Food Review,

Mencari Restoran Shell Out Yang Terbaik Sekitar Selangor 3 Ni Wajib Try

Jumaat, April 07, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah menjadi fenomena sekarang bagaikan trand bila satu makanan tular mula akan ada banyak restoran lain juga turut sama buat. Begitulah sekarang ni menjadi tular makanan Shell Out yang begitu banyak sekitar KL dan Selangor ni.


Kadang-kadang kita sendiri pun sukar nak cari mana yang betul-betul sedap dan memenuhi kehendak kita. Kadang-kadang ada yang rasa terlalu pedas dan juga ada yang kurang jenis makanan laut dalamnya. Tapi kat sini Maha nak cadangkan kepada korang restoran Shell Out yang memang Maha sendiri dah cuba dan tahu kualitinya. Jom kita tengok mana tahu berkenan dihati boleh pergi cuba kan. 


Omak Ai Steamboat Grill & Shell Out



Ni satu restoran yang sediakan banyak sangat hidangan makanan laut termasuklah Shell Out. Konsep restoran ni lebih kepada steamboat dan juga boleh pilih Shell Out. Restoran ni terletak di Bandar Tun Hussein Onn kalau orang kita lebih kenali sebagai Balakong. Nak tahu lanjut boleh baca di sini Omak Ai Banyaknya Makanan Laut Ada Steamboat & Grill Dan Shell Out Pun Ada

Harga RM 35.00


D'Klang Mix Seafood

 


Restoran ini terletak betul-betul kat tengah-tengah Bandar Klang berhampiran dengan Shaw Centerpoint Klang. Sini sempoi jer lebih kepada gerai tapi setiap malam ramai juga orang datang ni untuk cuba makanan laut mereka. Special kat sini mereka sediakan perkhidmatan penghantaran makanan Shell Out terus kepada korang. Nak tahu lanjut lagi boleh baca di sini Pasangan Pengantin Ini Jadikan Seafood Lambak Atas Meja Menu Makan Beradab Sangat Rare.

Harga RM 30.00


Captain Shrimp Restaurant Apps Hotel 

 


Captain Shrimp ni nama baru kepada restoran yang ada kat Apps Hotel Kuala Selangor ni. Restoran dalam hotel yang menyediakan Shell Out kepada pelanggannya kerana area Kuala Selangor banyak makanan laut. Bagi yang bercuti area sana boelh cuba Shell Out sini atau korang boleh baca di sini untuk lebih lanjut Tempat Makan No. 1 Area Kualar Selangor Yang Sediakan Shell Out 4 Rasa Di Apps Hotel.

Harga RM 39.90







4 ulasan:

  1. Harga pun okay la...tak mahal sangat shell out ni...yang 1st tu UNIK betul nama restorannya...Omak Ai...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga ok kan tak mahal rasa sedap.. Nama tu memang daya tarikan..

      Padam
  2. Semua jauh-jauh nie dari rumah matjo, :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe jauh ker alamak tak apa ada rezeki kalau jalan area tu boleh cuba kan..

      Padam