Apple Pie,

Resipi Istimewa Bulan Februari Apple Pie Goreng Lagi Sedap Dari Fast Food

Rabu, Februari 08, 2017 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bulan Februari dah kita tahun 2017 ni cepat jer masa berlalu dan bulan ni penuh makna untuk meraikan hari kasih sayang. Sempena dengan hari kasih sayang bulan ini Maha nak buat satu resepi special dari western.


Boleh hidang untuk yang tersayang ni lah resipi Apple Pie Goreng ala-ala fast food. Lagi sedap kota dari fast food walaupun rupa tak semenggah mana wakakaka jangan gelak ok. Cuma kali ni Maha menggunakan crust yang lebih mudah dan tak perlu kita hasilkan. Ambil bahan penting iaitu roti dan kita improvise menjadi sesuatu yang lebih menarik.

Sedikit info tentang Apple Hijau dan juga Kulit Kayu manis


Detox yang selalu digunakan orang untuk menurunkan berat badan yang lebih natural adalah dengan minum air apple hijau bersama kulit kayu manis. Caranya dengan potong nipis buah apple hijau dan masukkan dalam bekas kaca kemudian masukan juga kulit kayu manis bersama air kosong. Perap selama satu hari dalam peti sejuk dan minum air perapan itu setiap pagi In Sha Allah boleh kurang berat badan.  


Jom tengok bahan-bahan untuk membuat resipi Apple Pie Goreng.


3 biji Apple Hijau
1/2 biji perahan Jus Lemon
100 gram Gula
1 sudu besar serbuk Kulit Kayu Manis
2 sudu besar Tepung Jagung
Garam secukup rasa
4 keping Roti Putih
1 biji  Telur Ayam
Minyak masak

Tu bahan sekarang kita tonton lak video yang Maha sediakan cara nak buat resipi ini dengan mudah dan cepat.


Korang rasa lepas tengok video yang Maha sediakan ni rasa boleh buat tak kat rumah nanti. Mudah kan senang gila buat kejap pulak tu boleh hidangan banyak-banyak untuk makan anak-anak. Kalau nak romantik hidanglah berdua bawah candle light dinner sekali sekala makanan barat tapi untuk pencuci mulut jer lah ni yer.


Untuk resepi yang lebih banyak korang boleh terjah kat blog Maha ni atau juga pergi ker Channel Youtube Mahamahu sana ada banyak video. Selamat mencuba semua. 






6 ulasan:

  1. laaa... mudah jer buat benda ni....

    wanfaizumi.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah jer org bujang leh buat sendiri...

      Padam
  2. Senangnya nak buat...nampak sedap plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang kak dan sedap boleh cuba nanti tq..

      Padam
  3. menariknya menu ni, boleh follow lah....peberet suami ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah boleh nanti akak share kalau dah cuba ok tq

      Padam