Applikasi Telephone,

Peluang Menjadi Ambassador Melalui Aplikasi Mobile STUFFIEE

Ahad, Februari 26, 2017 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kita ni selalu jadikan sosial media sebagai alat untuk kita abadikan semua kenangan terindah terutama gambar yang paling bermakna dalam hidup. Contoh gambar pertama hari pengenalan dengan suami atau isteri mesti kita masuk dalam sosial media. Tapi bila dah 5 atau 6 tahun berkahwin mana kita nak cari balik gambar tu. Tak akan kita nak scroll satu-satu gambar sampai ke bawah betul tak.


Pastu pulak dalam satu sitausi seorang teman lelaki nak bagi hadiah kat girlfriend dia tapi tak tahu apa hadiah yang paling dia nak pada tahun tu. Tak kan boyfriend tu nak tanya pada girlfriend dia tak supprise lah kan. Habis apa yang korang buat? Nak korek sosial media dia sebab kat dalam tu ada beribu-ribu perkara yang dia nak pening juga bukan.


Korang rasa pernah alami situasi seperti ini mesti pernah kan. Maha sendiri pun kadang-kadang nak tengok gambar lama yang pernah post susah juga sebab kena cari satu-satu. Tapi kini tak lagi sebab ada satu apps yang terbaru dicipta untuk semua persoalan tadi. Apps ni konsepnya macam sosial media juga kerana kita dapat buat network dan juga menyimpan segala kenangan indah.

Menarik Tentang Stuffiee 



Korang pernah dengar nama aplikasi STUFFIEE. Ni adalah satu penyelesaian kepada perkara-perkara remeh tapi penting dalam kehidupan korang sebagai seorang kaki sosial media. Apps ni Maha baru cuba sebab terbaca dalam satu artikel tentang kelebihan apps ni.


Yang unik pasal apps ni setiap gambar atau video yang korang upload dalamnya boleh dikategorikan. Di antara kategori yang Maha tengok ada dalam apps ni iaitu Fashion, Food, Gadget, Hobbies, Whislist, Travel, Sport, Ride and others. Ni akan memudahkan korang untuk menyusun segala apa yang korang masuk dalam apps ni dan memudahkan untuk mencari mengikut kategori.


Lepas tu pulak ketegori ni ada lagi Sub Categories dalamnya untuk menyenyangkan lagi korang nak simpan. Contoh macam Maha selalu upload kategori Food nanti kat bawah tu pula ada sub kategori seperti Food, Drink, Tea, Coffee, Dessert and others. So nanti kawan-kawan yang tengok profile korang boleh search semua ni via kategori dan sub kategori sahaja tak perlu nak scroll semua gambar betul tak.


Lepas tu pulak apps ni macam Maha cakp tadi korang nak tahu apa list kegemaran kawan korang dia ada kategori Whislist. Kalau korang perasan tadi whislist gunanya untuk sebarang gambar atau video yang menjadi kegemaran korang atau barang kesukaan korang. So nanti kawan-kawan yang ada dalam list korang boleh tengok whislist ni untuk senang nak bagi hadiah masa harijadi atau masa majlis perkahwinan korang. Tapi jangan lah letak yang tak logik diakal hehehe.

Jadilah Yang Pakar


Dalam aplikasi STUFFIEE ni ada fungsi yang dipanggil AMBASSADOR WALL. Ambassador wall ini menjadikan anda seorang yang expert dalam kategori tertentu dan ianya berdasarkan likes, dislikes daripada kawan-kawan yang anda ada. Siapa taknak jadi expert dalam sesuatu kategori kan?

Contohlah macam Maha kalau selalu update pasal makan nanti orang lain nak cari tempat makan pasti akan rujuk profile Maha sebab tahu semua tempat makan yang Maha update dalam Stuffiee ini semua best-best dan sedap. So bila orang rujuk Maha mereka pasti akan like sebab suka gambar makanan yang Maha update betulkan. Dari situlah kita akan jadi mula mendapat perhatian dan seorang expertise untuk satu-satu kategori.

Cara nak menjadi Ambassador wall ni mudah sahaja korang perlu follow step yang Maha sediakan ini ok.

Langkah 1: Buka dinding Ambassador dengan add 200 rakan baru.
Langkah 2: "Stuffiee Ranking System" di aktifkan. Dimana sistem ini beroperasi berdasarkan penglibatan daripada rakan-rakan yang korang add tadi! Contoh sekiranya mereka rajin Share, Like atau Komen 
Langkah 3: Sentiasa aktif dalam posting dan enjoy.
Langkah 4: Semakin aktif korang, semakin tinggi rankin dan peluang untuk menjadi expert dalam kategori yang korang suka.


Seperti yang Maha sebut ia menggunakan sistem ranking. Terdapat 5 level rank untuk menunjukkan kedudukan korang dalam sistem ini dan paling bagus adalah level 5.
Level 1 : Lieutenant
Level 2 : Captain
Level 3 : Major
Level 4 : Colonel
Level 5 : General 


Jadi tunggu apa lagi muat turun sekarang aplikasi STUFFIEE dalam Andriod korang. Muat turun secara percuma jer tak perlu apa-apa bayaran dan gunakan ia seperti sosial media biasa sangat mudah. Nanti dah guna sharelah kat kawan-kawan lain pulak ok.


Stuffie juga menganjurkan peraduan Stuffiee’s Photo Contest yang bermula 26 Feb 2017. Bagaimana nak sertai boleh ikut langkah-langkah ini :

  1. Muat turun applikasi Stuffiee di Google Play anda.
  2. Hantar gambar anda yang menunjukkan YOU ARE MOST PROUD OF pada applikasi Stuffiee anda.
  3. Sharekan di Facebook atau Instagram anda dan hastag #showstuffs.

Hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai RM1,000 setiap 2 MINGGU untuk gambar  yang paling hebat yang ditunjukkan dengan hastag #showstuffs.







2 ulasan: