maha kalau datang bufet Ramadan mesti last cari pencuci mulut dan kat sini sangat banyak yer. Korang kena cuba antaranya Spanish Churros bersama sos coklat pekat, kuih Melayu seperti Puding, Agar-agar, Serawa Durian, Assorted Swiss Roll (Red Velvet, Orange Jaffa & Macha Chocolate), Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame, Mocha Cake, Tropical Nectar, Caramel Surprise dan Banana-na





Tahun ni mereka menyediakan kelainan daripada sebelum ini iaitu dengan menyediakan gerai diluar dewan daripada vendo-vendo makanan yang sedap-sedap. Tapi yang kat luar ni korang kena beli sebab kat luar ni ada gerai Durian Musang King yang dibawa khas daripada Raub. Vendor ni juga sediakan Gelato (Aiskrim) yang diproses segar disediakan oleh Sweet Scoopz. Kemudian ada juga live band dan wayang pacak untuk memberi hiburan dalam korang menikmati makanan.



Jadi kalau sapa plan nak iftar kat sini boleh lah booking awal sekarang kerana harga sangat berpatutan mesti korang terkejut sangat murah RM58.00 bagi dewasa dan RM28.00 bagi kanak-kanak. Bufet Ramadan kat BGR akan bermula dari 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam



Itulah sebab kenapa Maha setiap tahun datang sini untuk buka puasa. Tapi Maha tak makan sorang Maha akan jemput korang untuk sertai Mini Contest di Facebook Page Mahamahu. Jadi sapa nak menang baucer untuk buka puasa kat BGR ni tunggu pengumuman contest tak lama lagi. So datang boleh bawa family sangat berbaloi. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 1-700-81-8557
Email : sales@bgrrest.com
Laman web : www.bgrrest.com

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





4 ulasan:

  1. Ya Ampun. sedapnya. terliur tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan kat BGR memang sedap best nantikan contest boleh menang baucer ok.

      Padam
  2. hope bole menang kt mini contest nti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes tak lama jer lagi hehehe visit Facebook page Mahamahu ok..

      Padam