Wan Nong Muzafar Nak Bantu Usahawan Yang Bermasalah Dalam IBBP 2017

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Wan Nong Muzafar sapa kenal nama yang jarang bermain dibibir rakyat Malaysia ni. Tapi kalau korang baca kisah beliau seorang yang nampak biasa pada luar tapi penuh ilmu di dadanya untuk dikongsikan terutama dalam dunia perniagaan. 


Maha pun tak kenal sapa beliau ini tapi bila berkesempatan untuk bersama dalam aktiviti santai di pejabat beliau baru tahu susah payah sebelum beliau menjadi seperti sekarang. Sikit Maha share ngan korang pasal latar belakang seorang yang pakar dalam dunia business ini. Wan Nong Muzafar di lahirkan di Kuala Lumpur merupakan anak bongsu dari 3 beradik ini adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kewangan dari Massey University New Zealand pada tahun 1997.


Seronok sebenarnya dapat berborak dengan beliau ni walaupun kita tengok karektor dan riak wajah yang serius tapi beliau tetap pandai berjenaka dengan kami. Pengalaman dalam dunia kerjaya beliau bermula dengan bekerja sebagai pegawai bank setelah tamat pengajian di luar negara. Kemudian selepas beberapa tahun beliau selesa dengan kerjayanya tiba rasa dirinya harus lebih maju ke hadapan dan mengambil keputusan berhenti dan mula untuk buat business sendiri.


Business pertama beliau dalam dunia online game telah berjaya dan mendapat perhatian ramai pihak. Tapi dalam kemuncak kejayaan beliau telah mengambil satu lagi keputusan yang paling drastik dalam hidup untuk meninggalkan segalanya kerana masih tidak bertemu dengan apa yang beliau mahu cari. Sehinggalah beliau menjadi seorang yang sangat susah pada masa itu. Waktu itu beliau telah berumah tangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Di situ beliau banyak belajar dalam dunia kehidupan ini dengan pelbagai susah payah mencari rezeki.


Bangkita dari jatuh dan keperitan kesusahan itu beliau kemudian tekat bekerja disebuah syarikat penerbitan sebagai executive gred C dengan gaji RM2500 sahaja. Dari situ beliau mula banyak mengeluarkan idea dalam mengilhamkan pembaharuan kepada peniagaan syarikat tersebut. Daripada pengalaman dan kepercayaan yang diberikan oleh orang kuat syarikat tersebut beliau mula dengan business baru sendiri sekarang sebagai consultant perniagaan. 


Sambil beliau bercerita tu kami juga turut sama menikmati hidangan makanan yang disediakan oleh isteri beliau. Nak tahu isteri beliau iaitu Puan Wan Nik Norlela seorang yang pakar dalam bakery dan mempunyak perniagaan online menerima tempahan kek di Alanis Cakes. Jadi sapa nak tempah boleh hubungi beliau di Facebook atau Instagram.


Pengalaman 15 tahun dalam dunia koporat dan pembangunan usahawan. Masa kami sampai ke pejabat En Wang Nong Muzafar yang teletak di Putera Height ia sangat simple tapi banyak perniagaan yang mereka jalankan. ILM Legacy adalah syarikat yang memberi nasihat kepada usahawan yang nak berjaya, business yang tengah merudum, usahawan yang nak menambah baik perniagaan dan macam-macam lagi. 


Selain tu juga beliau telah banyak menerbitkan buku sendiri yang telah mendapat Best Seller di Malaysia seperti buku Kuasai Perniagaan Internet Siri 1 dan Kuasai Formula Perniagaan. Kini beliau juga telah dijemput untuk membuat modul eUsahawan yang digunakan dalam program YouCanDuit oleh MDEC


Terbaru yang akan datang nanti beliau akan mengadakan satu seminar besar-besaran iaitu Ini Bisnes Bukan Propa 2017 atau IBBP 2017. Siapa yang patut hadir ke seminar ini :-
  1. Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.
  2. Berniaga tetapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala tuju.
  3. Usahawan yang ‘STUCK’ atau berniaga cukup-cukup makan.
  4. Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaan.
  5. Usahawan yang ingin ‘UPGRADE’ perniagaan ketahap yang lebih besar.


Seminar ini akan belangsung pada 13 & 14 Mei 2017 yang bertempat di Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC). Korang yang berminat boleh daftar sekarang di http://ibbp.wannongmuzafar.com. Semoga perkongsian pengalaman ini memberi manfaat kepada diri sendiri dan semua yang membaca. Selamat semua ok. 

Pertanyaan boleh hubungi :
Email : admin@wannongmuzafar.com






2 comments.. read them below or add one

Faizol Hafizi Faizol Hafizi 19 April, 2017
Terbaik lah Maha... Otomen pun nak mengembangkan legasi otomen dan leya ke lebih jauh lagi ni
Maha Mahu Maha Mahu 19 April, 2017
Hehehe boleh jer Otomen semua orang boleh berjaya kena ada usaha jer kan..