Bandar Sri Damansara,

Rondaevoo Coffee Dinning @ Bandar Sri Damansara Yang Tenang Dan Menarik

Isnin, Februari 27, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Rondaevoo Coffee Dinning satu lagi cafe yang menarik untuk korang kunjungi yang terletak di Bandar Sri Damansara kawasan yang strategik untuk lokasi tempat makan. Berkedudukan di dalam Ativo Plaza agak sukar untuk parking pada sesetengah masa kalau bertuah korang dapatlah parking tepi jalan tu.


Masuk cafe ini memang agak exclusive ada concept fine dinning dan juga bar jadi ia agak tenang. Ada satu sudut yang dijadikan display part dimana mereka akan menjual roti-roti yang dihasilkan sendiri kepada pelanggan yang ingin grab & go cara cepat. Tapi hari tu Maha datang makan ala fine dinning bersama beberapa rakan blogger lain.


Makanan di sini adalah gabungan timur dan barat dimana masih ada hidangan tempatan juga hidangan barat. Ada pelbagai citarasa mengikut nafsu orang Malaysia yang kadang-kadang berubah angin betul tak. Maha kenalkan korang kepada beberapa makanan tempatan dulu yang menarik menjadi pilihan utama ramai pelanggan mereka.


Paling menarik korang kena cuba adalah masakan Penang yang memang cukup popular iaitu Penang Fried Koay Teow. Yang ni korang puas makan udang yang ada banyak dan besar juga rasa sos goreng yang sedap dan sempurna. Kemudian satu lagi makanan Penang iaitu Penang Asam Laksa. Kalau sebut Asam Laksa ni memang wajib kena ada ikan sardin seketul dalamnya kat sini macam tu lah. Puas kot makan banyak rasa tapi bagi Maha ia agak pedas sedikit mungkin sesetengah orang suka kot.

Penang Fried Koay Teow

Penang Asam Laksa

Satu lagi hidangan asal dari Penang juga adalah Penang Mee Jawa, kalau sekali tengok macam Pasembok tapi ada mee dalamnya dan banyak bahan-bahan lain seperti tauhu goreng, telur rebus dan macam-macam lagi lah. Kat sini juga ada Fish Noodle makanan sihat kerana dapat rasa sup ikan bersama dengan sayur-sayur jadi sesuai untuk yang diet lah.

Penang Mee Jawa

Fish Noodle

Satu hidangan ni Maha agak confuse antara rasa tempatan dan juga barat iaitu Rondaevoo Fried Brown Rice. Masak nasi goreng beras perang yang sihat tapi masih ada ayam goreng, telur goreng, kerabu mangga sikit lengkap untuk satu hidangan ini. Satu lagi ni pun agak confuse tapi masih sedap iaitu Fried Vermiceli Siam Style. Sini dalam behun goreng tu ada 2 cucuk satay ayam dan udang dalamnya.

Rondaevoo Fried Brown Rice

Fried Vermiceli Siam Style

Bagi makanan barat pula kat sini banyak tapi ni yang menarik sempat Maha cuba iaitu Hawaiian Pizza. Crust pizza yang nipis dan juga topping yang meriah kat atas tu puas hati makan. Satu keping pizza tu kenyang kalau makan seorang. Kemudian kalau nak cuba spaghetti korang boleh ambil Prawn Aglio Olio yang ni nampak ada cili besar tu tapi tak pedas pun cuma hiasan jer nak makan pun boleh hehehe.

Hawaiian Pizza

Prawn Aglio Olio

Kalau nak makan chicken chop pun ada kat sini korang boleh order Hainanese Chicken Chop yang ada rasa manis-manis dan juga masam-masam dalam sosnya. Tadi lupa nak perkenalkan makanan starter yang Maha order korang boleh ambil Baked Nachos yang ringan tapi membuka nafsu nak makan lagi dan lagi hehehe.

Hainanese Chicken Chop

Baked Nachos

Last tapi tetap penting dalam hidangan kat sini mestilah pencuci mulut. Hari tu ada dua pencuci mulut yang hampir sama tapi berbeza dari segi rotinya. Yang pertama iaitu Croissant French Toast dan yang kedua pula adalah Rondeavoo French Toast. Bagi Maha dua-dua sedap ada keistimewaan sendiri sauce kat atas tu pula adalah maple syrup w/butter.

Croissant French Toast

Rondeavoo French Toast

So sapa-sapa yang ada area Damansara, Bandar Utama, Sungai Buloh atau yang sewaktu dengannya boleh lah datang ker Rondaevoo Coffee Dinning untuk chill-chill ngan kawan-kawan sambil makan dan minum. Tak kisah lah nak datang sarapan ker, makan tengahari, petang atau malam sebab kedai ni operasi setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 10.30 malam. Nak maklumat lanjut boleh gunakan applikasi Zomato Malaysia untuk cari lokasi dan menu menarik di cafe ini. Selamat mencuba semua.

Rondaevoo Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Maklumat lanjut :-
Facebook : www.facebook.com/rondaevooMY

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5





0 Pandangan: