Resipi Istimewa Bulan Februari Apple Pie Goreng Lagi Sedap Dari Fast Food

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bulan Februari dah kita tahun 2017 ni cepat jer masa berlalu dan bulan ni penuh makna untuk meraikan hari kasih sayang. Sempena dengan hari kasih sayang bulan ini Maha nak buat satu resepi special dari western.


Boleh hidang untuk yang tersayang ni lah resipi Apple Pie Goreng ala-ala fast food. Lagi sedap kota dari fast food walaupun rupa tak semenggah mana wakakaka jangan gelak ok. Cuma kali ni Maha menggunakan crust yang lebih mudah dan tak perlu kita hasilkan. Ambil bahan penting iaitu roti dan kita improvise menjadi sesuatu yang lebih menarik.

Sedikit info tentang Apple Hijau dan juga Kulit Kayu manis


Detox yang selalu digunakan orang untuk menurunkan berat badan yang lebih natural adalah dengan minum air apple hijau bersama kulit kayu manis. Caranya dengan potong nipis buah apple hijau dan masukkan dalam bekas kaca kemudian masukan juga kulit kayu manis bersama air kosong. Perap selama satu hari dalam peti sejuk dan minum air perapan itu setiap pagi In Sha Allah boleh kurang berat badan.  


Jom tengok bahan-bahan untuk membuat resipi Apple Pie Goreng.


3 biji Apple Hijau
1/2 biji perahan Jus Lemon
100 gram Gula
1 sudu besar serbuk Kulit Kayu Manis
2 sudu besar Tepung Jagung
Garam secukup rasa
4 keping Roti Putih
1 biji  Telur Ayam
Minyak masak

Tu bahan sekarang kita tonton lak video yang Maha sediakan cara nak buat resipi ini dengan mudah dan cepat.


Korang rasa lepas tengok video yang Maha sediakan ni rasa boleh buat tak kat rumah nanti. Mudah kan senang gila buat kejap pulak tu boleh hidangan banyak-banyak untuk makan anak-anak. Kalau nak romantik hidanglah berdua bawah candle light dinner sekali sekala makanan barat tapi untuk pencuci mulut jer lah ni yer.


Untuk resepi yang lebih banyak korang boleh terjah kat blog Maha ni atau juga pergi ker Channel Youtube Mahamahu sana ada banyak video. Selamat mencuba semua. 






{ 12 comments.. read them below or add one }

Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar 08 February, 2017
aduh..sedapnya..kecut perut tengok..aduh..laparnya...
Maha Mahu Maha Mahu 08 February, 2017
Pagi2 dah kecut perut bro hehehehe tak apa boleh cuba petang karang baru sedap hehehe...
Sir Ichimoku Sir Ichimoku 08 February, 2017
laaa... mudah jer buat benda ni....

wanfaizumi.blogspot.com
Amanda Suria Amanda Suria 08 February, 2017
Senangnya nak buat...nampak sedap plak
Maha Mahu Maha Mahu 08 February, 2017
Mudah jer org bujang leh buat sendiri...
Siti Aminah Abd Halim Siti Aminah Abd Halim 08 February, 2017
menariknya menu ni, boleh follow lah....peberet suami ni
Ejam Othman Ejam Othman 08 February, 2017
Tengok macam mudah dan tak makan masa yang lama dalam penyediaan.
Boleh cuba ni nanti.
Maha Mahu Maha Mahu 08 February, 2017
Memang senang kak dan sedap boleh cuba nanti tq..
Maha Mahu Maha Mahu 08 February, 2017
Alhamdulillah boleh nanti akak share kalau dah cuba ok tq
Maha Mahu Maha Mahu 08 February, 2017
Memang mudah jer orang bukan boleh buat tak susah pun...
Suhaida Suaid Suhaida Suaid 11 February, 2017
ooo.. guna roti putih kulit luar tu.
Selalu guna roti putih tu gulung dengan sosej. Yummehh..
Maha Mahu Maha Mahu 12 February, 2017
Heheheh sebenarnya guna tepung uli tapi sebab hari tu malas guna roti pun sodap wakakaka...