Aiskrim,

Kelas Membuat Aiskrim Yang Sangat Mudah Dan Pastinya Sedap Dari Creamade Creations

Selasa, Mac 28, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni sebenarnya bukan pandai memasak sangat cuma yang video korang tengok tu adalah hasil daripada belajar secara online kat youtube jer. Sebab tu kadang-kadang ada beberapa resepi yang tidak berapa menjadi dan hasil tidak seperti yang dikehendaki.


Yang penting bukan hasil sebenarnya tapi semangat kita untuk belajar memasak betul tak. Kalau salah kita cuba lagi sampai berjaya. Itu tips Maha sebenarnya belajar memask. Lagi bagus sebenarnya kalau kita boleh masuk kelas memasak. Sekarang ni dah banyak peluang untuk belajar memasak ada kelas merata-rata.


Maha pun berkesempatan masa cuti baru-baru ini untuk sertai satu kelas membuat aiskrim. Sebenarnya tak susah nak buat asikrim ni rupanya hanya basic guna bahan yang ada dan juga campur dengan perisa kita mahu jadilah. Sebab masa kelas hari tu yang ajar Maha namanya Cik Saadah usahawanita muda yang berjaya.


Masa kelas tu cikgu yang ajar tu hanya menggunakan satu produk keluarannya sendiri iaitu Creamix IceCream Dairy Base Premix. Produk ni adalah tepung campuran siap untuk menghasilkan aiskrim yang lembut dan sedap. Sebab itu adalah cara nak buat aiskrim lebih mudah dan cepat hanya campur dengan air sejuk dan juga mix kan sekata kemudian masuk perisa.



Ada dua produk tepung membuat aiskrim yang telah dikeluarkan oleh company miliknya Creamade Creations iaitu Creamix IceCream Dairy Base Premix dan juga Creamix IceCream Coconut Base Premix. Dua-dua produk ini mampu menghasilkan aiskrim yang sedap dalam kuantiti yang banyak. Ia sesuai untuk mereka yang nak buka business jualan aiskrim kerana mudah dan tak perlukan bahan yang banyak.



Beza dua produk ini adalah satu tu menggunakan campuran tenusu ada rasa vanilla manakala satu lagi yang kelapa tu menggunakan kelapa dan ada rasa kelapa dalamnya. Jadi kalau tak campur perasa lain pun dah boleh buat jadi aiskrim juga. Mudah bukan guna produk ini kalau korang nak dapatkan produk ni boleh terjah Facebook dan Instagram Creamade Creations. Kalau korang nak join kelas belajar buat aiskrim ni boleh juga contact mereka kat Facebook atau Instagram. Selamat mencuba semua.

Facebook : Creamade Creations
Instagram : Creamade Creations




0 Pandangan: