Manjadi Kolumnis Jemputan Di Laman CARI.com.my

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. "Ini Benda Perlu Dikorbankan Jadi Food Blogger, No 3 Tu Memang Perit!" Ini adalah tajuk artikel pertama Maha dalam ruang penulis jemputan di lifestyle media paling popular kat Malaysia iaitu CARI.com.my. Korang boleh baca artikel bagaimana Maha boleh terjebak menjadi seorang food blogger dan apa pengorbanan yang perlu untuk nak jadi food blogger. Selalu kawan-kawan bertanya macam mana nak jadi food blogger ni jadi Maha dah citer serba sedikit kat ruangan ini.


Terima kasih kepada Adib kerana menjemput Maha menjadi salah seorang blogger untuk menulis dalam ruangan di CARI ini. Mula dapat pelawaan ini pun sebab rakan Maha dari Facebook kak Nani Saudiar Zakir seorang editor di majalah di Karangkraf yang rekmenkan. Maha kenal akak ni lama dah dekat 3 tahun kot tapi memang tak pernah jumpa selalu sembang dan tengok beliau update kat Facebook jer. Firstime jumpa pun last year masa event food review kat Kuala Lumpur International Hotel itu pun akak Nani juga yang jemput Maha pergi food review ni.

Berbalik kepada laman CARI ini sebenarnya Maha hanya salah seorang kolumnis untuk ruangan terbitan khas kat CARI tu. Sebab sebelum ni kalau kita baca majalah ada ruang penulis jemputan so kat CARI ni pun sama juga. Alhamdulillah dapat rezeki dengan cara sebegini. In Sha Allah Maha akan menulis untuk beberapa minggu lagi bersama dengan orang yang dah lama dalam industri ini seperti Richie Rachman.


Jadi lepas ni korang rajin-rajin lah terjah laman CARI.com.my kerana kat sana ada macam-macam konsep bukan sahaja ruangan carian atau forum tapi byk update yang terkini, isu semasa, viral dan trending. CARI sekarang telah jadi Malaysia Largest Online Lifestyle Media kat Malaysia ni. So kesempatan yang diberikan pada Maha ini sangat-sangat bermakna dan berguna dalam berkongsi pelbagai cerita seorang blogger makan.

Betul lah kata orang berkawan biar beribu bermusuh jangan sekali. Terima kasih pada kawan-kawan yang support Maha dalam dunia penulisan blog ini sehingga ke sekarang. Juga pada semua pihak yang masih menggunakan perkhidmatan review daripada blog Maha juga terima kasih banyak-banyak. Nanti baca dan komen artikel Maha kat sana ok terima kasih semua.






6 comments.. read them below or add one

Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar 21 March, 2017
wow! makin lama makin hebatlah! tahniah...:)
Maha Mahu Maha Mahu 21 March, 2017
Alhamdulillah rezeki dlm pelbagai cara. Terima kasih.
dedauncomel.com dedauncomel.com 21 March, 2017
Tahniah.. Nampak sangat semakin maju.. Banyak pencapaian dah capai.. Semoga terus sukses ! Suka baca blog ni..
Shesyira As Shesyira As 22 March, 2017
bestnyaaa congrats maha
Maha Mahu Maha Mahu 22 March, 2017
Alhamdulillah terima kasih ini pun sebab support daripada pembaca sekalian.
Maha Mahu Maha Mahu 22 March, 2017
Alhamdulillah terima kasih..