Air Minuman Semulajadi,

Pelakon Drama Suri Hati Mr Pilot Keluarkan Produk Kesihatan gO-S

Isnin, Februari 13, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau sebut pelakon Drama Suri Hati Mr Pilot sapa yang korang akan ingat? Mestilah "#Lofattah" bukan. Korang tak ingat yer pelakon-pelakon lain yang juga menjayakan watak berkesan dalam drama ni. Sapa kenal watak Dr Muslim dalam drama ini. 


Maha bukan nak promote drama ini tapi nak cite tentang selapas kejayaan drama ini salah seorang pelakonnya juga telah mengeluarkan satu produk kesihatan sendiri. Kalau Maha sebut nama Ben Amir sapa kenal? Beliau lah yang Maha maksudkan, baru-baru ini telah mengadakan majlis Ramah Mesra Bersama Ben Amir Serta Sesi Pelancaran Produk Kesihatan gO-S.

 


Majlis yang sederhana dihadiri rakan artis juga media untuk memperkenalkan kepada semua tentang produk baru keluaran Farbel Rich Sdn Bhd juga Co-Funder nya adalah Ben Amir. Produk diberi nama gO-S atau boleh disebut "Go Sihat" dan "Go Sejahtera" dalam membantu untuk rakyat Malaysia mengamal pengambilan makanan tambahan yang sihat.



gO-S ini adalah produk yang diformulasikan daripada 100% extract bahan organik untuk membantu pengguna mendapatkan berat badan yang ideal dan mengekalkan keawetan wajah. Produk ini adalah produk Malaysia yang dihasilkan di kilang bertaraf GMP dan OEM yang diluluskan oleh KKM. Jadi pengguna baru seperti Maha ni tak perlu rasa was-was tentang penghasillannya.

Founder Datin Farrah Razali dan Co-Founder Ben Amir produk gO-S

Selain tu juga banyak kebaikan kepada produk ini seperti mana yang Maha senaraikan di bawah ini:

1) Memberikan tenaga sepanjang hari dan meningkatkan metabolisma badan.
2) Membantu membaik pulih sistem penghadaman.
3) Mengekalkan berat badan yang ideal.
4) Membantu menyingkirkan toksid dan kolestrol dalam badan.
5) Mengawal kadar gula dalam badan.
6) Melawan penyakit kanser.
7) Melancarkan peredaran darah.
8) Membuang angin dari dalam badan.


Maha bukan sembang sebagai juru jual tapi apa yang Maha dah baca dan dapat info daripada Founder gO-S iaitu Datin Farrah Razali ia gabungan 10 bahan herba semulajadi. Di antaranya adalah :

Guarana | Kurma | Teh Hijau | Acai Beri | Roselle | Asam Keping | Lemon | Delima | Kunyit | Halba

Menurut Ben sendiri beliau telah mengamalkan minuman ini selama 3 bulan dan mendapat kesan yang positif. Masa Maha jumpa Ben hari tu nampak lain bentuk badan Ben di luar dan dalam drama yang beliau lakonkan.


Pada hari pelancaran tersebut semua tetamu dihidangkan sendiri dengan minuman ini untuk mencuba merasai bagaimana rasanya. Maha minum memang dapat rasa herba dan masih sedap. Cara nak menggunakan produk ini mudah jer hanya ambil 1 sachet gO-S Juice dan campurkan dalam satu cawan air kemudian kacau dan terus minum. Bagi mendapatkan kesan yang baik amalkan pengambilan sekali sehari.


Juga diadakan sedikit acara cabutan bertuah kepada tetamu dimana hadiah-hadiah hebat seperti wang tunai dan juga produk wangian. Bagi Maha usaha Ben Amir dan Datin sangat bagus untuk memberi satu produk yang sihat kepada Rakyat Malaysia. Kalau sapa-sapa nak dapatkan produk ini boleh ker laman web dan sosial media mereka. Selamat mencuba semua.

Pembelian dan maklumat lanjut layari :






0 Pandangan: