Buffet,

Masak Lemak Asli Basuh Tangan Pun Masih Tak Hilang Baunya Hanya Di Restoran Terapung

Jumaat, Mac 17, 2017 Mahamahu 3 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Macam mana kita nak tahu bahawa masakan tradisional Melayu tu betul-betul pure dan juga original. Macam yang Maha bagi tahu dalam tajuk lak kalau kita makan guna tangan bila kita siap makan dan basuh tangan tapi baunya masih ada walaupun dah gunakan sabun.


Itu yang sebenarnya membuktikan bahawa masakan otentik Melayu tu adalah menggunakan bahan semulajadi dan juga dimasak dengan cara original. Kalau korang nak cari kat KL ni memang susah tapi Maha ada jumpa satu restoran yang betul-betul menyediakan hidangan tradisional yang sebenar.


Kalau Maha cite mesti korang tak percaya tapi itu yang Maha sendiri rasa di Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa. Mulai bulan ini hingga sebelum bulan puasa mereka membuat promosi 'Malay Authentic Buffet Lunch' yang menyediakan lebih daripada 50 jenis hidangan Melayu tradisional.



Menarik kat buffet ini mereka menawarkan masakan tradisional Melayu yang popular dari semua negeri-negeri di seluruh Malaysia. Sebab tu Maha sebut tadi masak lemak kerana buat pertama kali Maha cuba masak lemak mereka memang meletop terbaik. Boleh rasa pekat santannya bersama dengan rempah ratus yang sebati buatkan ia sangat pure.



Antara masak lemak yang Maha sempat cuba kat sini dan menjadi igauan sehingga sekarang.
Masak Lemak Telur Itik, Masak Lemak Daging Salai dengan Pucuk Ubi, Masak Lemak Siput Sedut dan juga Masak Lemak Labu. Perrrhh semua ni Maha rasa hari tu dan baunya sampai satu hari melekat kat tangan.





Selain tu juga mereka menyediakan masakan popular lain seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Singgang, Asam Pedas Ikan Pari, Gulai Kawah Kambing, Ayam Masak Merah, Sambal Sotong, Pucuk Paku Goreng Belacan, Paru Goreng Sambal, Kacang Panjang Goreng bersama Hati Ayam dan banyak lagi.







Itu baru bahagian lauk pauk tak masuk lagi jenis-jenis sambal dan ulam-ulaman semua ada. Kalau yang nak betul-betul masak Melayu lagi korang boleh cuba ikan masin goreng rangup perhhh best. Lagi apa ada kat buffet makan tenghari kat sini ada juga kerabu pelbagai jenis seperti Kerabu Mangga, Kerabu Udang dan banyak lagi.





Ok tengok pula hidangan pencuci mulut yang jarang kita jumpa kat KL ni. Kat dalam buffet ni ada juga Ubi Kayu Rebus, Keledek Rebus, Pisang Kukus makan pula dengan sambal dan juga ikan masin Ya Allah sedapnya. Ada juga Lempeng dan Pulut yang makan bersama dengan Kelapa Parut meleleh air liur.



Lepas tu kunyah pula kudapan seperti Cucur Udang, Cekodok Pisang dan juga Keropok Leko Masyaallah sedapnya. Tak lupa juga Kuih Lapis, Agar-agar, Cendol dan macam-macam lagi semua buatkan korang rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Tapi sebab sini buffet jadi makan jer lah semuanya ambil sikit-sikit jangan tamak.






Semua tu korang rasa cukup tak atau tak cukup lagi. Korang rasa berapa harga untuk semua hidangan buffet ini? Percaya atau tidak hanya serendah RM29.00+ sahaja. Kalau lepas Ramadhan nanti buffet makan tenghari ni akan berubah kepada harga asal RM38.00+ lak. Jadi tunggu apa lagi mai datang sekarang memang tak rugi duit korang.



Kalau korang ada apa2 perancangan untuk event lain nak buat kat Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa mereka juga turut sediakan. Bagi nak buat majlis keraian yang bertema, majlis akad nikah & perkahwinan, seminar, annual dinner, reunion dan macam-macam lagi. Nampak macam kecil rupanya kat restoran ni ada 3 buah dewan banquet 

1) Dewan Refflesia = 500 orang
2) Dewan Anggerik = 320 orang
3) Dewan Tulip = 300 orang

 

Bagi yang nak buat kenduri kahwin dengan menggunakan Helikopter dan juga Kereta Kuda boleh tempah kat sini mereka ada. Bak kata orang minta jer apa janji ada ongkosnya semua boleh buat. Jadi tunggu apa lagi datang sekarang di restoran ini yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa dan parking banyak jangan risau nak datang. Selamat mencuba semua ok.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03-4021 0098
Email : dsajikltitiwangsa@felda.net.my

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





3 ulasan:

  1. menarik tempatnya... makanana pun nampak sedap

    BalasPadam
  2. sedapnya ! dah lama tak rasa masakan mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita jarang2 bila balik kg jer dapat rasa tapi sekarang dah leh rasa hari2...

      Padam