Aktiviti,

Mencari Tempat Untuk Majlis Anda De'Laman Event Space Bukit Jelutong Ada Segalanya

Khamis, Februari 23, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang makin mudah segalanya ada duit jer boleh buat event grand dan meriah sikit betul tak. Nak cari lokasi pun tak perlu susah-susah dah sebab sekarang ada satu tempat sediakan ruang untuk segala jenis acara yang korang nak buat.


De'Laman Event Space Bukit Jelutong telah dibuka secara rasmi pada 17 Feb baru-baru ini. Majlis memperkenalkan ruang acara ini kepada media dan juga mereka yang mencari lokasi lengkap segalanya telah dirasmikan oleh YDH Dato Haji Emran Bin Haji Kadir iaitu Dato Orang Kaya Maha Bijaya Petaling Orang Besar Daerah Pelating




Turut diadakan pada malam majlis tersebut adalah pertunjukan fesyen dari pereka Bon Zainal dan Dicky Ishak dari Singapura. Ini simbolik kepada acara pertunjukan fesyen juga boleh diadakan disini. Selain itu juga ada persandingan model pengantin dan dekorasi pelamin untuk menunjukan bahawa ia juga sesuai bagi majlis perkahwinan besar-besaran dan pelamin yang sangat indah juga boleh dipasang disini. 




Bangunan 3 tingkat ini dipilih oleh pihak pengurusan De'Laman kerana ia sangat strategik. Kalau korang datang sendiri kat iParc 3 Bukit Jelutong ni satu kawasan industri kecil tapi ruang yang ada sangat luas dengan parking yang banyak dan free tau. Lepas tu pulak kat sini jauh dari kawasan kediaman dan kesesakan lalulintas so tak ganggulah kalau korang buat event yang meriah sikit.



Kalau korang ada rancangan nak buat acara seperti majlis perkahwinan, pertunangan, akad nikah, pertunjukan fesyen, majlis koperat, seminar, ceramah, annual dinner, ulang tahun, parti hari jadi, majlis pelancaran produk dan macam-macam lagi sini sangat-sangat sesuai. Ini kerana kemudahan semua ada lengkap 3 tingkat tu korang boleh guna sepenuhnya.



Maha senaraikan antara kemudahan pakej yang ditawarkan kat De'Laman ini :-

Khidmat katering | Surau | Ruang istirehat | Bilik VIP | PA System | Projektor | Dewan Berhawa Dingin | Kanopi | Meja dan kerusi | Tandas | Lif  | Pentas
Apa lagi korang nak kat sini selain daripada kawasan yang luas iaitu 6500 kaki persegi. Luar dalam kawasan ini boleh digunakan untuk buat pelbagai aktiviti. Jadi untung orang kat area KL dan Selangor ni sebab ada lokasi yang best macam ni. Jadi pihak pengurusan majlis atau juga mana-mana syarikat boleh try ricky tempat ini untuk acara korang tahun ni.



Korang boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di laman facebook dan juga boleh hubungi mereka terus untuk sesi perundingan majlis sebab mereka ada pegawai yang memang akan plan apa sahaja yang korang mahukan agar majlis korang berjalan lancar dan meriah nanti.  Semoga perkongsian ini dapat membantu korang nak cari tempat yang besar bagi hari bahagia nanti.

Tempahan dan pertanyaan sila hubungi :
Alamat : De'Laman Event Space, 
               No 11 Jalan Riyal U3/37 iParc 3 
               Bukit Jelutong Shah Alam
Tel : 012-3566 858 
        012-9735 425
Email : delamanevent@gmail.com






0 Pandangan: