Deodorant,

Cabaran Jejaka ROMANO Dengan Gaya Hidup Urban Dan Bersosial

Rabu, Mac 01, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Walaupun dalam sibuk bekerja dan juga menulis blog penampilan pun Maha jada agar lebih yakin dan konfident bila berhadapan dengan pelanggan. Maklumlah lelaki sekarang lebih sibuk dalam mengejar kerja lebih dari segalanya sebelum berumah tangga.


Susah nak cari keperluan kelengkapan diri yang kena dengan tubuh kita. Ye la kadang-kadang salah pilih akan beri kesan kepada bau atau juga kulit kita. Lelaki kena jaga juga semua ini ok walaupun nampak simple dan straight. Namun kadang-kadang bila keluar date nak juga bergaya dan wangi hehehe.



Cabaran jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mahu menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka Romano adalah lambang sebenar kejayaan.


Jadi dengan cabaran ini Maha rasa perlu untuk tampil hebat dengan Romano. Sebab tu sekarang ni Maha menggunakan produk Romano untuk mengharumkan diri. Romano Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan iaitu FORCE dan UNIQUE.



Bagi Maha untuk dua perfume ini boleh dibezakan dengan watak seorang lelaki itu seperti perfume Force dimana ia adalah untuk lelaki yang bekerjaya dan juga seorang pemimpin yang berpengaruh. Ia menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody.



Manakala perfume Unique pula untuk lelaki yang berkeyakinan tinggi juga suka tampil dihadapan walaupun hakikat dia tidak tahu apa yang nak ditonjolkan. Haruman ini menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta  kombinasi Sandalwood dan Patchouli.


Jadi korang rasa korang yang mana satu antara dua wangian ini. Maha dan tahu pilihan Maha adalah Romano Force. Jadi sapa yang dekat ngan Maha akan dapat aura itu juga hehehe. Tapi selain daripada perfume lelaki juga perlu kepada deodorant untuk kelengkapan diri. Kalau tidak seharian dengan aktiviti akan buat bau ketiak yang ketara sangat orang pun takut wakakaka.


Romano juga menyediakan deodorant kepada jejaka yang berbeza dan mahu mengikut suasana anda berada. Produk deodorant Romano ini mampu bertahan selama 24 jam dan cepat kering kepada kulit. Juga meningkatkan tahap keharuman sehingga 20% dalam suasana luar yang lasak. Didatangkan dengan 4 jenis wangian mengikut keperluan korang lah. 


Romano Metro Pulse dimulakan dengan adunan Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Segar dan provokatif, haruman ini sempuran untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi. Romano Prestige menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody. Menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki sofistikated dan berpengaruh. 


Romano Classic berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegrana dengan sedikit adunan Citrus serta Spices. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman. Romano Urbane Attitude difokuskan terhadap kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kasturi dan Woody menyepurnakan haruman dinamik ini.


Semua produk Romano ini boleh didapati di semua farmasi utama dan pasaraya di seluruh Malaysia. Jadilah jejaka Romano untuk lebih yakin dan lebih diminati ramai. Jangan jadi lelaki yang dijauhi kerana takut untuk berwangi-wangi.

Harga
ROMANO Eau De Toilette 100ml = RM40.60
ROMANO Deodorant Spray 150ml = RM14.90





0 Pandangan: