Bangi,

32 Tahun Pengalaman Sebagai Chef Masakan Jepun Konichiwa Cafe @ Bandar Baru Bangi

Isnin, Mac 06, 2017 Mahamahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mencari restoran makanan Jepun yang 100% menyediakan rasa original dan halal adalah satu yang mustahil. Tapi di Konichiwa Cafe kita boleh dapat makanan Jepun yang halal dan memberi rasa yang terbaik. Macam mana mereka buat dengan pengalaman selamat 32 tahun dalam dapur masakan Jepun memang memberi banyak pengalaman kepada chef di cafe ini.


Menurut kata pemilik cafe ini mereka menggantikan rasa yang tidak halal itu dengan bahan yang lebih bersih dan halal.
Contoh macam Sos Shoyu mereka dapatkan bekalan yang halal dari negara yang mengeluarkan produk halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Jadi bagi Maha yakin akan cafe ini sebab tu Maha pergi makan kat sini.


Hari tu memang teruja sangat sebab Maha ni bukan pecinta makanan Jepun tapi bila dapat peluang nak makan tu memang tak sabar. Yang Maha paling suka mesti lah Sushi sebab ada pelbagai rasa. Kat sini ada set Assorted Sushi yang memang banyak macam dalam gambar kat bawah ni. Korang rasa boleh habiskan ker semua Sushi ini sorang-sorang hehehe. 

Assorted Sushi

Selain daripada Sushi mereka ada juga beberapa hidangan yang menarik lain melambangkan negara matahari terbit tersebut. Seperti macam Bento kalau makanan Jepun mesti ada hidangan macam ni. Kat sini paling popular adalah Tokyo Drift Bento dan Chicken Teriyaki Bento nama pun dah menarik. Yang drift tu idea daripada chef cafe ini sendiri dengan ada udang tempura dalam set tu.

Tokyo Drift Bento

Chicken Teriyaki Bento

Kemudian Maha sempat cuba kat cafe ini iaitu Cheese Tori Karaage dan Okonomiyaki. Yang tori tu adalah ayam goreng bersama dengan cheese atasnya manakala Okonomiyaki ni adalah dari Takoyai tapi yang ni dibuat bentuk seperti pizza rasa tetap sama sangat sedap. 

Cheese Tori Karaage

Okonomiyaki

Specialnya kat cafe ini mereka bukan sahaja ada menyediakan hidangan Jepun tapi kerana kepelbagaiaan budaya dan bangsa kat Malaysia ni mereka juga menyediakan hidangan western dan juga tempatan. Jadi kalau datang dengan kawan-kawan yang nak makan western dan local boleh order. Kat sini makanan tempat yang special adalah Konichiwa Fried Rice dan Mee Udang Serai.

Konichiwa Fried Rice

Mee Udang Serai

Dua-dua hidangan ini sangat unik kerana nasi goreng tu penuh satu pinggan ada satay, ada telur goreng, ada Kakiage yang macam cucur tapi menggunakan sayur. Mee tu pula memang best ada udang besar dalamnya dan juga ada sekali Kakiage bersama hidangan ni.

Grilled Chicken Chop

Double Bed Cheese Loved

Cucumber Boi, Konichiwa Coffee O Floats dan Strawberry Milkshake

Tu untuk makanan tempatan kalau yang nak hidangan western Maha cadangkan korang boleh pilih Grilled Chicken Chop dan Double Bed Cheese Loved. Ni macam biasalah rasa makanan barat mewah dengan cheese tu boleh tengok penuh satu pinggan. Bagi membasahkan tekak dengan rasa yang segar 3 minuman ini korang boleh order Strawberry Milkshake, Cucumber Boi dan Konichiwa Coffee O Floats.



Masuk cafe ini korang akan rasa lain daripada restoran Jepun yang ada kerana ia berkonsepkan Japan modern. Sebab tu tak ada pokok-pokok buluh lebih kepada perabut yang modern. Yang penting ia selesa, bersih dan memberi ketenangan ketika nak makan betul tak. Konichiwa Cafe ini buka setiap hari kecuali hari Isnin jer yang tutup. Kalau rasa nak datang boleh ker Bandar Baru Bangi ok. Selamat mencuba semua.

Waktu Operasi
Selasa-Khamis (12.00 tengahari - 10.00 malam)
Jumaat (2.00 petang - 11.00 malam)
Sabtu dan Ahad (12.00 tengahari - 11.00 malam)

Pertanyaan dan promosi layari :
Alamat : Konichiwa Cafe
               Jalan 6/7b, Seksyen 1,
               43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 012-200 2090 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5






5 ulasan:

  1. fuhhh.. layan... diriku ini adalah peminat sushi. arghhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yerrr Zul nak belanja kita hehehehe saya pun minat gak wakakaka..

      Padam
  2. Sedapnya dapat makanan jepun.. kena pergi ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap yang penting halal ni...

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam