1Utama,

Jom Beli Produk Makanan Halal Dari Negara Thailand Di Authentic Thai Food Fair 1Utama

Isnin, Mac 13, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Cuti hujung minggu baru ni Maha pergi ker 1Utama sebab dapat tahu kat sana ada pesta makanan dari negara Thailand. Almaklumlah nak pergi negara gajah putih tu bajet terhad jadi pergi kat KL jer. Tapi bestnya sini ada banyak produk makanan Thai yang kita tahu cukup popular kat Malaysia ni.



Authentic Thai Food Fair ni telah berlangsung mula dari 9 Mac hingga 22 Mac 2017 ini. Jadi masih ada masa korang untuk pergi sana memang tak rugi. Banyak produk makanan Thai yang selama ni hanya boleh dapat kat sana sahaja tapi kini dah dibawa ke KL. Jangan risau sebab makanan ni kebanyakannya ada status Halal daripada CICOT iaitu antara badan Halal luar negara yang diiktiraf JAKIM korang boleh semak kat post Maha sebelum ni.


First sebab Maha datang ker sana adalah nak cari buah-buahan Thai yang memang cukup sedap. Kalau korang gila makan buah-buahan sini ada jual dengan harga yang sangat berpatutan.
Maha sempat beli buah Longan Siam memang manis dan saiz yang besar. Buah lain yang ada seperti Mangga, Kundang, Jambu Air dan banyak lagi. Korang mesti kena beli sebab harga sangat berbaloi macam Longan RM10 sekilo jer.




Kemudian yang Maha sempat tengok kat pesta ni adalah minuman teh. Thailand cukup popular dengan pelbagai minuman teh. Kali ni mereka bawakan kepada kita produk serbuk minuman teh yang popular kat Thailand. Thai Tea Suwirun ini iaitu minuman tea yang sihat kerana ada anti oksida yang tinggi dan juga dapat mengurangkan sakit sendi yang ada dikalangan rakyat Malaysia.




Juga korang boleh cuba pelbagai tea lain yang unik dan memberi aroma menenangkan bila dihirup diwaktu pagi. Ada Lemongrass Tea, Pandanus Tea, Peppermint Green Tea, Ginger Tea dan Moringa Tea. Pada yang suka teh 100% organik meraka juga ada jual kat pesta ni seperti Lemongrass Butterfly Pea, Lemongrass Pandan dan Lemongrass Tea. Memang Thai ni popular dengan teh yang pelbagai rasa dan bauan yang menarikkan.



Lagi apa yang ada kat sini sebagai seorang ibu kalau datang sini memang rasa seronok kerana ada pelbagai bahan masakan untuk menyedapkan makanan dan memudahkan kerja di dapur. Macam yang ada kat pesta tu seperti serbuk Cili dan juga serbuk daun Limau Purut memudahkan kerja memasak. Juga lagi senang kat sini ada stock masakan yang popular kat Thailand hanya panaskan dan masuk bahan-bahan untuk menyedapkan lagi.





Macam kat pesta tu ada Green Curry Soup, Massaman Curry Soup, Tom Yum Soup with Coconut Milk dan Red Curry Soup. Semua ni memang korang dapat rasa 95% original seperti makan di restoran-restoran di Thailand sendiri. Apa nak cakap memang Maha suka sekali Green Curry mereka memang layan.

 



Selain dari produk yang utama mereka juga ada menjual beberapa produk ringan lain yang popular dan menjadi pilihan no 1 rakyat Thailand. Contoh macam mee segera kat sana cukup popular jenama MAMA. Datang dengan dua perasa iaitu Green Curry Flavour dan juga Shrimp Tom Yam Flavour. Tapi hari tu Maha beli yang satu ni iaitu jenama Serda kerana kata orang rasa Tom Yam dalam mee ini memang pure dan menyengat. Maha terus beli dan makan kat rumah rasa tak puas nak beli lagi.



Kalau korang suka teh susu ada juga jual Thai Tea yang dalam botol special produk ni mereka bawakan untuk rakyat Malaysia. Juga ada Coconut Chips iaitu kudapan untuk korang makan sambil tonton tv atau buat kerja memang layan best. Juga paling popular bila orang pergi Thailand mesti beli bawa balik Malaysia iaitu Squid Seafood Snack atau Bento




Jadi semua ni korang boleh dapat kat Authentic Thai Food Fair yang terletak di hadapan pasaraya AEON dalam pusat beli-belah 1Utama. Hari-hari mereka buka dan juga sediakan beberapa makanan untuk tasted sebelum beli. Meraka akan masakan dan beri penerangan tentang semua produk yang ada jadi jangan malu nak cuba dan bertanya. Maha dah beli dan akan datang lagi korang pun kena datang memang menarik datang sebelum 22 Mac 2017 ini tau.






4 ulasan:

  1. Sedapnyer....meriah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah ngan makanan harga pun boleh tahan murah..

      Padam
  2. ada masa lagi ni... boleh pergi ni...

    BalasPadam
  3. Mama tu halal ke ? setau sy tak halal

    BalasPadam