Dapur,

Resipi Special Tahun Baharu Cina Kuih Bakul Tradisional Dari Dapur Mahamahu

Rabu, Februari 01, 2017 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Belum lambat lagi Maha nak ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakan-rakan blogger, juga kepada pelanggan-pelanggan Maha yang telah menggunakan khidmat Maha di blog. Ramai yang berbangsa Cina moga tahun ayam ni lebih membawa keuntungan dan kebahagiaan dalam hidup dan business.


Maha pun harap tahun ni akan lebih dimurahkan rezeki dan boleh berkongsi dengan kawan-kawan dan juga pembaca kat luar sana. Tapi sebelum ni Maha nak belajar satu resipi istimewa dalam perayaan tahun baru ni. Resipi ni sebenarnya Maha belajar daripada jiran rumah yang berbangsa cina. Maha sempat pergi beraya rumah dia dan juga dia bagi resepi nak buat Kuih Bakul ni.


Rupanya tak susah pun bahan-bahan nak baut Kuih Bakul ni. Cuma menurut cerita jiran Maha tu orang dulu-dulu buat kuih bakul tu daripada proses mengisar beras pulut menjadi tepung sehingga memasak dalam bekas kukus yang lama dulu. Sebab tu masa yang diambil untuk mengukuk kuih ini sangat lama yer iaitu lebih 10 jam.

Tak apa kita tengok dulu bahan-bahan membuat Kuih Bakul.

100gram Tepung Pulut
150gram Gula Putih
100ml Air
Daun Pisang

Tengok sendiri berapa sikitnya bahan-bahan nak baut kuih ni tapi rasanya sangat unik kalau kita orang Melayu ni lebih kurang macam rasa dodol lah liat-liat dan manis. Korang tonton lak cara yang Maha sediakan dalam video di bawah bagaimana nak buat kuih ni sampai habis ok.


Mudah bukan nak buat sebenarnya, nak lipat daun pisang tu pun jiran Maha yang ajar cara lebih senang. Mungkin kerana tempoh nak masak yang lama tu buatkan orang sekarang kurang masak sendiri dan ramai beli yang dah siap. Macam kita Melayu juga kuih raya dan banyak kat luar dan ketupat pun dah ada yang segera jadi kenapa nak susah-susah nak buat rasa pun sama jer hehehe.


Tapi sebenarnya bukan rasa atau rupa yang jadi ukuran ia adalah seni dan kebudayaan yang kita warisi daripada nenek moyang yang harus dikekalkan. Selain itu ia sebenarnya mengeratkan hubungan keluarga kalau kita buat kuih perayaan ni beramai-ramai berkumpul betul tak. Jadi kita generasi yang muda ni kena kekalkan semua ini. Terima kasih kepada Untie Min kerana sudi mengajar Maha buat Kuih bakul ni korang leh cuba kat rumah ok. Selamat mencuba semu.






2 ulasan: