ASONOR,

Sayang Maafkan Abang Kalau Tidur Malam Terganggu - Rintihan Suami Bermasalah Dengkur

Selasa, Februari 07, 2017 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha bukan sekadar nak kongsi tentang makan sahaja tapi kadang-kadang juga tentang masalah kesihatan dan juga penyelesaiannya. Ini sekadar rintihan dan juga luahan seorang lelaki begelar suami yang ada masalah dengkur.


Maha sendiri pun nak minta maaf awal-awal kepada bakal isteri nanti sebab memang Maha akui ada masalah dengkur juga. Jadi harap dapat terima diri ini seadanya dan dalam proses nak mencari penyelesaiannya. Banyak yang Maha baca antara tips untuk masalah dengkur adalah kurangkan berat badan.

Bukan tak nak kurang tapi faham-fahamlah sebagai seorang yang menjadi food blogger makan tu mesti. Kalau makan sikit nanti orang marah tak percaya pulak, jadi kenalah makan banyak wakakaka alasan sangatkan. Maha tak putus asa untuk mengatasi masalah dengkur ini sehinggalah Maha dikenalkan oleh kawan blogger satu produk untuk mengatasi masalah dengkur ni.


Citrex ASONOR mesti korang pun terkejut juga dengar nama produk tu tapi itu lah yang telah direkmenkan oleh beliau kepada Maha. Mula-mula susah nak percaya tapi kerana nak mencuba dan betul-betul nak mengurangkan masalah berdengkur ni jadi Maha terima juga produk kesihatan ini.

Sedikit pasal produk Citrex ASONOR ni ia adalah produk kesihatan daripada Denmark. Bahan-bahan utama dalam produk ni adalah Polysorbate 80, Glycerol 85%, Sodium Chloride, Edetatesodium, PW dan Potassium Sorbate 0.15%. Produk ini dibawa masuk oleh Pharmaniaga untuk penggunaan di Malaysia.


Penggunaan produk ni pun tak susah kerana ia cecair Maha selalu gunakan sebelum tidur. Caranya korang hanya pam 4-6 kali kedalam 2 belah lubang hidung dalam keadaan kepala bengkok ke belakang sedikit. Pam sehingga air tu terasa ke bahagian tekak dan disarankan tidak minum atau makan selepas pam. Jadi sebab tu Maha amalkan sebelum tidur. Korang leh tengok gambar Maha kat bawah ni kedudukan kepala bagaimana nak pam.


Selepas lebih kurang seminggu Maha menggunakan produk ini Alhamdulillah ada rasa perubahan setiap kali bangun pagi. Maha rasa lebih segar dan juga mulut dan tekak tidak rasa pedih. Menurut arahan pada kotak tu kena gunakan secara kerap. Tak jamin akan baik sepenuhnya tapi ia mampu untuk mengurangkan dengkur sehingga 76% hasil daripada ujian klinikal yang mereka jalankan.

Apa pun kena ada usaha iaitu dengan guna produk ini dan juga kena ada tawakal dan berdoa In Sha Allah dengan ketentuan-Nya mana tahu boleh sembuh. Maha ada baca kerana penyakit dengkur ini kalau dibiarkan akan boleh bawa maut. Semoga sedikit perkongsian ini akan dapat pengetahuan korang tentang usaha-usaha untuk mengurangkan penyakit dengkur.


Jadi lepas ini isteri dan suami boleh tidur dengan tenanglah cuma kalau nanti dah beranak tak boleh juga tidur lena jugakan hehehe. Kalau korang nak dapatkan produk ni boleh pergi ke laman www.denaisell.com dan boleh dapat dengan harga RM70 sahaja. Demi kesihatan tak kisah kalau kita berbelanja sikit baiknya selamanyakan betul tak. Selamat mencuba semua.







6 ulasan:

  1. waaaaa bagus ni. sesuai beli mana tahu pasni blh tido dengan aman. hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu akak hehehehe isteri prihatin bagus ni suami syg....

      Padam
  2. Dulu saya jugak ada masalah dengkur...laki bini...kami dengkur sebab masalah tonsilitist...tp alhamdulillah...skrg x de dah...nice sharing mahamahu... Saya dari story2u4health.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh tu komplek sikit kena rawatan hospital tapi ni utk dengkur biasa jer. Tq share.

      Padam
  3. boleh try dekat laki kita ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rugi kita mencuba tak cuba tak tahu kesannya.

      Padam