Lunch Di Fish & Co @ 1Utama Shopping Center

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni bukan review tapi kebetulan hari tu ada event Authentic Thai Food Fair di 1Utama. Event tu habis awal jadi ada masa untuk lunch so kebetulan dah ada area 1Utama tu carilah tempat makan yang Maha tak pernah pergi.


Pusing punya pusing pergi lah kat bahagian Food Street yang floor bawah tu sebab pernah sekali pergi jalan-jalan cari makan area tu. Lepas tu tengok semua restoran dah biasa pergi tak tahu nak cuba yang mana satu. Akhirnya ternampaklah restoran Fish & Co. ni jadi ambil keputusan nak cuba.



Maha pernah makan sekali kat Fish & Co ni lama dah dulu tak tahu apa menu yang menarik. Hari tu kebetulan dah lunch time jadi memang nak makan yang berat ada nasi juga protien. Jadi Maha tengok Combos set ni ada semua sekali jadi pilih lah.


Maha ambil Grilled Peri-Peri Chicken pastu boleh plus 2 side dish dan Maha pilih Paella Rice dan Chips. Juga boleh tambah satu lagi protein dan Maha suka sangat salmon jadi pilih la Grilled Salmon with Tangy Peri-Peri Sauce. Memang combinasi yang sesuai untuk lunch lah dan mengenyangkan. 


Pastu untuk minum Maha pilih pula Retro Choc ini tapi awas ia hanya ada big size macam yang dalma gambar ini. Boleh minum untuk dua orang ok tapi hari tu Maha habiskan seorang jer mamang kenyang. Harga pun boleh tahan satu cawan ini RM15.95


Last sekali tetap kena ada dessert ok sebab dah biasa so Maha pilih yang nampak menyelerakan kat sini iaitu Hot Fudge Cake harga RM11.90. Jadi cukup lah hari ni hanya cite pasal pengalaman makan kat Fish & Co. yang jarang dapat pergi. Sekali sekala ok juga kebetulan ada kat tempatnya so cuba lah. Nak lunch kat 1Utama tu banyak yang best pergi bahagian Food Street tu memang rambang mata lah. Selamat mencuba semua ok.






4 comments.. read them below or add one

Mat Jo Mat Jo 05 April, 2017
hebatnya Maha, mampu habiskan air gelas besar, :)
Maha Mahu Maha Mahu 05 April, 2017
Wakakakaka tu pun lama juga nak habis hehehehe...
Ezad Skytech Ezad Skytech 07 April, 2017
Selalu juga lalu depan Fish & Co ni tapi tak pernah singgah lagi...nampak macam sedap la pula...hehe
Maha Mahu Maha Mahu 10 April, 2017
Memang sedap kenyang makan sorang hehehehe..