Food Testing,

5 Sebab Kenapa Nurul Izzah Catering Menjadi Pilihan Orang Ramai Untuk Majlis Perkahwinan

Jumaat, Mac 24, 2017 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kenapa satu majlis penting tu sangat memerlukan mereka yang perngelaman untuk menguruskannya. Ia untuk mengurangkan kegagalan dalam perancangan satu-satu majlis. Betul kita hanya mampu merancang Tuhan menentukan, tapi kalau kita gagal merancang maknanya kita merancang untuk gagal mesti korang pernah dengar pepatah ni kan. 


Sebab tu penting sangat untuk memastikan majlis penting seperti perkahwinan dirancang oleh mereka yang pakar dalam bidangnya. Itulah yang Maha maksudkan Nurul Izzah Catering ini telah berpengalaman lebih dari 14 tahun dalam dunia catering. Jadi memang mereka cukup mahir untuk mengendalikan acara penting dalam hidup seseorang yang begelar raja sehari.




Nurul Izzah Catering ini bertapak di Kampung Tengah A, Puchong mempunyai pusat operasi mereka sendiri. Kalau sebelum ni Maha ada cite pasal ASAP Steamboat and Grill kan itu adalah salah satu restoran dibawah kelolaan mereka. Catering ini ada lokasi sendiri yang luas di kawasan kampung yang tenang.



Pada mereka luar sana yang nak buat majlis perkahwinan, pertunangan, majlis koporat, majlis makan malam syarikat, majlis cukur jambul, majlis berkhatan anak, majlis harijadi dan macam-macam lagi mereka boleh sediakan hidangan makanan yang enak-enak. Pelbagai makanan tradisional yang memang memenuhi kehendak citarasa Melayu amat sesuai bagi majlis-majlis seperti ini.



Maha hari tu dijemput untuk Food Testing merasai sendiri makanan yang mereka selalu hidangakan kepada tetamu yang ambil pakej mereka. Memang banyak sangat korang boleh tengok yang Maha ambil gambar ni ada Sambal Udang Petai, Rendang Ayam, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Ikan Goreng, Kari Terung dan macam-macam lagi.








Mereka ni suka buat Food Testing tak silap maha 2 bulan sekali bagi memberi peluang kepada pelanggan merek untuk mencuba hidangan yang mereka selalu sediakan. Mereka juga ada pencuci mulut yang banyak seperti Kuih Bakar, Bingka Ubi, Popiah Goreng, Bubur Kacang Hijau, Bubur Kacang Merah dan juga Cendol. Semua ini korang boleh pilih mengikut pakej-pakej yang di tawarkan.







Selain daripada makanan utama macma yang Maha cite kat atas tadi ada juga makanan sampingan lain seperti Mee Sup, Soto dan Laksa Utara. Semua ini memang menarik untuk korang buat hidangan dalam majlis-majlis pasti tetamu korang akan puas hati betul tak. 




Selain daripada hidangan makanan yang sedap-sedap ini sebenarnya ada 5 perkara yang membuatkan Nurul Izzah Catering ini terus bertahan di hati pelanggan-pelanggannya.

  1. Keselesaan pelanggan kepada hanya satu pihak yang boleh memenuhi kesemua keperluan untuk majlis perkahwinan dari awal hingga akhir majlis.
  2. Menyediakan pramusaji-pramusaji terlatih yang profesional sepanjang majlis berlangsung yang memberikan gambaran imej positif terhadap tuan rumah.
  3. Kepuasan pelanggan dengan kualiti dan rasa makanan terbaik yang disediakan dengan resepi-resipi tradisional.
  4. Tawaran harga pakej-pakej perkahwinan amat berpatutan sesuai dengan perkhidmatan yang disediakan.
  5. Keyakinan pelanggan  dengan caterer yang berpengalaman 14 tahun dalam menguruskan majlis perkahwinan.

Kerana kekuatan dan keteguhan pendirian mereka dalam memberikan service terbaik pasti korang tidak akan rasa kecewa dan menyesal buat pilihan ini. Kalau korang nak cuba Food Testing mereka boleh follow Facebook dan juga Instagram mereka kerana selalu update kat situ. Maha cuma bagi pilihan dan cadangan tapi keputusan ditangan korang nak pilih yang mana rasa terbaik untuk majlis korang sendiri. Selamat mencuba semua.

Sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut layari :
Tel : 603 - 8068 5410
Email : enquiry@nurulizzahcatering.com.my









6 ulasan:

  1. Wah, menarik.. Boleh la rekomen pada saudara mara ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena rekmen sebab mereka sangat berpengalaman dalam katering ni.. Terima kasih.

      Padam
  2. Kambing oh kambing .. menggamit betullah kambing tu ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kambing bergolek hehehehe terbaik bro..

      Padam