Acar Buah Bukan Sekadar Penyedap Makanan Juga Boleh Jadi Bahan Utama Membuat Pizza

Salam sejahtera kapada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini peminat Acar Buah? Makanan Melayu yang juga telah menjadi sumber perniagaan kepada ushawan yang berani macam En Kairul. Sebelum ni Maha ada kongsikan tentang produk Sambal Hitam Menangis yang dibuat Maggi Goreng.


Kali ini dari usahawan yang sama juga telah mengeluarkan produk terbarunya iaitu Acar Buah Kedondong dan Ikan Masin. Kalau sebelum ni kita kenal Acar Buah ini banyak menggunakan bahan seperti jeruk buah campur, kurma, ulas bawang putih, bawang kecil, buah pala dan belimbing besi. Tapi produk yang dihasilkan oleh Mr Melting ini hanya menggunakan bahan yang minima tapi tetap rasa yang kaw punya.


Dalam produk acar buah ini beliau hanya menggunakan beberapa rempah ratus, buah Kedondong, cuka, ikan kering Talang, Malong, gula dan garam secukup rasa. Jadi keistimewaan produk makanan acar buah ini adalah penggunaan buah kedondong yang memberi kesan rasa masam dan lemak.


Semasa Maha mencuba acar buah ini memang rasanya cukup lain dan unik sebab korang akan dapat rasa manis dan masam serta gabungan yang sesuai untuk makan bergitu sahaja bersama dengan nasi putih atau juga nasi minyak. Disebabkan kepekatan campuran dalam acar buah ni Maha dapat satu idea untuk menghasilkan resipi mudah dan sedap menggunakan acar buah ni.


Maha membuat pizza menggunakan Acar Buah Kedondong dan Ikan Masin ini sebagai sos salutan diatas pizza menggantikan sos tomato yang biasa digunakan. Bahan-bahan yang digunakan dalam resipi ini mudah jer dan tak banyak tapi kalau rasa korang nak buat pizza ni jadi lain boleh letak bahan-bahan yang lain juga.


Bahan-bahan membuat Pizza Acar Buah Kedondong Bercheese.
1 keping Wrap
2 sudu Acar Buah Kedondong dan Ikan Masin (Keluaran MR Melting)
4 ketul Sosej
130gram Mozzarella Cheese
1 biji Capsicum Hijau
1 sudu Lada Hitam

Ini adalah cara paling cepat dan ringkas untuk hasilkan pizza boleh baut kat rumah nak tambah cheese lebih pun ikut suka. Cara nak menyediakan pizza ni pun sangat cepat sebab Maha tak hasilkan doh pizza sendiri Cuma menggunakan wrap yang sedia ada. Kalau nak buat doh pizza korang boleh baca post Maha yang lepas cara membuat crust pizza yang lebut dengan mengadun menggunakan tangan.

Korang kena tonton video cara-cara membuat pizza ini yang Maha sediakan di bawah ini ok.


Jadi rasa korang boleh buat tak pizza yang menggunakan acar buah tapi rasa masih sedap dengan mengikut selera kita sendiri. Paling penting menggunakan produk Acar Buah kedondong dan Ikan Masin dari MR Melting ni baru jadi dan sedap. Tips dari Maha kalau nak buat ni kena isi sekali buah dan juga bahan-bahan yang ada dalam acar buah ni baru dapat rasa tekstur dan sosnya.


Kalau korang rasa nak dapatkan produk ini mudah jer boleh berhubung terus dengan pengedar yang telah ada di banyak lokasi. Boleh terus ke laman facebook dan juga instargram mereka seperti di bawah. Maha hanya mencuba tapi kalau korang rasa nak buat resipi lain pun boleh juga nanti share ngan Maha ok. Selamat mencuba semua.

Tempahan atau maklumat lanjut hubungi :-
Whatapps : 013 3091472 (En Kairul)
Facebook : www.facebook.com/SHMrMelting
Instagram : www.instagram.com/sambal_hitam_menangishq







4 comments.. read them below or add one

✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ 11 April, 2017
First time tengok resepi pizza menggunakan acar buah ni ..
Maha Mahu Maha Mahu 11 April, 2017
Sebab Acar Buah ni rasanya masam-masam manis dan pengganti sos tomato jadi sebab tu ia sesuai.
Mat Jo Mat Jo 11 April, 2017
nie pizza versi citarasa tradisional, guna acar buah, :)
Maha Mahu Maha Mahu 12 April, 2017
Yes menu rasa Melayu tu penting memang menarik...